Sakit Gerd dan Kaitan dengan Asid Refluks
Masalah penghadaman seperti pedih ulu hati, sendawa berlebihan, dan rasa masam di tekak sering dianggap perkara biasa, namun ia boleh menjadi tanda kepada satu keadaan kesihatan yang lebih serius dikenali sebagai sakit gerd. Dalam artikel ini, kita akan kupas secara lebih terperinci tentang sakit gerd, kaitannya dengan asid refluks, punca-punca, gejala yang biasa dialami, serta langkah rawatan dan pencegahan yang boleh diambil.
Apa itu Sakit Gerd dan Kaitannya dengan Asid Refluks?
Gerd bermaksud penyakit refluks gastroesofagus. Satu keadaan di mana asid perut mengalir semula ke dalam esofagus (saluran makanan) dan menyebabkan simptom seperti pedih ulu hati serta masalah lain yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Keadaan ini sering dikaitkan dengan asid refluks, iaitu pengaliran semula kandungan perut ke dalam esofagus. Apabila keadaan ini berlaku secara kerap atau menjadi teruk, ia berkembang menjadi gerd. Keadaan ini berlaku apabila injap yang memisahkan perut dan esofagus, yang dikenali sebagai Lower Esophageal Sphincter (LES) menjadi lemah atau tidak berfungsi dengan baik.

LES sepatutnya bertindak sebagai pintu sehala, membuka apabila makanan masuk ke dalam perut dan menutup kembali selepas itu. Penutupan semula untuk menghalang kandungan perut, termasuk asid daripada naik ke esofagus. Apabila fungsi ini terganggu, berlakulah asid refluks secara kerap. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan keradangan, ulser, batuk kering berterusan, kerosakan pada esofagus, dan memberi kesan kepada kualiti hidup pesakit.
Apa Itu Asid Refluks?
Asid refluks ialah proses semula jadi di mana kandungan perut, termasuk asid, mengalir semula ke esofagus. Ia boleh berlaku sekali-sekala pada orang sihat, terutamanya selepas makan berat atau makanan-makanan tertentu. Namun, jika ia berlaku terlalu kerap atau menimbulkan simptom-simptom yang mengganggu, ia boleh menjadi tanda awal kepada sakit gerd. Simptom utama asid refluks ialah:
- Rasa masam yang tidak menyenangkan dalam mulut, disebabkan oleh asid perut.
- Pedih ulu hati. Rasa seperti terbakar di bahagian tengah-tengah dada anda.
Hubungan Antara Sakit Gerd dan Asid Refluks
Fahami perbezaan antara dua keadaan ini:
- Asid refluks merupakan kejadian peringkat awal dan biasa berlaku pada sesiapa sahaja.
- Gerd pula ialah satu bentuk asid refluks yang lebih serius, berpanjangan, dan memerlukan rawatan kerana ia boleh menyebabkan komplikasi-komplikasi berbahaya.
Dalam erti kata lain, sakit gerd ialah lanjutan kepada masalah asid refluks apabila ia berlaku secara kronik.
Komplikasi Gerd Apabila Tidak Dirawat
Jika gerd terjadi terlalu kerap, ia boleh menyebabkan kerosakan pada struktur esofagus. Lama-kelamaan, gerd boleh membawa kepada pelbagai masalah lain yang lebih serius atau dinamakan komplikasi gerd.
Komplikasi Gerd Secara Ringkas
Esofagitis (Keradangan Pada Esofagus)
Asid yang naik berulang kali menyebabkan dinding esofagus luka dan membengkak. Ini boleh menyebabkan rasa sakit semasa menelan.
Striktur esofagus (Saluran Esofagus Menjadi Sempit)
Esofagus yang terlalu kerap luka apabila sembuh akan meninggalkan parut. Parut ini lama-kelamaan akan membuatkan saluran esofagus menjadi sempit dan susah untuk menelan makanan.
Barrett’s Esophagus (Perubahan Bentuk Sel-Sel Esofagus)
Ini berlaku apabila sel-sel dalam esofagus berubah bentuk untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang selalu berasid. Sel-sel berwarna merah jambu yang melapisi bahagian bawah esofagus digantikan dengan lapisan tebal berwarna merah yang menyerupai tisu usus. Perubahan ini dipanggil metaplasia usus, adalah tindak balas perlindungan terhadap keradangan tisu yang kronik disebabkan oleh gerd. Walaupun ia bukan kanser, Barrett’s esophagus boleh meningkatkan risiko untuk mendapat adenokarsinoma esofagus, iaitu sejenis kanser esofagus.
Kanser Esofagus (Adenokarsinoma dan Squamous Cell Carcinoma)
Jika Barrett’s esophagus di atas tidak dikawal, sel-sel abnormal ini boleh berubah menjadi kanser. Terdapat dua jenis risiko kanser yang boleh terjadi iaitu:
- Kanser yang bermula dari sel kelenjar di bahagian bawah esofagus dipanggil adenokarsinoma. Jenis kanser yang paling biasa berlaku pada esofagus. Ia biasanya terjadi lebih dekat dengan perut. Asid refluks kronik, penyakit refluks gastroesofagus (GERD), Barrett’s esophagus, dan pedih ulu hati yang berpanjangan boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap kanser adenokarsinoma esofagus.
- Squamous Cell Carcinoma: Kanser esofagus ini berasal daripada sel skuamosa yang terdapat di bahagian atas esofagus. Kanser sel skuamosa selalunya dikaitkan dengan pengambilan alkohol yang banyak, merokok, dan pemindahan organ.
Pendarahan dalaman
Asid yang merosakkan esofagus boleh menyebabkan pendarahan, dan ini boleh menyebabkan anemia (simptom kurang darah merah dan cepat merasa letih).
Disfagia (Kesukaran untuk Menelan)
Keradangan atau parut di bahagian esofagus membuatkan rasa seperti ada makanan tersekat di bahagian kerongkong atau rasa susah untuk menelan.
Masalah Berkaitan Paru-Paru
Asid perut yang mengalir balik ke dalam esofagus boleh mencetuskan simptom seperti asma, termasuk batuk kronik, bunyi berdehit (wheezing), dan sesak nafas. GERD juga boleh menyebabkan pembengkakan pada kord vokal, suara menjadi serak, dan risiko pertumbuhan pada kord vokal. Selain itu, zarah-zarah asid boleh terhidu ke dalam saluran pernafasan menambah lagi masalah pernafasan. Kadang-kadang, ia juga berpotensi untuk menyebabkan jangkitan paru-paru (pneumonia).
Komplikasi-Komplikasi Lain
Menyebabkan gigi rosak akibat pendedahan kepada asid dalam jangkamasa lama.
Ini bermakan gerd bukanlah sekadar pedih ulu hati biasa. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius. Sebab itu penting untuk dapatkan rawatan awal jika anda sering mengalami simptom-simptom seperti pedih ulu hati, sendawa asid, atau sakit tekak selepas makan.
Pengalaman Diri Sendiri Menghidap GERD
Saya ingin berkongsi pula pengalaman saya sendiri menghidap gerd dalam tempoh setahun (agak lama) dan hanya sedar apabila keadaan telah menjadi kronik. Mula mengalami simptom-simptom batuk kering berterusan yang saya ingatkan batuk biasa sahaja pada mulanya. Batuk selalunya berlaku sepanjang hari dan jadi lebih teruk pada waktu malam sehingga menggangu kualiti tidur. Bila berbaring, batuk akan semakin teruk dan kadang-kadang sampai tak boleh tidur sehingga pagi.
Saya pun pergi untuk dapatkan rawatan di klinik kesihatan tapi kebanyakan respon yang saya dapat dimana batuk saya dikaitkan dengan masalah asma. Mungkin juga sebab saya sendiri adalah pembawa asma sejak kecil lagi. Kebanyakan tempat rawatan yang saya pergi, saya akan dirawat sebagai pesakit asma dan batuk kering masih belum reda. Situasi tersebut buatkan saya kecewa.
Dalam tempoh setahun itu juga saya pernah dimasukkan ke hospital selama empat hari disebabkan doktor syak akan simptom paru-paru yang boleh membahayakan kesihatan saya.
Dalam masa yang sama, saya mula mencari info-info yang berkaitan untuk bantu mempercepatkan pemulihan kesihatan diri saya. Hasil pembacaan dan kajian sendiri, saya dapati batuk saya tidak mungkin sembuh disebabkan menggunakan kaedah rawatan yang salah. Batuk berterusan yang saya alami telah menyebabkan radang di bahagian esofagus. Kekerapan sendawa dan batuk juga disebabkan oleh saluran penghubung antara esofagus dan perut tidak berfungsi dengan baik. Mungkin disebabkan kebocoran asid dan gas yang memasuki semula ke saluran esofagus menyebabkan batuk saya semakin kronik.
Rawatan GERD Guna Alternatif Semulajadi
Sebagai pengguna Shaklee sejak 2018, saya menggunakan kelebihan ilmu-ilmu produk dan nutrisi yang saya ada. Rawatan minggu pertama untuk bantu meredakan keradangan di bahagian esofagus, saya telah mengamalkan minum Vivix dua kali sehari (pagi dan petang). Vivix ada polifenol yang bagus untuk pulihkan keradangan. Kemudian saya ubah diet pemakanan dengan tidak mengambil sebarang minuman yang mengandungi kafein, makanan-makanan berasakan coklat dan yang masam-masam. Saya juga elakkan makan ketika lewat malam. Paling lewat saya makan adalah pada jam 8 malam.
Alhamdulillah selepas hanya dua minggu dengan Vivix Shaklee, batuk mula berkurangan dan pedih-pedih di bahagian dada telah hilang. Sebelum ini kalau batuk terlalu teruk, bau hangit yang keluar melalui nafas pun sudah tiada lagi. Tetapi saya masih ada masalah sendawa bermaksud saya masih perlu rawat asid refluks yang menyebabkan gas “bocor” masuk ke saluran esofagus.
Untuk mengurangkan perut yang berasid, saya amalkan kombinasi Alfalfa Complex dan Peppermint Ginger Plus Shaklee. Kenapa saya pilih Alfalfa Complex sebab ia secara semula jadi bersifat alkali dan berjaya mengurangkan tahap keasidan dalam perut saya. Sebotol Alfalfa Complex sangat membantu meredakan masalah asid refluks. Untuk pemulihan gas dari dalam perut, saya gunakan herba-herba pilihan yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus. Alhamdulillah hasil konsisten selama dua bulan akhirnya saya pulih walaupun keadaan saya agak kronik sebelum ini. Dan kini saya boleh teruskan hobi saya iaitu mendaki bukit dan gunung.
Saya bersyukur sebab dengan ilmu yang betul, saya berjaya sihat semula. Sebelum ni dalam fikiran saya cuma risiko tentang menghidap kanser dan macam-macam lagi yang bermain dalam fikiran saya.
Kelebihan Vivix, Alfalfa Complex dan Peppermint Ginger Plus Merawat GERD
Vivix Shaklee
Vivix ialah minuman lazat yang mengandungi campuran botani eksklusif Shaklee. Antaranya termasuk Ekstrak Anggur Muscadine, Ekstrak Cecair Elderberi, Ekstrak Serbuk Elderberi, Ekstrak Knotweed Jepun, Serbuk Jus Epal, Serbuk Blueberi, dan Ekstrak Lobak Ungu. Ramuan di dalam Vivix telah melalui proses pengekstrakan eksklusif untuk memastikan nutrien aktif dikekalkan pada tahap maksimum. Ia dirumus khas untuk memberikan manfaat menyeluruh kepada kesihatan sel sehingga ke peringkat DNA.

Keunikan Vivix Shaklee terletak pada campuran unik bahan-bahan polifenol yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Resveratrol ialah antara polifenol dalam campuran ini dengan ciri antioksidan dan perlindungan yang telah dibuktikan melalui banyak ujian klinikal. Anggur muscadine dipilh kerana ia mempunyai kromosom tambahan yang menyumbang kepada kandungan polifenol yang terbaik dan berkesan.
Berikut adalah Bagaimana Formulasi Vivix Menyumbang kepada Pengurangan Keradangan
- Kuasa Antioksidan: Polifenol seperti resveratrol adalah antioksidan yang kuat yang membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya. Menghapuskan punca utama tekanan oksidatif dan keradangan.
- Pengurangan Tekanan Oksidatif: Bahan-bahan dalam Vivix membantu mengurangkan tekanan oksidatif yang merupakan faktor utama dalam keradangan kronik.
- Mengurangkan Tindak Balas Keradangan: Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa Vivix boleh membantu mengurangkan tindak balas keradangan dalam individu sihat selepas pengambilan makanan tinggi lemak dan tinggi karbohidrat.
- Melindungi DNA: Beberapa bahan dalam Vivix telah terbukti dalam kajian makmal dapat melindungi DNA daripada kerosakan. Ini menyumbang kepada mengurakan kesan keradangan dan kerosakan sel.
- Mengurangkan Pembentukan Protein A.G.E: Bahan utama dalam Vivix telah menunjukkan keupayaan untuk mengurangkan pembentukan Produk Akhir Glikasi Lanjutan (A.G.E), yang selalu dikaitkan dengan proses penuaan dan keradangan.
Alfalfa Complex
Shaklee Alfalfa Complex membantu melegakan simptom refluks asid dengan meneutralkan keasidan perut dan menyokong kesihatan sistem penghadaman. Alfalfa mengandungi enzim yang boleh membantu proses pencernaan, dan komponennya berupaya meneutralkan asid perut, sekali gus mengurangkan ketidakselesaan akibat refluks asid. Alfalfa Shaklee dicipta sejak tahun 1950 lagi dimana tumbuhan Alfalfa hanya dituai selepas 2 tahun. Akar sepanjang 6 meter ke dalam tanah memberi kelebihan untuk menyerap lebih banyak nutrien.

Bagaimana Alfalfa Complex Membantu?
- Bersifat Alkali: Fungsi beralkali alfalfa membantu mengatasi masalah refluks asid. Keupayaan alfalfa untuk meneutralkan keasidan perut dan menyokong keseimbangan dalam usus boleh menyumbang kepada pengurangan simptom refluks asid.
- Meneutralkan keasidan perut: Komponen dalam alfalfa membantu mengurangkan tahap asid dalam perut, yang merupakan punca utama asid refluks.
- Menyokong pencernaan: Alfalfa mengandungi enzim yang boleh membantu dalam pemecahan makanan dan meningkatkan proses pencernaan, sekaligus mengurangkan kemungkinan berlakunya refluks asid.
- Menggalakkan kesihatan usus: Alfalfa membantu mengimbangi fungsi usus, yang berpotensi mengurangkan masalah penghadaman seperti kembung perut dan angin, yang boleh menyumbang kepada asid refluks.
- Kaya dengan nutrien: Alfalfa merupakan sumber yang baik bagi vitamin, mineral, dan klorofil, yang menyumbang kepada kesihatan menyeluruh dan berpotensi membantu dalam pencernaan.
Peppermint Ginger Plus
Membantu melegakan perut kembung dengan menggunakan gabungan herba yang terbukti secara klinikal untuk menenangkan dan meredakan ketidakselesaan sistem pencernaan. Formula ini mengandungi daun pudina, halia, biji adas, dan biji adas manis, yang masing-masing menyumbang kepada kesihatan penghadaman.

Daun pudina boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati dan asid refluks. Manakala halia terkenal dengan sifat anti-radang serta keupayaannya untuk melegakan kembung dan angin. Biji adas membantu dalam proses penghadaman, dan biji adas manis pula membantu merehatkan kekejangan perut.
Gabungan herba ini berfungsi bersama untuk melegakan kembung perut, menenangkan perut, meredakan ketidakselesaan, dan menyokong penghadaman secara keseluruhan.
Cara Mendapatkan Produk Shaklee daripada Pengedar Sah
Untuk mendapatkan Set Gerd Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.
Berminat untuk dapatkan set di atas atau salah satu daripada produk Shaklee untuk masalah sakit gerd anda? Setiap pembelian Set Gerd Shaklee yang lengkap, anda akan terus mendapat keahlian percuma. Penjimatan sebanyak RM132.25 untuk set gerd Shaklee pada harga ahli walaupun ini merupakan pertama kali anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.
Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)
