Set Hamil Shaklee, Rahsia Ibu Sihat dan Bertenaga!
Jika anda merancang untuk hamil ataupun anda kini sedang hamil, anda memerlukan cukup vitamin/mineral supaya badan anda kekal sihat dan bayi dalam kandungan turut membesar dengan baik. Set hamil Shaklee ini adalah suplemen khas untuk wanita hamil. Ia sangat membantu mengisi kekurangan nutrien yang diperlukan dalam badan anda jika ada. Doktor kebiasannya menggalakkan wanita untuk mengambil keperluan vitamin ini sebelum hamil dan semasa hamil. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan serta membantu ibu dan bayi kekal sihat.
Set hamil Shaklee sangat penting sepanjang kehamilan. Ia membantu menjaga kesihatan ibu dan bayi.
Bila Waktu Terbaik Mulakan Vitamin Prenatal?
Merancang untuk hamil? Ini masa yang tepat untuk mulakan menjaga kesihatan dan salah satu langkah terpenting ialah mengambil vitamin prenatal seperti Set Hamil Shaklee.
Contohnya wanita yang merancang kehamilan disarankan untuk mula mengambil asid folik sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung dan meneruskannya sehingga 12 minggu pertama kehamilan. Ini penting untuk mengurangkan risiko kecacatan kelahiran, kelahiran pramatang, dan bayi lahir dengan berat badan rendah.
Kenapa perlu mula awal? Kerana perkembangan penting janin berlaku seawal minggu-minggu pertama dan ini sering berlaku sebelum anda sedar pun yang anda sedang hamil. Nutrisi lengkap sejak awal adalah sangat penting untuk menyokong tumbesaran bayi secara sihat.
Set Hamil Shaklee dirumus khas untuk membekalkan nutrien penting seperti asid folik, zat besi, kalsium, dan protein, bagi menyokong kesihatan ibu dan bayi dari awal hingga akhir kehamilan.
Sebelum cuba untuk hamil, pastikan anda berbincang dengan doktor dan pilih suplemen yang sesuai dan Set Hamil Shaklee boleh jadi pilihan terbaik anda untuk kehamilan yang sihat dan bertenaga. Ramai yang telah mencuba dan berjaya melalui proses kehamilan dengan mudah dan gembira melahirkan bayi yang sihat.
Set Hamil Shaklee
Di bahagian ini saya akan terangkan dengan lebih terperinci tentang set hamil Shaklee dan fungsi nutrisi dalam setiap produk untuk membantu proses kehamilan anda nanti. Set ini dilengkapi dengan keseluruhan 6 produk Shaklee seperti berikut:
- ESP Protein Soya
- B Complex Plus dengan Asid Folik
- Multivitamin Vita-Lize
- Sustained Release Vita-C Plus
- Ostenutrix untuk keperluan kalsium
- Omega Guard bekalan minyak ikan Omega 3, DHA dan EPA
ESP Protein Soya

Protein merupakan nutrisi yang penting untuk ibu hamil untuk membantu:
- Menyokong pertumbuhan bayi dan perkembangan bayi dalam kandungan: Protein membekalkan blok binaan asas untuk menghasilkan tisu bayi dan organ termasuk otak. Ia juga bantu ibu hasilkan lebih banyak darah, membina tisu-tisu payudara dan rahim.
- Menyokong kelancaran penghasilan susu ibu semasa fasa menyusu: Keunikan ESP dengan membekalkan protein berasaskan soya berkualiti serta rendah kolesterol bagi menyokong penghasilan susu ibu. Formula kaya dengan nutrisi seperti asid amino, vitamin B dan kalsium memenuhi keperluan tubuh ibu yang meningkat semasa menyusukan bayi.
- Menyokong pemulihan tisu-tisu selepas melahirkan: Membekalkan asid amino penting bagi membina semula tisu dan otot yang lemah semasa proses kehamilan dan melahirkan.
- Mengekalkan tenaga harian ibu yang sentiasa sibuk: Indeks glimesik rendah dalam ESP memastikan ibu sentiasa bertenaga sepanjang hari.

B Complex Plus dengan Asid Folik

Asid folik memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan awal tiub saraf bayi, lalu membentuk otak dan saraf tunjang. Fungsi asid folik sangat penting untuk mencegah masalah tiub saraf seperti spina bifida, iaitu satu keadaan yang boleh menyebabkan kecacatan serius pada bayi.
Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mengurangkan risiko kecacatan kelahiran pada otak dan saraf tunjang. Ia menyokong pembentukan tiub saraf yang penting untuk perkembangan otak dan tulang belakang bayi. Tahap asid folik yang mencukupi diperlukan untuk pertumbuhan sel yang sihat bagi memastikan tiub saraf tertutup dengan sempurna, sekaligus mengurangkan risiko kecacatan pada tulang belakang, tengkorak, dan otak bayi.
Adalah disarankan agar wanita yang merancang kehamilan, mula mengambil suplemen tambahan asid folik sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil.
Ketika menyusukan bayi, pengambilan disyorkan meningkat kepada 500 mcg sehari, dan dari bulan ke-4 hingga ke-9 kehamilan, ia meningkat kepada 600 mcg sehari. Namun, penting untuk berbincang dengan profesional kesihatan sebelum mengambil dos melebihi yang disyorkan, kerana pengambilan berlebihan tidak semestinya memberi manfaat tambahan dalam mencegah kecacatan tiub saraf.
Selain itu B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B membantu ibu hamil mengurangkan risiko anemia (kurang sel darah merah), bantu meredakan mabuk ketika hamil, mengurangkan risiko keguguran janin pada awal fasa kehamilan, dan mengawal mood bagi mengelakkan kemurungan selepas melahirkan bayi.
Multivitamin Vita-Lize

Sepanjang tempoh kehamilan, tubuh wanita perlu menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong pertumbuhan plasenta dan bayi. Ibu hamil memerlukan 27 miligram zat besi setiap hari bagi memenuhi keperluan ini.
Kekurangan zat besi dalam kalangan ibu mengandung merupakan salah satu punca utama anemia (kurang sel darah merah), sebab itu penting untuk mengambil suplemen zat besi sebagai sebahagian daripada rutin harian. Zat besi dalam multivitamin memainkan peranan penting dalam mencegah anemia semasa hamil, yang boleh menyebabkan keletihan dan komplikasi lain.
Multivitamin Vita-Lize mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh badan yang sihat. Selain zat besi, wanita hamil memerlukan vitamin dan mineral berikut untuk keperluan kesihatan ibu dan bayi:
- Vitamin A: Membantu perkembangan sistem imun dan penglihatan bayi.
- Vitamin B6: Menyokong perkembangan otak dan sistem saraf bayi, serta membantu penghadaman protein dan karbohidrat.
- Vitamin D: Membantu mengekalkan paras kalsium dan fosfat, yang penting untuk tulang, gigi, dan otot yang sihat.
- Iodin: Untuk kesihatan tiroid ibu hamil.
Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C sangat penting semasa tempoh kehamilan untuk perkembangan bayi dan kesihatan keseluruhan ibu. Jumlah pengambilan harian yang disyorkan untuk wanita hamil secara amnya ialah 85 miligram (mg) sehari bagi yang berumur 19 tahun ke atas, dengan had maksimum sebanyak 2,000 mg sehari.
Vitamin C memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, yang diperlukan untuk perkembangan tulang, otot dan salur darah. Ia juga menyokong fungsi sistem imun, membantu penyerapan zat besi, dan bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan.
Kelebihan Vitamin C Semasa Tempoh Kehamilan
- Perkembangan Janin: Vitamin C penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tisu, tulang, dan otot bayi.
- Sistem Imun: Ia membantu meningkatkan sistem imun ibu, supaya lebih kuat melawan jangkitan.
- Penyerapan Zat Besi: Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, yang penting untuk mencegah anemia, terutamanya semasa hamil.
- Perlindungan Antioksidan: Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang melindungi ibu dan bayi daripada kerosakan akibat radikal bebas.
- Mengurangkan Risiko Komplikasi: Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang mencukupi mungkin dapat mengurangkan risiko komplikasi kehamilan seperti preeklampsia, pertumbuhan janin terbantut, dan anemia pada ibu.
Apa itu preeklampsia? Ia adalah situasi komplikasi kehamilan dengan tekanan darah tinggi dan kerosakan pada organ tubuh, terutama ginjal dan hati. Kebiasannya terjadi setelah usia kehamilan mencecah 20 minggu. Preeklamsia biasanya muncul dengan gejala seperti bengkak pada bahagian kaki (edema), peningkatan berat badan secara tiba-tiba, dan peningkatan tekanan darah.
Preeklamsia boleh menyebabkan komplikasi serius pada ibu dan bayi, seperti kelahiran pramatang, masalah pertumbuhan janin, serta risiko koma atau kematian. Jika tidak ditangani dengan baik, preeklamsia akan berkembang menjadi eklampsia iaitu keadaan yang lebih serius dengan gejala seperti kejang dan koma.
Ostenutrix: Keperluan Kalsium Dalam Tempoh Kehamilan

Semasa hamil, kalsium sangat penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi serta kesihatan ibu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengambilan 1200mg kalsium setiap hari bagi wanita hamil. Walaupun penyerapan kalsium meningkat semasa kehamilan, sesetengah wanita mungkin memerlukan supplemen, terutamanya jika tidak mengambil cukup makanan yang kaya dengan kalsium.
Kepentingan Kalsium Semasa Hamil
- Perkembangan Janin: Kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi
- Kesihatan Ibu: Pengambilan kalsium yang mencukupi membantu mencegah kehilangan tulang pada ibu dan mengurangkan risiko komplikasi seperti pra-eklampsia
Keunikan Ostenutrix Membekalkan Sumber Kalsium Untuk Ibu Hamil
- Sokongan Kalsium dan Magnesium yang Menyeluruh: Ostenutrix membekalkan kedua-dua kalsium dan magnesium. Kedua-dua ini bergabung untuk membina dan mengekalkan kekuatan tulang. Magnesium pula membantu mengaktifkan vitamin D, yang seterusnya bantu meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan.
- Vitamin D3 untuk Penyerapan yang Optimum: Kehadiran vitamin D3 sangat penting untuk membolehkan tubuh ibu hamil menyerap dan menggunakan kalsium dengan lebih berkesan.
- Lebih Dari Sekadar Kesihatan Tulang: Ostenutrix bukan sahaja bagus untuk kesihatan tulang. Ia juga menyokong pelbagai fungsi badan termasuk fungsi saraf dan otot. Sesetengah pengguna melaporkan manfaat seperti melegakan sakit belakang dan kejang otot terutamanya bagi ibu hamil.
- Alternatif kepada Tenusu: Ostenutrix sesuai untuk wanita hamil yang alergi pada laktosa atau ingin mengelakkan produk berasaskan tenusu, kerana ia merupakan sumber kalsium bukan dari tenusu.
Omega Guard: Asid Lemak Omega-3 Untuk Ibu dan Bayi

Asid lemak Omega-3, terutamanya DHA dan EPA, sangat penting semasa kehamilan untuk ibu dan bayi yang sedang membesar. Ia memainkan peranan penting dalam perkembangan otak dan mata janin, serta boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang, preeklampsia dan kemurungan selepas bersalin. Pengambilan Omega-3 yang mencukupi juga boleh membantu bayi lahir dengan berat yang sihat dan mengurangkan risiko ekzema pada bayi di kemudian hari. Dah dapat kan rahsia elakkan ekzema?
Kebaikan Omega-3 untuk Bayi
- Perkembangan Otak dan Mata: DHA sangat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.
- Kurangkan Risiko Kelahiran Pramatang: Pengambilan Omega-3 yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko kelahiran awal.
- Berat Lahir yang Sihat: Omega-3 boleh menyumbang kepada berat badan bayi yang sihat semasa lahir.
- Perkembangan Kognitif: Pengambilan Omega-3 yang cukup semasa tempoh kehamilan boleh meningkatkan perkembangan otak, kemahiran komunikasi dan sosial, serta mengurangkan masalah tingkah laku anak.
Kebaikan Omega-3 untuk Ibu Hamil
- Kurangkan Risiko Kemurungan Selepas Bersalin: Kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko kemurungan selepas bersalin.
- Kurangkan Risiko Kelahiran Pramatang: Omega-3 membantu mencegah kelahiran awal daripada jangkaan.
- Kurangkan Risiko Preeklampsia: Pengambilan Omega-3 boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil.
Kelebihan penggunaan Omega Guard Shaklee semasa tempoh hamil sangat membantu melalui kandungan asid lemak omega-3 berkualiti tinggi, terutamanya kepekatan tinggi EPA dan DHA yang penting untuk perkembangan janin, termasuk otak dan retina. Omega Guard juga terkenal dengan tahap kemurnian dan keberkesanannya, hasil daripada proses penyulingan molekul berperingkat sebanyak tiga kali. Proses ini juga menghilangkan bau hanyir ikan untuk elakkan alahan pada ibu hamil.
Cara Mendapatkan Set Hamil Shaklee
Untuk mendapatkan set hamil Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.
Berminat untuk dapatkan set hamil Shaklee? Setiap pembelian set ini anda akan terus mendapat keahlian percuma beserta penjimatan sebanyak RM142.25 walaupun ini adalah kali pertama anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat. Dan anda juga akan menerima satu tote bag Shaklee yang ekslusif! (sementara stok masih ada). Jadi jangan terlambat.

Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)
