Tanda-Tanda Kanser dan Fungsi Antioksidan Semasa Rawatan dan Pencegahan

Tanda-Tanda Kanser dan Fungsi Antioksidan Semasa Rawatan dan Pencegahan

Kanser merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia dan dijangka terus meningkat jika langkah pencegahan dan rawatan tidak dipertingkatkan. Berdasarkan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan statistik dari WHO, insiden kanser dalam kalangan rakyat Malaysia semakin membimbangkan. Justeru, penting untuk masyarakat awam mengenal pasti tanda-tanda kanser sejak awal dan memahami bagaimana pemakanan serta gaya hidup, termasuk pengambilan antioksidan, memainkan peranan penting dalam pencegahan dan rawatan penyakit ini.

Tanda-Tanda Kanser Yang Perlu Diberi Perhatian

“Tanda-tanda kanser” boleh berbeza mengikut jenis kanser, namun terdapat beberapa gejala umum yang tidak boleh diabaikan. Antaranya:

  • Kehilangan berat badan secara mendadak tanpa sebab.
  • Keletihan berpanjangan.
  • Perubahan ketara pada kulit, seperti bintik hitam yang berubah saiz atau warna.
  • Sakit yang tidak hilang atau semakin teruk.
  • Pendarahan luar biasa, seperti dari hidung, dubur atau vagina.
  • Ketulan yang tidak normal pada payudara, leher, atau bahagian lain badan.
  • Batuk atau suara serak yang berpanjangan.
  • Kesukaran menelan atau gangguan pada sistem pencernaan.

Pengesanan awal terhadap tanda-tanda ini membolehkan rawatan dilakukan lebih awal dan meningkatkan kadar kejayaan dalam pengurusan kanser.

Peranan Apoptosis Dalam Perkembangan Kanser

Apoptosis ialah proses semula jadi dalam tubuh manusia di mana sel-sel yang rosak, lama, atau tidak normal akan “membunuh diri” secara teratur demi menjaga kesihatan keseluruhan tubuh. Dalam individu sihat, apoptosis berfungsi dengan baik. Proses apoptosis yang sihat memastikan sel-sel yang berpotensi berbahaya tidak terus membiak di dalam tubuh badan.

Namun, dalam individu yang menghidap kanser, sistem apoptosis ini telah terganggu. Sel-sel kanser berjaya “melarikan diri” daripada proses apoptosis. Sebaliknya, mereka terus hidup dan membiak tanpa kawalan. Ini menjadikan gangguan pada apoptosis salah satu ciri utama perkembangan kanser.

Tanda-tanda kanser dapat dilihat melalui perbezaan sel sihat dan sel yang telah dijangkiti kanser
Tanda-tanda kanser dapat dilihat melalui perbezaan sel sihat dan sel yang telah dijangkiti kanser

Antioksidan dan Peranannya Dalam Rawatan Kanser

Kemoterapi adalah salah satu kaedah rawatan utama bagi kanser. Namun begitu, ia sering kali menyebabkan tekanan oksidatif yang tinggi dalam badan, yang bukan sahaja menjejaskan sel kanser tetapi juga merosakkan sel sihat. Dalam hal ini, antioksidan memainkan peranan penting.

Berdasarkan kajian terbaru pada Jun 2023 oleh satu jurnal Insights on the Role of Polyphenols in Combating Cancer Drug Resistance yang diterbitkan dalam National Library of Medicine, menerangkan polifenol iaitu sejenis antioksidan semulajadi yang terbukti membantu mengatasi rintangan terhadap ubat kemoterapi. Ini berlaku melalui pelbagai mekanisme seperti merencatkan pengangkutan keluar ubat dari sel kanser, mencetuskan apoptosis (kematian sel kanser), dan mengurangkan keradangan serta angiogenesis (pembentukan salur darah baru yang menyokong tumor).

Kajian antioksidan polifenol yang memiliki sifat anti-kanser (2020) dalam jurnal Functions of polyphenols and its anticancer properties in biomedical research: a narrative review turut menunjukkan bahawa polifenol seperti flavonoid dan stilbenoid berfungsi mengekang pertumbuhan sel kanser dan mencegah penyebarannya. Antioksidan juga membantu menstabilkan sistem imun dan menambah baik keberkesanan terapi konvensional seperti kemoterapi dan radioterapi.

Kajian naratif dalam The Role of Resveratrol in Cancer Therapy (2023) telah mengenalpasti resveratrol sebagai antioksidan terapeutik yang berpotensi dalam rawatan kanser melalui pelbagai mekanisma seperti:

  • Antiinflamasi dan antioksidan: Mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif yang menyumbang kepada perkembangan kanser.
  • Menghalang pembahagian sel kanser: Menyekat pembahagian sel kanser, menghalang pertumbuhan tumor.
  • Meningkatkan apoptosis: Meningkatkan kematian sel terprogram dalam sel kanser.
  • Mengubah metabolisme sel: Menyasarkan laluan metabolik yang penting untuk kelangsungan hidup sel kanser.
  • Menghalang angiogenesis: Menghalang pembentukan saluran darah baru yang menyokong pertumbuhan tumor.
  • Mengurangkan metastasis: Menyekat penyebaran sel kanser ke bahagian tubuh lain.

Kajian-kajian seperti ini adalah sangat penting untuk kita mengetahui keberkesanan antioksidan semasa rawatan dan juga sebagai agen mencegah kanser daripada menjadi semakin parah.

Antioksidan seperti polifenol melindungi sel-sel sihat daripada rosak akibat tekanan oksidatif
Antioksidan seperti polifenol melindungi sel-sel sihat daripada rosak akibat tekanan oksidatif

Antioksidan Sebagai Pencegahan Kanser

Selain meningkatkan keberkesanan rawatan, antioksidan juga memainkan peranan penting dalam mencegah kanser. Ia berfungsi menentang radikal bebas yang merosakkan DNA dan memulakan proses mutasi sel. Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah beri, teh hijau, anggur merah, brokoli, dan sayuran hijau telah dikaitkan dengan penurunan risiko kanser dalam pelbagai kajian epidemiologi.

Kombinasi nutrien semulajadi ini membantu mengekalkan keseimbangan oksidatif dalam badan, menguatkan imuniti, dan menentang keradangan kronik iaitu tiga faktor utama yang menyumbang kepada pembentukan sel kanser.

Antioksidan Dalam Rawatan Kanser: Menyokong Apoptosis dan Keberkesanan Terapi

Semasa rawatan kanser seperti kemoterapi, tubuh mengalami tekanan oksidatif yang tinggi. Keadaan ini menjejaskan kedua-dua sel sihat dan sel kanser. Di sinilah antioksidan memainkan peranan penting. Peranan antioksidan semasa proses kemoterapi:

Merangsang Apoptosis dalam Sel Kanser (Tanpa Menggangu Sel-Sel Sihat)

Merangsang apoptosis dalam sel kanser tanpa mengganggu sel-sel sihat merupakan salah satu pendekatan ideal dalam rawatan kanser. Proses ini melibatkan penghancuran sel kanser secara terprogram tanpa mencederakan sel normal di sekitarnya. Polifenol biasanya mencetuskan tekanan hanya pada sel kanser yang lebih sensitif akibat mutasi, metabolisme abnormal, atau kerosakan DNA tanpa menggangu sel-sel sihat.

Ini terjadi disebabkan kelebihan polifenol yang hanya bertindak pada laluan isyarat yang lebih aktif atau terganggu dalam sel-sel kanser sahaja.

Mengurangkan Kerosakan Sel-Sel Sihat Akibat Rawatan

Dalam konteks rawatan kanser seperti kemoterapi dan radioterapi, kerosakan kepada sel-sel sihat adalah kesan sampingan yang serius. Mekanisma rawatan ini tidak mengenal pasti sel kanser secara eksklusif, sebaliknya menyerang semua sel yang sedang aktif membahagi, termasuk sel-sel sihat seperti sel sumsum tulang, sel rambut, dan sel saluran penghadaman. Di sinilah bahan antioksidan semulajadi polifenol mampu meneutralkan radikal bebas yang dihasilkan oleh kemoterapi atau radioterapi. Radikal bebas ini boleh merosakkan DNA, protein, dan membran sel sihat. Dengan aktiviti antioksidan, ia melindungi sel sihat daripada kerosakan oksidatif yang tidak diingini.

Menghalang Angiogenesis dan Metastasis

Angiogenesis ialah proses pembentukan saluran darah baru daripada saluran darah yang sedia ada. Dalam kanser, angiogenesis membolehkan tumor memperoleh bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk terus membesar dan merebak. Polifenol dan resveratrol, seperti yang dibincangkan dalam kajian di atas, berpotensi menghalangnya melalui pelbagai mekanisme biologi.

Sumber antioksidan dari polifenol terbukti dapat menghalang proses angiogenesis dimana sel-sel tumor dihalang dari memperoleh bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk terus membesar dan merebak

Metastasis pula merujuk kepada proses di mana sel kanser bergerak dari tumor asal ke organ lain, menyebabkan pembentukan tumor sekunder. Ini adalah penyebab utama kematian dalam kanser. Polifenol menghalang kemampuan sel kanser untuk bergerak dan menembusi tisu normal dengan mengubah ekspresi protein perekat seperti E-cadherin dan N-cadherin (merujuk kajian di atas).

Kajian menerusi jurnal Insights on the Role of Polyphenols in Combating Cancer Drug Resistance (2023) menerangkan bahawa polifenol bertindak dalam pelbagai peringkat termasuk membetulkan laluan apoptosis yang rosak dan mengaktifkan kematian sel secara teratur. Polifenol berinteraksi dengan laluan isyarat molekul yang terlibat secara langsung dalam proses apoptosis sel kanser.

Begitu juga dibincangkan bagaimana pengambilan antioksidan semula jadi membantu mengembalikan kawalan ke atas sel yang telah hilang fungsi apoptosis, sekaligus memperlahankan perkembangan tumor.

Vivix: Sumber Antioksidan Untuk Perlindungan Selular

Vivix ialah minuman lazat yang mengandungi campuran botani eksklusif Shaklee. Antaranya termasuk Ekstrak Anggur Muscadine, Ekstrak Cecair Elderberi, Ekstrak Serbuk Elderberi, Ekstrak Knotweed Jepun, Serbuk Jus Epal, Serbuk Blueberi, dan Ekstrak Lobak Ungu. Ramuan di dalam Vivix telah melalui proses pengekstrakan eksklusif untuk memastikan nutrien aktif dikekalkan pada tahap maksimum. Ia dirumus khas untuk memberikan manfaat menyeluruh kepada kesihatan sel sehingga ke peringkat DNA.

Sumber polifenol dalam Vivix Shaklee kurangkan tanda-tanda kanser

Keunikan Vivix Shaklee terletak pada campuran unik bahan-bahan polifenol yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Resveratrol ialah antara polifenol dalam campuran ini dengan ciri antioksidan dan perlindungan yang telah dibuktikan melalui banyak ujian klinikal. Anggur muscadine dipilh kerana ia mempunyai kromosom tambahan yang menyumbang kepada kandungan polifenol yang terbaik dan berkesan.

Pengesanan awal tanda-tanda kanser adalah langkah pertama yang penting. Namun, pengambilan nutrisi kaya antioksidan seperti polifenol juga sangat penting dalam memperlahankan perkembangan kanser dan meningkatkan kesan rawatan. Produk seperti Vivix yang mengandungi resveratrol dan polifenol berpotensi menjadi pelengkap berkesan dalam strategi rawatan dan pencegahan kanser moden.

Antioksidan berkualiti tinggi dalam Vivix sebagai inisiatif mengurangkan tanda-tanda kanser
Antioksidan berkualiti tinggi dalam Vivix sebagai inisiatif mengurangkan tanda-tanda kanser

Cara Mendapatkan Vivix Dari Pengedar Sah Shaklee

Untuk mendapatkan Vivix yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.

Berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee? Setiap pembelian sebotol Vivix anda akan terus mendapat keahlian percuma. Penjimatan sebanyak RM99.75 untuk sebotol Vivix pada harga ahli walaupun ini merupakan pertama kali anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.

Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berpengalaman dan merupakan pengguna Shaklee sendiri sejak 2018, saya akan membantu anda untuk mendapatkan produk Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti. Selain itu anda akan diberi konsultansi percuma tentang sebarang produk Shaklee yang anda dapatkan melalui saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top