Detoks Semula Jadi Buang Toksin Dalam Badan
Setiap hari tubuh kita terdedah kepada pelbagai bahan kimia berbahaya seperti pencemaran udara, makan makanan berproses (makanan segera), minuman gula berlebihan, dan bahan pengawet yang secara senyap-senyap memasuki sistem badan kita. Lama-kelamaan, ini akan membawa kepada pengumpulan toksin di dalam tubuh badan. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui cara buang toksin dalam badan yang lebih selamat untuk memastikan tubuh sentiasa berfungsi secara optimum tanpa memudaratkan kesihatan.
Simptom-Simptom Badan Penuh Toksin

Jika anda sering mengalami masalah kesihatan seperti berikut, ia mungkin petanda bahawa badan anda telah terlalu lama menyimpan toksin. Ini antara kesan-kesan apabila toksin berlebihan di dalam tubuh badan anda:
Masalah Berkaitan Pencernaan
- Sembelit yang kronik. Anda selalu mengalami kesukaran membuang najis secara berterusan atau kerap dalam jangka masa panjang (biasanya lebih dari 3 minggu).
- Kembung perut dan angin berlebihan. Perut terasa penuh, tegang, atau membesar disebabkan oleh pengumpulan gas dalam saluran pencernaan. Menyebabkan rasa tidak selesa, berat, dan kadangkala sakit perut.
- Najis berbau kuat atau tidak lawas. Susah ketika nak membuang air besar atau tidak merasa puas pula selepas membuang air besar.
Kulit yang Bermasalah
- Jerawat, eczema, dan kulit kelihatan kusam. Berlaku akibat toksin berlebihan dalam badan kerana toksin yang tidak disingkirkan dengan baik melalui usus atau hati. Maka toksin cuba untuk keluar melalui kulit (organ detoks terbesar). Lama-kelamaan menyebabkan keradangan, liang pori tersumbat, dan gangguan keseimbangan kulit. Lalu muncul jerawat, ruam atau kulit kelihatan kusam dan tidak sihat.
- Alergi atau gatal-gatal tanpa sebab jelas. Disebabkan toksin berlebihan dalam badan mengganggu sistem imun dan menyebabkan tubuh ‘tersilap’ melakukan tindak balas terhadap bahan biasa. Bila hati atau usus tidak lagi mampu menapis toksin dengan baik, ia boleh menyebabkan reaksi pada kulit seperti ruam, gatal, atau alergi yang berulang-ulang tanpa punca yang jelas.
Keletihan yang Teramat
- Rasa lesu sepanjang hari walaupun dah cukup tidur. Toksin berlebihan dalam badan mengganggu fungsi normal organ seperti hati dan buah pinggang yang seharusnya membantu menapis dan membuang bahan buangan. Tetapi apabila organ-organ ini terbeban, tubuh badan anda tidak lagi dapat berfungsi dengan cekap. Menyebabkan berlaku penurunan tenaga, keletihan dan otak menjadi kabur (juga dikelani sebagai ‘brain fog’). Walaupun anda dah betul-betul cukup tidur, badan tetap tidak mampu untuk memproses dan membuang toksin dengan baik, akhirnya mengakibatkan rasa lesu dan letih sepanjang hari.
Sistem Imun Lemah
- Anda mudah jatuh sakit seperti kerap demam dan selsema. Apabila tubuh badan anda mengumpul toksin yang berlebihan, sistem imun akan menjadi lemah. Toksin boleh mengganggu fungsi organ penting anda seperti hati dan buah pinggang yang bertanggungjawab untuk menapis dan membuang bahan buangan. Akibatnya, tubuh tidak lagi dapat melawan jangkitan dengan berkesan. Anda lebih mudah terdedah kepada penyakit seperti selsema, demam, dan jangkitan lain. Sistem imun yang tertekan juga menyebabkan ia tidak dapat berfungsi pada tahap terbaik untuk melawan patogen atau virus yang masuk ke dalam tubuh badan.
- Luka pun lambat sembuh. Toksin berlebihan menghalang peredaran darah yang baik, lalu mengurangkan oksigen dan nutrien yang sampai ke kawasan luka tersebut. Selain itu, toksin yang melemahkan sistem imun badan, menyebabkan ia kurang berkesan dalam melawan jangkitan atau radang di kawasan luka. Akibatnya, luka sembuh dengan lebih perlahan dan mudah dijangkiti.
Masalah Berat Badan
- Susah untuk kurus walaupun tengah diet. Berlebihan toksin mengganggu proses metabolisma dan penyerapan nutrien. Menjadikan tubuh lebih susah untuk membakar lemak walaupun sedang diet. Toksin yang terkumpul dalam tubuh juga boleh meningkatkan tahap kortisol (hormon stress), yang menyebabkan penyimpanan lemak berlebihan di kawasan perut. Selain itu, toksin mengganggu fungsi hati yang sepatutnya menyahtoksik badan, menyebabkan proses detoksifikasi dan pembakaran lemak menjadi lambat.
Masalah Hormon dan Kitaran Haid
- Mengalami haid tidak teratur atau senggugut teruk. Toksin badan anda terutamanya xenoestrogen (toksin yang menyerupai hormon estrogen), boleh mengganggu keseimbangan hormon wanita. Estrogen dan progesteron adalah dua hormon utama yang mengawal kitaran haid. Hati pula berfungsi memainkan peranan penting dalam menapis toksin dan mengawal tahap hormon dalam badan. Jika hati terganggu, contohnya disebabkan pengumpulan toksin, maka ia tidak dapat memetabolismakan estrogen dengan betul. Ini seterusnya menyebabkan peningkatan estrogen dalam tubuh, yang dikenali sebagai dominasi estrogen akhirnya memburukkan lagi keadaan senggugut.
- Gangguan emosi dan mood swing. Toksin mengganggu pengeluaran hormon seperti serotonin dan dopamin yang penting untuk mood yang stabil. Pengumpulan toksin memberi tekanan pada badan, meningkatkan tahap hormon stress (kortisol), yang boleh menyebabkan rasa cemas, tertekan dan perubahan mood yang mendadak.
Bau Badan dan Nafas Tidak Menyenangkan
- Nafas tetap berbau walaupun dah gosok gigi bersih-bersih. Ini disebabkan kegagalan sistem detoksifikasi (hati, buah pinggang, dan usus) untuk mengeluarkan sisa dan toksin secara efisien. Toksin yang terkumpul memasuki aliran darah dan akhirnya dikeluarkan melalui paru-paru, menyebabkan bau nafas tidak menyenangkan. Ini juga boleh dikaitkan dengan masalah pencernaan seperti sindrom usus bocor atau penyakit hati yang tidak dapat menyingkirkan toksin dengan baik.
- Bau peluh lebih kuat dari biasa. Akibat terlalu banyak toksin, sistem pembuangan semula jadi anda seperti hati, buah pinggang, dan usus tidak dapat mengeluarkannya dengan efektif. Lalu toksin dikeluarkan melalui peluh, menyebabkan bau lebih kuat dan tidak menyenangkan. Selain itu, kandungan asid dalam badan yang meningkat akibat toksin juga boleh menyebabkan peluh berbau lebih tajam.
Risiko Penyakit Kronik
- Penyakit hati berlemak (fatty liver) berlaku apabila toksin berlebihan dalam badan menyebabkan peningkatan lemak di dalam hati. Hati berfungsi untuk menapis dan menyahtoksik bahan kimia serta sisa-sisa di dalam badan. Tetapi, disebabkan kadar tinggi toksin yang masuk dan apabila hati tidak dapat menyingkirkannya dengan berkesan, lemak pun mula terkumpul di dalam hati.
- Masalah berkaitan buah pinggang. Toksin berlebihan yang tidak dapat disingkirkan dengan baik akan menambah beban pada buah pinggang anda. Buah pinggang perlu menapis toksin dan sisa daripada darah. Apabila beban toksin terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kronik (CKD). Ini boleh mengakibatkan penurunan fungsi kecekapan buah pinggang dan risiko kegagalan buah pinggang. Kegagalan buah pinggang yang tak dirawat segera boleh membawa kematian.
- Kolesterol LDL tinggi terjadi dari toksin yang terkumpul dalam badan mula mengganggu proses metabolisma lemak. Hati anda dipaksa untuk bekerja lebih keras menapis toksin, dan seterusnya mengganggu proses pengeluaran kolesterol. Lalu menyebabkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) meningkat dan HDL (kolesterol baik) menurun. Ini boleh mengakibatkan arteri tersumbat akibat plak terkumpul pada dinding arteri, kemudian meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, dan masalah saluran darah.
- Risiko menghidap diabetes. Toksin berlebihan boleh menyebabkan gangguan insulin, iaitu sel badan anda tidak lagi bertindak balas dengan baik terhadap insulin (hormon penting untuk mengawal dan menyeimbangkan paras gula darah).
Simptom-simptom ini bukan sahaja mengganggu kehidupan seharian, malah jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh membawa kepada penyakit yang lebih serius.
Kesilapan Umum Buang Toksin Dalam Badan
Ramai orang ingin buang toksin dalam badan, tetapi melakukannya dengan cara yang salah. Tanpa mengetahui cara yang betul, ia boleh mendatangkan penyakit yang lebih berbahaya pula sehingga mampu merosakkan organ-organ badan anda yang lain. Antara kesilapan-kesilapan umum tersebut yang perlu anda tahu:
Berpuasa Secara Ekstrem Tanpa Nutrien yang Mencukupi.
Kesilapan besar dalam detoks kerana ia boleh menyebabkan tubuh kekurangan tenaga, kehilangan otot, dan memperlahankan metabolisma. Tanpa nutrien penting, organ detoks seperti hati dan buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah boleh menyebabkan anda rasa pening, keletihan yang melampau, dan menhadapi gangguan hormon.
Mengambil Julap Kuat atau Bahan Kimia Terlarang
Jangan lakukan ini, ia seakan anda memaksa usus bekerja secara tidak semula jadi, dan bukannya menyokong fungsi semulajadi badan. Boleh menyebabkan cirit-birit berlebihan, kehilangan air dan elektrolit penting. Ia turut mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus, yang penting untuk sistem imun dan pencernaan. Jika digunakan berulang kali, boleh menyebabkan usus menjadi “malas” atau bergantung pada julap.
Minum Air Detoks Berlebihan Tetapi Tanpa Serat
Satu kesilapan yang sangat rugi kerana ia hanya menambah cecair dalam badan tanpa membantu proses pembersihan sebenar. Serat diperlukan untuk mengangkut toksin keluar melalui najis, manakala air sahaja tidak mencukupi untuk menyingkirkan toksin dari sistem pencernaan. Akibatnya, toksin boleh diserap semula oleh badan dan menyebabkan masalah seperti kembung, sembelit, atau ketidakseimbangan elektrolit.
Detoks tanpa pemantauan atau tanpa ilmu
Ini akan menyebabkan tubuh anda mula kehilangan nutrien penting, berlaku dehidrasi, gangguan elektrolit, dan membebankan organ dalaman seperti hati dan buah pinggang. Tanpa pengetahuan yang betul, individu mungkin menggunakan produk tidak selamat atau teknik ekstrem yang akhirnya lebih memudaratkan daripada menyihatkan.
Penggunaan Produk Tidak Berdaftar atau Tidak Diuji Keselamatan ke Atas Manusia
Produk mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya, julap sintetik, atau logam berat yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan sistem pencernaan. Tanpa kelulusan KKM dan ujian klinikal, tiada jaminan ia selamat atau berkesan untuk digunakan bagi jangkamasa panjang.
Proses buang toksin dalam badan seharusnya dilakukan secara lembut, selamat dan menyokong fungsi badan, bukannya dengan memaksa tubuh anda melakukannya secara mendadak.

Kesemua ini membuktikan bahawa proses detoks bukanlah boleh dibuat sembarangan. Ia memerlukan pemilihan produk dan pendekatan yang selamat dan sesuai dengan tubuh.
Herb-Lax dan Alfalfa Shaklee Untuk Detoksifikasi Selamat
Antara pilihan terbaik untuk buang toksin dalam badan dengan selamat ialah dengan kombinasi Herb-Lax dan Alfalfa Complex Shaklee. Kedua-dua produk adalah ini berasaskan tumbuhan yang unik, selamat dan telah terbukti berkesan. Saya sendiri telah menggunakan kedua-dua produk ini ketika melakukan proses detoks.
Kelebihan Shaklee adalah pada ‘landmark study’, dimana kajian terhadap produk telah dijalankan selama bertahun-tahun lamanya sebelum diperkenalkan di pasaran untuk kegunaan manusia.

Keunikan Herb-Lax Shaklee
Menggunakan gabungan 8 herba asli premium yang dirumus berdasarkan kajian sains herba tradisional Amerika dan Eropah.
Daun Senna (Senna alexandrina):
Julap semulajadi yang terkenal, merangsang pergerakan usus.
Akar Licorice (Glycyrrhiza glabra):
Menenangkan saluran pencernaan dan mengurangkan keradangan.
Daun Alfalfa (Medicago sativa):
Mengandungi serat dan menyokong sistem pencernaan.
Biji Adas (Foeniculum vulgare):
Membantu melegakan kembung dan angin dalam perut.
Biji Anise (Pimpinella anisum):
Membantu proses pencernaan dan mengurangkan ketidakselesaan usus.
Akar Rhubarb (Rheum palmatum):
Julap semulajadi yang lembut dengan sifat menyahtoksik.
Kulit Pokok Buckthorn (Rhamnus frangula):
Merangsang kolon secara lembut untuk membantu proses pengeluaran.
Bunga Blue Malva (Malva sylvestris):
Mempunyai kesan yang menenangkan dan anti-radang pada usus.
Herb-Lax bertindak membersih secara lembut. Tidak menyakitkan perut anda kerana ia tidak mengandungi bahan julap kimia yang agresif. Tidak memaksa usus anda bekerja terlalu keras, sebaliknya melonggarkan najis yang tersekat dan merangsang kolon dengan lembut. Ia turut membantu detoks usus tanpa ketagihan seperti penggunaan julap, menjadikannya sesuai untuk penggunaan berkala.
Selain itu ia membantu pembuangan najis-najis lama yang tertinggal di usus, dan mempercepatkan proses detoks kolon secara semula jadi. Ia melembutkan najis, dan membersihkan usus besar dari sisa toksin serta najis. Menyokong detoks usus secara semula jadi dan selamat, dan sesuai diamalkan secara berkala untuk kesihatan sistem penghadaman.
Keunikan Alfalfa Complex Shaklee
Keunikan Shaklee dimana tumbuhan alfalfa ditanam secara organik di lembah Antelope, California yang mempunyai sumber air terpelihara yang tidak mengalir terus ke laut. Akar Alfalfa pula tersangatlah panjang dan boleh mencecah sehingga 6-18 meter ke dalam tanah. Akar panjang beri kelebihan menyerap lebih 300 mineral dan vitamin yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Satu lagi keunikan Alfalfa Shaklee dimana ia telah dibangunkan sejak dari tahun 1950 lagi dan tumbuhan Alflafa tersebut akan dituai hanya selepas dua tahun. Selepas dikeringkan pada cahaya panas, bahagian daun sahaja yang akan digunakan.

Kelebihan Alfalfa Complex Shaklee
- Mengandungi lebih dari 300 nutrien dan fitokimia semulajadi seperti saponin, flavonoid, dan alkaloid yang menyumbang kepada manfaat kesihatan pencernaan. Fitokimia merupakan sebatian semula jadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan menyumbang kepada warna, rasa, serta ketahanan tumbuhan terhadap penyakit. Walaupun ia bukan nutrien penting seperti vitamin atau mineral, ia boleh memberikan manfaat kesihatan apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.
- Merupakan sumber vitamin penting, termasuk vitamin A, vitamin C, vitamin K dan pelbagai vitamin B. Sangat padat dengan nutrien, alfalfa boleh mengisi semula simpanan vitamin dan mineral yang menyokong fungsi hati, khususnya vitamin K yang disimpan dalam hati dan tisu berlemak. Vitamin penting larut lemak ini terdapat dalam jumlah yang sangat tinggi dalam alfalfa dan terus dihantar ke hati, membantu mengekalkan pembekuan darah yang sihat.
- Alfalfa membekalkan mineral penting seperti kalsium, magnesium dan juga kalium (potassium).
- Kaya dengan klorofil, yang membantu menyahtoksik darah anda dan menyegarkan badan.
- Bertindak sebagai pembersih semula jadi untuk hati, usus, dan buah pinggang.
- Alfalfa juga bersifat alkali. Dianggap sebagai makanan yang sangat beralkali, yang bermaksud ia boleh membantu meneutralkan keasidan berlebihan dalam badan. Ini penting kerana tahap pH yang seimbang adalah penting untuk kesihatan dan fungsi tubuh yang optimum. Membantu mengurangkan bau badan, keputihan, alergi, dan jerawat. Jika perut anda terlalu berasid hingga menyebabkan masalah seperti asid refluks dan batuk disebabkan gas yang dihasilkan oleh asid dalam perut, Alfalfa Complex sangat membantu. Saya dah pun cuba dan saya sendiri pernah batuk kering akibat GERD.
Dan antara sebab-sebab di ataslah ia dinamakan sebagai Raja Segala Tumbuhan sejak zaman purba Mesir lagi.
Kedua-dua produk ini juga telah diuji secara klinikal, bebas dari bahan pengawet, dan perasa tiruan. Ia dijamin selamat, berkesan, semulajadi dan disokong oleh lebih daripada 100 kajian saintifik Shaklee.
Buang Toksin dalam Badan Sambil Meningkatkan Tenaga

Detoks bukanlah hanya sekadar menguruskan berat badan atau menyingkirkan najis. Ia juga penting untuk meningkatkan tenaga, memperbaiki sistem imun dan memperbaharui kesihatan anda dari dalam. Namun, ia mesti dilakukan dengan cara yang betul.
Jika anda serius ingin buang toksin dalam badan tanpa memudaratkan kesihatan, Herb-Lax dan Alfalfa Complex Shaklee adalah pilihan bijak yang telah terbukti membantu ribuan pengguna kami. Kedua-duanya menyokong sistem detoks badan dengan lembut, berkesan dan paling penting, ia selamat untuk kegunaan jangka masa panjang.
Tetapi jika anda sedang mengandung, pesakit buah pinggang atau sedang dalam rawatan ubat cair darah, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana Alfalfa Complex mengandungi vitamin K yang berfungsi untuk pembekuan darah dan potassium yang tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang.
Cara Mendapatkan Set Detoks Shaklee
Untuk mendapatkan Herb-Las dan Alfalfa Complex Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan set detoks Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.
Berminat untuk dapatkan set detoks Shaklee? Penjimatan sebanyak RM30.50 untuk Set Detoks Shaklee jika anda membuat pembelian dengan pendaftaran keahlian Shaklee. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.
Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Sayangi tubuh anda. Detoks dengan ilmu. Detoks dengan Shaklee.
