Petua Awet Muda dan Bagaimana Vivix Shaklee Membantu
Dalam dunia kesihatan moden, salah satu “pembunuh senyap” yang sering tidak disedari ialah A.G.E atau Advanced Glycation End-products. Walaupun istilah ini mungkin kedengaran saintifik, kesannya sangat nyata — dari penuaan kulit hingga kepada risiko penyakit kronik seperti diabetes, jantung, dan Alzheimer. Jom kita fahami dengan lebih mendalam apa itu A.G.E, dan bagaimana ia memberi kesan kepada kesihatan. Seterusnya bagaimana Vivix Shaklee dapat membongkarkan rahsia petua awet muda, suplemen anti-penuaan semula jadi yang dapat membantu mengurangkan penuaan secara lebih berkesan.
Apa Itu A.G.E (Advanced Glycation End-Products)?
A.G.E ialah sebatian berbahaya yang terbentuk apabila gula dalam darah bergabung dengan protein atau lemak melalui proses yang dipanggil glikasi. Semasa proses glikasi, gula berlebihan dalam darah (terutama selepas makan makanan tinggi karbohidrat atau gula) akan bertindak balas dengan molekul protein dalam tubuh. Seterusnya gula yang melekat pada protein akan membentuk produk pertengahan tidak stabil. Dana apabila gabuangan ini menjadi stabil, maka terbentuklah A.G.E tadi.
Kesemua ini berlaku secara semula jadi dalam badan, tetapi ia boleh juga berlaku secara berlebihan apabila:
- Kita mengambil gula dan makanan berproses secara berlebihan.
- Badan mengalami keradangan kronik atau tekanan oksidatif. Keradangan terjadi apabila sistem imun badan memberikan tindakbalas melindungi sistem kesihatan tubuh apabila kita dijangkiti penyakit. Tekanan oksidatif pula berlaku apabila kada radikla bebas dalam badan melebihi dari kada antioksidan yang diperlukan untuk badan kekal sihat.
- Terdapat gangguan metabolik seperti penyakit diabetes (berlebihan kada gula dalam darah akibat kekurangan insulin).
A.G.E akan terkumpul dalam tisu badan dan mula merosakkan sel-sel, mengubah struktur protein penting dan seterusnya mengganggu fungsi organ.
Bagaimana A.G.E Menjejaskan Kecantikan & Kesihatan?
Secara langsung A.G.E memberi kesan terhadap proses penuaan dari dalam dan luaran seperti berikut:
Penuaan Kulit
A.G.E juga merosakkan kolagen dan elastin. Dua protein yang penting untuk mengekalkan keanjalan kulit. Bila ini berlaku, kulit akan menjadi:
- Kedut dan kendur.
- Kusam dan kering.
- Kehilangan seri dan muncul garisan-garisan halus.
Kerosakan Organ Dalaman
Bertindak menyumbat dan merosakkan saluran darah, dan ini menyebabkan risiko:
- Penyakit jantung terjadi apabila A.G.E dan radikal bebas mempercepatkan pembentukan plak dalam arteri, yang mengganggu aliran darah ke jantung. Salur darah menjadi keras dan apabila sel-sel imun menyerang plak kolesterol, ia kemudian pecah, membentuk bekuan darah serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.
- Tekanan darah tinggi. A.G.E menyempitkan salur darah menyebabkan salur darah kurang responsif terhadap perubahan tekanan, seterusnya meningkatkan tekanan darah.
- Masalah buah pinggang berpunca dari tekanan darah yang terlalu tinggi, lalu memberi tekanan berlebihan pada salur darah halus dalam buah pinggang. Kerosakan yang berlaku pada sel-sel nefron (unit penapis utama buah pinggang), mengurangkan keupayaan buah pinggang untuk menapis darah secara berkesan.
Kemerosotan Fungsi Otak
A.G.E dikaitkan dengan kerosakan sel saraf dan meningkatkan risiko:
- Alzheimer merupakan sejenis penyakit kemerosotan otak yang paling biasa menyebabkan nyanyuk (dementia), iaitu kemerosotan fungsi mental dan kognitif.
- Masalah berkaitan gangguan ingatan & susah untuk fokus.
Komplikasi Diabetes
Pesakit kencing manis akan cenderung untuk menghasilkan A.G.E lebih banyak lalu menjadi punca:
- Kerosakan mata (retinopati) akibat salur darah halus di dalam retina (iaitu di bahagian belakang mata) menjadi rosak akibat kadar gula darah yang tinggi secara berterusan.
- Kerosakan saraf (neuropati). A.G.E menyerang lapisan pelindung saraf dan menyekat bekalan darah ke saraf lalu menghalang isyarat saraf dihantar dengan betul. Saraf kemudian menjadi lemah, lambat bertindak atau mati.
- Masalah luka lambat sembuh dimana A.G.E melemahkan sistem imun dan merosakkan salur darah kecil yang membawa nutrien ke kawasan luka. Kurang pengaliran darah dan oksigen ke bahagian luka menyebakan gangguan pada sel pembaikan kulit (fibroblast) untuk berfungsi dengan baik.
Petua Awet Muda: Mencegah A.G.E Secara Semula Jadi
Untuk kekal awet muda dan sihat dari dalam, berikut adalah langkah penting untuk mengawal penghasilan A.G.E:
Kawal Gula Dalam Pemakanan
Elakkan makanan dan minuman bergula tinggi. Pilih makanan berserat tinggi dan indeks glisemik rendah seperti makanan kekacang, oat, dan sayur-sayuran.
Gunakan Kaedah Masakan Sihat
Masak secara stim, rebus atau reneh. Elakkan membakar atau menggoreng makanan sehingga terlalu keperangan atau hangus.
Kekal Aktif Secara Fizikal
Senaman bantu mengawal gula darah dan mengurangkan tekanan oksidatif yang merupakan dua punca utama pembentukan A.G.E.
Amalkan Suplemen Kaya Polifenol Seperti Vivix Shaklee
Vivix ialah minuman botani yang lazat yang mengandungi campuran botani eksklusif Shaklee, termasuk Ekstrak Anggur Muscadine, Ekstrak Cecair Elderberi, Ekstrak Serbuk Elderberi, Ekstrak Knotweed Jepun, Serbuk Jus Epal, Serbuk Blueberi, dan Ekstrak Lobak Ungu. Ramuan di dalam Vivix telah melalui proses pengekstrakan eksklusif untuk memastikan nutrien aktif dikekalkan pada tahap maksimum. Ia dirumus khas daripada pelbagai sumber botani terpilih untuk memberikan manfaat menyeluruh kepada kesihatan sel.
Keunikan Vivix Shaklee terletak pada campuran unik bahan-bahan polifenol yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Resveratrol ialah antara polifenol dalam campuran ini dengan ciri antioksidan dan perlindungan yang telah dibuktikan melalui banyak ujian klinikal. Penggunaan anggur muscadine kerana ia mempunyai kromosom tambahan yang menyumbang kepada kandungan polifenol yang terbaik dan berkesan.

Polifenol & Petua Awet Muda: Bagaimana Bahan Semula Jadi Ini Boleh Bantu Kesihatan Jangka Panjang
Dalam dua puluh tahun kebelakangan ini, semakin ramai orang menunjukkan minat terhadap penggunaan perubatan pelengkap dan alternatif, terutamanya yang melibatkan produk semula jadi kaya dengan polifenol. Ini termasuk makanan dan suplemen yang dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan hidup manusia.
Malah, kajian menunjukkan bahawa sesetengah polifenol (sebatian semula jadi dalam tumbuhan) boleh membantu memanjangkan jangka hayat. Kajian ini telah dipersetujui secara terperinci melalui satu jurnal: Dietary Anti-Aging Polyphenols and Potential Mechanisms, terbitan National Library of Medicine bertarikh Febuari 2021.
Bagaimana Vivix Shaklee Bertindak Secara Berkesan Supaya Anda Kekal Awet Muda
Campuran polifenol melalui Vivix Shaklee telah membongkarkan petua awet muda dengan keunikan spektrum polifenol yang meningkatkan kesihatan sel:
Menghalang Pembetukan A.G.E
Quercetin merupakan sejenis polifenol yang terdapat dalam buah beri yang terbukti berkesan dalam menghalang pembentukan A.G.E. sehingga 60%.
Melambatkan Pembentukan A.G.E
Ujian makmal juga menunjukkan bahawa campuran unik polifenol anggur muscadine dan campuran Lobak Ungu, Ekstrak Eldeberi Eropah dan Ekstrak Knotweed Jepun dapat membantu melambatkan pembentukan A.G.E setinggi 90% berbanding 30% jika menggunakan resveratrol sahaja. Sel-sel yang mengandungi protein A.G.E juga dapat menggalakkan kesihatan jantung dan mengekalkan tahap gula dalam darah yang lebih sihat.

Sumber rujukan:
- Ewa Grzebyk1 and Agnieszka Piwowar2, Inhibitory actions of selected natural substances on formation of advanced glycation endproducts and advanced oxidation protein products, BMC Complement Altern Med. 2016; 16: 381.
- Mizutani K. Ikeda K, Yamori Y: Resveratrol inhibits AGEs-induced proliferation and collage synthesis activity in vascular smooth muscle cells from strokeprone spontaneously hypersensitive rates. Biochem Biophys ResCommun 2000 Jul, 21; 274 (1): 61-6.
- Farrar JL, Hartle DK, Hargrove JL, Greenspan P: Inhibition of protein glycation by skins and seeds of the muscadine grape. Biofactors 2007, 30(3): 193-200.

Kesimpulan: Lindungi Sel Anda Dari A.G.E.
- A.G.E. ialah “musuh senyap” dalam badan yang mempercepatkan penuaan dan kerosakan organ.
- Quercetin terbukti secara saintifik boleh menghalang A.G.E. dengan sangat berkesan.
- Dengan mengamalkan pengambilan polifenol harian, anda bukan sahaja menjaga kecantikan kulit, tetapi juga melindungi kesihatan dalaman untuk jangka panjang.

Cara Mendapatkan Vivix Dari Pengedar Sah Shaklee
Untuk mendapatkan Vivix yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.
Berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee? Setiap pembelian sebotol Vivix anda akan terus mendapat keahlian percuma. Penjimatan sebanyak RM99.75 untuk sebotol Vivix pada harga ahli walaupun ini merupakan pertama kali anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.
Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)
