Set Kurus Shaklee Bantu Kurangkan Risiko Obesiti

Set Kurus Shaklee Bantu Kurangkan Risiko Obesiti

Adakah anda sedang mencari solusi untuk menurunkan berat badan dengan cara yang selamat tanpa bergantung kepada ubat-ubatan berbahaya? Anda kini berada di tempat yang tepat! Kali ini saya akan bekongsi manfaat set kurus Shaklee. Pilihan semulajadi yang diformulasi khas untuk membantu anda mencapai berat badan ideal dengan cara yang sihat dan menyeluruh. Set ini bukan sekadar untuk “kurus cepat”, tetapi lebih kepada menyokong kesihatan dalaman. Ia juga bantu membakar lemak dengan lebih efisien, dan memberikan anda tenaga berpanjangan sepanjang hari.

Set kurus Shaklee
Set kurus Shaklee lengkap dengan 4 produk yang berbeza. Fokus kepada penurunan berat badan. Meningkatkan tahap metabolisma tubuh, dan membakar lemak dengan lebih efisien. Kelebihan dimana jisim otot dikekalkan dan selamat tanpa kesan sampingan.

Cabaran dan Risiko Kesihatan Sebagai Orang Berbadan Besar

Menjadi individu yang berbadan besar (obesiti) boleh membawa pelbagai cabaran kesihatan. Peningkatan risiko untuk menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, dan juga riskiko untuk beberapa jenis kanser. Ia juga boleh menyebabkan masalah seperti muskuloskeletal (penyakit berkaitan otot), dan kesukaran bernafas. Ditambah dengan cabaran psikologi antaranya kemurungan dan kebimbangan.

Penyakit Jantung Kardiovaskular

Obesiti secara signifikannya akan meningkatkan lagi risiko anda untuk menghidap penyakit jantung, strok, dan tekanan darah tinggi.

Individu yang mengalami obesiti selalunya mempunyai ketidakseimbangan tahap kolesterol. Kadar kolesterol LDL yang tinggi (“kolesterol jahat”), rendah paras kolesterol HDL (“kolesterol baik”), serta kandungan asid lemak trigliserida yang tinggi. Keadaan ini menyumbang kepada pembentukan plak di dinding arteri (aterosklerosis), yang menyebabkan penyempitan arteri koronari lalu meningkatkan risiko serangan jantung.

Obesiti juga meningkatkan risiko pembekuan darah dan tekanan darah tinggi. Dua faktor utama penyebab strok iskemik (yang disebabkan oleh penyumbatan salur darah di otak). Tekanan yang tinggi pada salur darah otak juga boleh menyebabkan punca pecahnya salur darah, yang boleh membawa maut atau kecacatan kekal.

Jantung perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan apabila seseorang mempunyai berat badan berlebihan. Ini meningkatkan beban kerja jantung dan menambah tekanan dalam saluran darah. Lemak berlebihan juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Contohnya seperti insulin dan leptin yang boleh mempengaruhi keupayaan buah pinggang bagi mengawal tekanan darah secara efektif.

Diabetes Jenis 2

Berat badan berlebihan merupakan faktor risiko utama untuk menghidap diabetes jenis 2. Jika diabaikan akan membawa kepada komplikasi yang lebih serius. 

Diabetes jenis 2 berlaku apabila tubuh tidak lagi dapat menggunakan insulin dengan berkesan (rintangan insulin). Situasi apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi. Insulin ialah hormon yang mengawal paras gula dalam darah. Lemak berlebihan iaitu terutamanya lemak viseral yang terkumpul di sekitar abdomen akan mengganggu tindak balas sel terhadap insulin:

  • Lemak berlebihan meningkatkan penghasilan bahan kimia yang menyebabkan keradangan (inflammatory cytokines).
  • Lemak dalam otot dan hati mengganggu tindak balas insulin.
  • Ini kemudiannya menyebabkan glukosa (gula) tidak dapat masuk ke dalam sel, dan kekal tinggi di dalam darah (hiperglisemia).

Risiko Kanser

Penemuan daripada jurnal terbitan National Library of Medicine pada 12 Januari 2023 menghuraikan kajian hubungan antara obesiti dan kanser. Kajian memberikan gambaran penting tentang bagaimana berlebihan berat badan bukan hanya sekadar masalah metabolik. Tetapi ia juga berkait rapat dengan peningkatan risiko penyakit kronik yang serius, termasuk pelbagai jenis kanser. Penjelasan mendalam mengenai kajian ini adalah seperti berikut:

Peranan Lemak Berlebihan dalam Pembentukan Kanser: Tisu adipos (lemak) berlebihan dalam tubuh bukan sekadar tempat simpanan tenaga, tetapi juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar yang mengeluarkan pelbagai hormon dan bahan kimia seperti estrogen, insulin, dan sitokin pro-radang. Ketidakseimbangan hormon dan proses keradangan kronik yang berpunca daripada obesiti dipercayai boleh berlaku. Lalu mencetuskan atau mempercepatkan pertumbuhan sel-sel abnormal yang boleh berubah menjadi sel kanser. Beberapa jenis kanser secara khusus yang berpotensi disebabkan oleh obesiti:

  • Kanser payudara (selepas menopaus): Lemak badan berlebihan meningkatkan tahap estrogen, yang boleh merangsang pertumbuhan sel kanser payudara.
  • Kanser kolorektal: Obesiti meningkatkan keradangan sistemik dan tahap insulin, yang dikaitkan dengan pertumbuhan polip dan tumor dalam usus besar.
  • Kanser esofagus (adenokarsinoma): Lemak abdomen memberi tekanan ke atas perut. Berlaku peningkatan asid refluks, faktor risiko utama untuk jenis kanser ini.
  • Kanser buah pinggang dan hati: Lemak visceral dan kerosakan metabolik boleh menjejaskan fungsi organ ini. Mendorong kepada perkembangan sel kanser.
  • Kanser rahim (endometrium): Hormon estrogen berlebihan hasil tisu lemak menyebabkan pertumbuhan lapisan rahim secara berlebihan dan berisiko menjadi kanser.
  • Kanser pankreas dan pundi hempedu: Walaupun mekanisme belum difahami sepenuhnya, keradangan kronik dan perubahan metabolik berperanan penting.

Masalah Muskuloskeletal

Berat badan yang berlebihan meningkatkan beban yang perlu ditampung oleh sendi. Terutamanya sendi yang menampung berat seperti lutut, pergelangan kaki, dan pinggul. Untuk setiap 1 kilogram berat badan tambahan, beban ke atas lutut ketika berjalan boleh meningkat sebanyak 4 kilogram. Ini bermaksud, hanya dengan pertambahan 5 kg berat badan, lutut anda menanggung beban tambahan sebanyak 20 kg setiap langkah. Tekanan ini dalam jangka masa panjang mempercepatkan kehausan tulang rawan di bahagian sendi.

Tulang rawan bertindak sebagai ‘kusyen’ di antara tulang-tulang dalam sendi. Dalam keadaan obesiti, tekanan berlebihan boleh menyebabkan mikro-trauma kepada tulang rawan yang akhirnya menyebabkan ia menipis atau haus. Apabila tulang rawan mula rosak, tulang akan bergesel sesama sendiri menyebabkan kesakitan, kekakuan, dan radang (ciri-ciri utama osteoartritis).

Masalah Pernafasan

Apnea tidur, khususnya “obstructive sleep apnea” (OSA). Ia adalah salah satu kesan sampingan obesiti yang paling serius dan berbahaya terhadap kesihatan sistem pernafasan. Gangguan tidur kronik di mana pernafasan seseorang terhenti buat sementara. Biasanya diantara 10 hingga 30 saat atau lebih secara berulang-ulang sepanjang malam.

Setiap kali pernafasan terhenti, tahap oksigen dalam darah menurun secara mendadak. Otak mengesan kekurangan oksigen lalu menyebabkan badan “terjaga”. Kualiti tidur merosot dan tubuh badan tidak mendapat rehat yang secukupnya. Lebih buruk apabila boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung meningkat.

Kesihatan Psikologi

Seseorang yang mengalami obesiti sering menghadapi imej diri yang negatif. Mereka mungkin merasa tidak menarik, tidak sepadan dengan standard kecantikan masyarakat. Mereka juga merasakan diri tidak layak untuk diterima dalam pergaulan sosial. Ini mewujudkan perasaan malu, rendah diri, dan ketidakpuasan terhadap diri sendiri, yang boleh menjadi pemangkin kepada kemurungan.

Kajian juga menunjukkan bahawa obesiti boleh mengganggu keseimbangan kimia dalam otak. Contohnya, tahap hormon serotonin yang rendah (dikenali sebagai ‘hormon gembira’) sering dikaitkan dengan kemurungan. Obesiti juga dikaitkan dengan keradangan kronik dalam tubuh. Ia boleh mempengaruhi fungsi otak dan kesihatan mental secara keseluruhan.

Komplikasi Lain

Sesetengah kes obesiti boleh menyumbang kepada punca penyakit hati berlemak, masalah penghadaman, dan komplikasi semasa kehamilan.

Penyakit Hati Berlemak (Fatty Liver Disease)

Keadaan di mana lemak terkumpul secara berlebihan di dalam sel-sel hati. Dalam kes yang lebih serius, boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan hati. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan sirosis (parut pada hati), kegagalan hati, dan dalam kes tertentu, kanser hati.

Masalah Penghadaman

Lemak berlebihan di sekitar organ dalaman boleh memberi tekanan kepada sistem pencernaan. Antara masalah yang biasa berlaku termasuk:

  • Gastroesophageal reflux disease (GERD), di mana asid perut kembali semula ke dalam esofagus menyebabkan pedih ulu hati.
  • Gallstones (batu karang hempedu), yang lebih kerap berlaku kerana peningkatan kolesterol dalam hempedu.
  • Sembelit dan gangguan usus, yang boleh dipengaruhi oleh pemakanan tinggi lemak dan kurang serat yang sering dikaitkan dengan obesiti.

Komplikasi Semasa Hamil

Obesiti boleh meningkatkan risiko komplikasi untuk ibu dan bayi, termasuk:

  • Diabetes gestasi iaitu diabetes semasa kehamilan.
  • Tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan risiko serius kepada kesihatan ibu dan janin.
  • Kelahiran pramatang dan bayi besar, yang boleh menyukarkan kelahiran secara normal dan meningkatkan kemungkinan pembedahan kaedah Caesarean.
  • Masalah semasa perkembangan janin, termasuk risiko kecacatan tiub saraf.

Penurunan Berat Badan Cara Sihat dan Berkesan dengan Set Kurus Shaklee

Permulaan untuk Set Kurus Shaklee mengandungi empat jenis produk berbeza iaitu Life Cinch Mixed Soy Protein, Cinch Tea Mix, OmegaGuard dan Lecithin. Nama lain bagi set kurus Shaklee ini adalah Cinch Weight Management.

Setiap produk mempunyai ramuan dan ciri berbeza. Diformulasi dari hasil kajian yang telah dijalankan sebelum ini, setiap produk mempunyai ciri-ciri unik yang mampu mengatasi kesemua masalah di atas yang sedang anda hadapi sekarang.

Keberkesanan Set Kurus Shaklee Menurunkan Berat Badan Secara Sihat?

Gabungan empat produk dalam set kurus Shaklee menawarkan formulasi unik masing-masing. Namun kesemuanya akan berfungsi secara menyeluruh untuk membantu menurunkan berat badan anda dengan cara yang sihat dan selamat seperti yang anda inginkan. Jom kita lihat satu-persatu.

Life Cinch Mixed Soy Protein

Cepatkan penurunan berat badan dengan leusina
Life Cinch Mixed Soy Protein terdapat dalam dua perisa; Cafe Latte dan Coklat

Ia adalah minuman dalam bentuk serbuk coklat. Terdapat juga pilihan lain dalam perisa Latte. Tujuan Life Cinch adalah sebagai pengganti makanan (meal replacement) daripada salah satu hidangan harian anda. Diperkaya dengan leusina untuk membantu rasa kenyang, dan cergas supaya anda berasa puas dan hebat! Ia juga lengan dengan keseimbangan dari segi pemakanan. Tapi mengapa leusina?

Leusina adalah sejenis asid amino berantai cabang (BCAA), berfungsi untuk:

  • Membina otot tanpa lemak.
  • Membakar lemak.
  • Membantu menyokong metabolisma (meningkatkan metabolisma yang terlalu perlahan).

Leusina telah terbukti secara klinikal menurunkan berat badan dengan membantu mengekalkan otot tanpa lemak. Kajian ini telah diterangkan melalui satu jurnal bertajuk the role of leucine in weight loss diets and glucose homeostasis, terbitan National Library of Medicine bertarikh Januari 2003

Gabungan Leusina dan Protein

Gabungan leusin bersama protein yang mencukupi membantu badan anda mengekalkan jisim otot tanpa lemak semasa anda menurunkan berat badan. Secara ringkas, ia memastikan berat badan yang turun adalah lemak, bukan otot. Dan sebab inilah Life Cinch Mixed Soy Protein mengandungi 16g protein soya non-GMO yang ditambah dengan leusina. Dengan kehadiran protein, kesan positif dapat dirasakan seperti peningkatan rasa kenyang, dan peningkatan termogenesis. Ia adalah proses di mana tubuh menghasilkan haba dengan membakar kalori untuk menjaga suhu tubuh, sambil memelihara protein otot, dan kawalan glukosa darah yang lebih baik. Ini adalah sama seperti yang diterangkan oleh jurnal dietary protein impact on glycemic control during weight loss, April 2004.

Life Cinch adalah rendah indeks glisemik, bermakna protein dan serat membantu mengimbangkan karbohidrat, mengakibatkan kenaikan gula dalam darah anda adalah secara beransur-ansur selama beberapa jam bertujuan bagi mengurangkan rasa lapar. Tiada gula spike!

Selain itu Life Cinch turut mengandungi 6g serat untuk fungsi di atas, 16 vitamin serta mineral bagi menyokong kesihatan, tambahan prebiotik untuk kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan asid lemak omega 3 untuk menyokong peredaran darah yang sihat. Life Cinch menggunakan sumber bukan tenusu dari sumber haiwan bagi mengelakkan individu dengan alahan laktosa, bebas gluten serta tanpa perisa/pewarna/perasa tambahan. Setiap hidangan Life Cinch hanya membekalkan 156k kalori (jumlah kalori yang rendah).

Cinch Tea Mix

Atasi keinginan makan dan kekal fokus dengan Cinch Tea Mix
Cinch Tea Mix dalam beserta manfaat taurina

Gabungan eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina, yang secara semula jadi meningkatkan tenaga anda dan menajamkan sensitiviti (kewaspadaan).

Taurina dalam Cinch tea, adalah satu asid amino bukan protein, membantu untuk penurunan berat badan. Beberapa kajian mendapati taurina meningkatkan kesihatan metabolik, membantu dalam pengurusan berat badan. Fungsi Taurina dalam Cinch Tea Mix:

Menyokong Pembakaran Lemak

Berperanan merangsang mitokondria (pusat jana tenaga sel) untuk meningkatkan penghasilan tenaga melalui pembakaran lemak (lipolisis). Jadi, lebih banyak lemak digunakan sebagai bahan bakar, maka mengurangkan simpanan lemak di dalam badan. Seterusnya membantu mempercepatkan metabolisme dan menyokong proses penurunan berat badan.

Mengangkut Lemak

Selepas lemak dibakar, taurina kemudian membantu dalam proses pengemulsian dan pengangkutan lipid (lemak. Taurina bantu untuk hempedu menghasilkan asid yang membantu proses pngemulsian dan pengangkutan lipid (lemak). Apabila pencernaan lemak lebih efisien, berkurang pengumpulan lemak dalam hati dan tisu adipos.

Pengawalan Gula dalam Darah

Berperanan dalam meningkatkan sensitiviti insulin, iaitu hormon yang bertanggungjawab menurunkan paras glukosa (gula) dalam darah. Seterusnya menstabilkan kadar gula darah dengan mengawal keupayaan sel untuk menggunakan glukosa dengan lebih baik. Ini penting dalam mencegah rintangan insulin, yang merupakan salah satu faktor utama kegemukan dan diabetes jenis 2.

Keseimbangan Tenaga dan Stamina

Bantu menstabilkan keseimbangan elektrolit dalam sel, penting untuk fungsi otot dan jantung yang sihat. Ia juga menyokong tahap tenaga dan ketahanan tubuh anda semasa bersenam, secara tidak langsung membantu pembakaran kalori dan mengekalkan berat badan sihat. Inilah sebab taurina sering digunakan dalam minuman tenaga kerana sifatnya yang menyokong mental untuk lebih fokus dan kecergasan fizikal.

Omega Guard

Membekalkan asid lemak Omega-3 tulen penting yang terdapat dalam ikan kecil air sejuk. Setiap hidangan 3 kapsul mengandungi 1080mg Omega-3 pekat, dengan 540mg EPA dan 360mg DHA, sangat penting untuk kesihatan yang optimum.

Keunikan OmegaGuard dimana sumber minyak ikan diperolehi dari ikan kecil berbanding ikan besar. Ini kerana spesies ikan besar lebih cenderung mengumpul paras logam berat dan bahan pencemar organik seperti merkuri yang lebih tinggi, disebabkan jangka hayat mereka yang panjang.

Selain itu, untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan minyak ikan dalam Omega Guard, ia menjalani proses Penyulingan Molekul Tiga Kali Ganda bertujuan menghasilkan asid lemak Omega-3 yang lebih berkualiti, kandungan EPA dan DHA yang lebih pekat dan sekaligus menyingkirkan sebatian berbahaya seperti merkuri, plumbum, arsenik, kadmium, dioksin, PCB, dan bahan cemar lain. Ia turut mengurangkan bau dan rasa hanyir ikan.

Kelebihan OmegaGuard Untuk Menurunkan Berat Badan

Kelebihan Omega Guard
Minyak ikan omega 3 berkepekatan tinggi EPA dan DHA sangat berfungsi menurunkan berat badan sambil menyokong sistem kesihatan tubuh secara semulajadi.

Pengambilan EPA dan DHA apabila digabungkan dengan diet yang sihat serta senaman, memberi kesan positif terhadap kadar metabolisma dan memudahkan pengurusan berat badan. Asid lemak Omega 3 mempengaruhi proses pembakaran lemak dan membantu meningkatkan kadar metabolik semasa rehat. Ia juga sangat efektif dalam penggunaan tenaga semasa anda bersenam.

Mengurangkan Selera Makan

Beberapa kajian menunjukkan bahawa Omega 3 boleh membantu mengurangkan rasa lapar dan keinginan untuk makan. Terutamanya bagi individu yang mengamalkan diet rendah kalori. Terdapat sejenis sebatian asid lemak tak tepu (PUFA) dalam Omega-3 yang mempunyai keupayaan untuk mengawal rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan paras hormon leptin, yang penting untuk mengekalkan berat badan.

Mengurangkan Keradangan

Keradangan kronik dikaitkan dengan peningkatan berat badan dan masalah kesihatan yang berkaitan. Omega 3 mempunyai sifat anti-radang yang membantu mengatasi masalah ini.

Pengurangan Lemak Badan

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan suplemen Omega 3 boleh membawa kepada pengurangan jisim lemak badan terutama lemak di bahagian perut bagi individu yang berlebihan berat badan atau obes.

Manfaat untuk Sindrom Metabolik

Beberapa kajian mencadangkan bahawa omega-3 boleh memperbaiki paras gula dalam darah, mengurangkan keradangan, dan menurunkan faktor risiko penyakit jantung bagi individu yang mengalami sindrom metabolik. Ini termasuk penurunan kolesterol LDL, peningkatan kolesterol HDL dan menguatkan ketahanan salur darah.

Lecithin

Pengemulsi lemak dari alam semula jadi
Fungsi lecithin dalam memecahkan lemak kepada molekul-molekul kecil sambil melindungi hati

Dikenali sebagai pengemulsi lemak semula jadi, membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Lecithin Shaklee diperoleh secara semulajadi daripada kacang soya. Lesitin adalah bahan berlemak yang penting dalam sel-sel badan dan juga mengandungi kolin, iaitu nutrien yang penting untuk mengawal atur fungsi utama badan bagi mengekalkan kesihatan yang baik. Kolin juga penting untuk pengangkutan lipid, perkembangan otak, dan fungsi hati. Jadi, bagaimana lesitin bantu dalam usaha penurunan berat badan?

Lecithin menggalakkan penurunan berat badan secara sihat dengan mempercepatkan proses pemecahan lemak dan bantu meningkatkan metabolisma tubuh. Selain itu, ia turut membantu merendahkan tahap kolesterol LDL dan trigliserida (sejenis komponen lemak) dalam tubuh yang menyumbang kepada penurunan berat badan.

Obesiti selalu dikaitkan dengan masalah perubahan pada kulit. Ini kerana obesiti boleh mengganggu fungsi penghalang semula jadi kulit. Bonus yang ditawarkan oleh lecithin dimana kepekatan asid lemaknya yang tinggi bantu mengekalkan kelembapan kulit, mewujudkan satu penghalang pada kulit untuk mengunci kelembapan dan melindungi kulit.

Ingat lagi di atas dimana saya ada menerangkan satu risiko obesiti adalah komplikasi hati berlemak? Lesitin juga berfungsi melindungi hati anda melalui lipid khas yang mencegah lemak daripada terkumpul di dalam hati. Gabungan lecithin dan kolin pula akan menyingkirkan toksin daripada hati. Maka, set kurus Shaklee adalah sangat lengkap dan jarang-jarang ditemui dalam mana-mana pakej lain. Ini kerana Shaklee mempunyai ‘landmark study’, iaitu produk Shaklee hanya akan diperkenalkan di pasaran setelah kajian sebenar dibuat selama bertahun-tahun.

Testimoni Set Kurus Shaklee

Untuk menambah lagi keyakinan anda, saya sertakan disini beberapa testimoni oleh para pelanggan yang telah sendiri mencuba set kurus Shaklee sebelum ini. ‘Real testimony’ dari pengguna sebenar.

Testimoni set kurus Shaklee dari pengguna lelaki
Testimoni dari pengguna lelaki: jumlah penurunan 8.05kg
Testimoni set kurus Shaklee dari pengguna perempuan
Testimoni dari pengguna perempuan: jumlah penurunan 11kg

Set Kurus Shaklee: E-Book Percuma

Sebagai bonus tambahan, setiap pembelian set kurus Shaklee dengan saya, anda akan menerima e-book percuma panduan menggunakan produk dan penyusunan diet harian lengkap 7 hari bagi membantu meningkatkan lagi keberkesanan usaha anda dalam perjalanan untuk menurunkan berat badan. Lebih mudah untuk anda susun jadual pemakanan lengkap bersama set kurus Shaklee yang mudah untuk diikuti.

E-Book Panduan Diet 7 Hari & Penggunaan Set Kurus Shaklee
PERCUMA e-book Panduan Diet 7 Hari & Penggunaan Set Kurus Shaklee

Cara Untuk Dapatkan Set Kurus Shaklee daripada Pengedar Sah

Untuk mendapatkan Set Kolesterol Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.

Berminat untuk dapatkan Set kurus Shaklee? Setiap pembelian Set Kurus Shaklee anda akan terus mendapat keahlian percuma. Penjimatan sebanyak RM111.25 untuk satu Set Kurus Shaklee walaupun ini merupakan pertama kali anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.

Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berpengalaman dan merupakan pengguna Shaklee sendiri sejak 2018, saya akan membantu anda untuk mendapatkan produk Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti. Selain itu anda akan diberi konsultansi percuma tentang sebarang produk Shaklee yang anda dapatkan melalui saya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top