Kawal Gejala Tekanan Darah Tinggi Secara Sihat

Kawal Gejala Tekanan Darah Tinggi Secara Sihat

Gejala tekanan darah tinggi, atau hipertensi, boleh berpunca daripada pelbagai faktor di Malaysia, termasuk gaya hidup, genetik, dan keadaan kesihatan sedia ada. Antara faktor utama yang menyumbang kepada gejala tekanan darah tinggi ialah kurangnya aktiviti fizikal, pengambilan garam berlebihan dalam diet, dan pengambilan alkohol secara berlebihan. Di samping itu, faktor seperti keturunan, usia melebihi 65 tahun, serta masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit buah pinggang turut meningkatkan risiko seseorang mengalami gejala tekanan darah tinggi.

Penemuan melalui satu kajian menunjukkan gejala tekanan darah tinggi adalah perkara biasa dalam kalangan orang dewasa di Malaysia. Mereka yang berumur lebih tua, mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang lebih tinggi, dan penghidap diabetes mempunyai kecenderungan lebih tinggi untuk mengalami hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Sumber rujukan: The prevalence of hypertension among Malaysian adults and its associated risk factors: data from Malaysian Community Salt Study (MyCoSS) bertarikh 31 Mei 2021. Terbitan National Library of Medicine.

Simptom dan Gejala

Tekanan darah tinggi, sering digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana kebanyakan penghidap tidak menunjukkan gejala-gejala yang jelas. Namun, tanpa disedari, keadaan ini boleh merosakkan sistem kardiovaskular serta organ penting seperti buah pinggang. Oleh itu, disarankan untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah secara berkala kerana gejala tekanan darah tinggi mungkin tidak kelihatan sehingga keadaan telah menjadi serius.

Antara gejala-gejala yang mungkin berlaku termasuk:

  • Sakit kepala yang teruk atau pening
  • Keletihan atau masalah kekeliruan
  • Masalah penglihatan
  • Sakit di bahagian dada
  • Kesukaran bernafas
  • Degupan jantung tidak teratur
  • Kehadiran darah dalam air kencing
  • Rasa berdebar-debar di dada, leher atau telinga

Komplikasi Akibat Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi yang berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi melalui proses aterosklerosis, iaitu pengerasan dan penyempitan salur darah akibat pembentukan plak di arteri. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh badan, sekaligus meningkatkan risiko masalah kesihatan serius seperti:

  • Kegagalan dan serangan jantung
  • Aneurisme (bonjolan pada dinding arteri yang boleh pecah dan menyebabkan pendarahan teruk atau kematian)
  • Kegagalan buah pinggang
  • Strok
  • Retinopati hipertensif (kerosakan pada retina mata yang boleh membawa kepada kebutaan)

Memahami dan mengenali gejala tekanan darah tinggi adalah langkah penting dalam pencegahan dan pengurusan penyakit ini.

Jenis-Jenis Tekanan Darah Tinggi

Terdapat beberapa jenis tekanan darah tinggi yang perlu diketahui dengan lebih jelas. Jenis yang paling biasa ialah tekanan darah tinggi primer, iaitu tekanan darah tinggi yang tidak diketahui puncanya. Ada juga jenis lain seperti tekanan darah tinggi sekunder (yang disebabkan oleh masalah kesihatan lain), tekanan darah tinggi tahan ubat (sukar dikawal walaupun dengan ubat), dan tekanan darah tinggi sistolik terasing (tekanan darah atas tinggi tapi tekanan bawah normal).

Melalui artikel ini saya akan menerangkan peringkat-peringkat tekanan darah tinggi, jenis-jenis, serta risiko kecemasan yang boleh berlaku jika tekanan darah naik tinggi secara tiba-tiba (juga dikenali sebagai kecemasan hipertensif).

Tahap-Tahap Tekanan Darah Tinggi

Di bawah garis panduan baru, bacaan tekanan darah diantara 120 hingga 129 milimeter merkuri (mm Hg) untuk nombor atas (sistolik) dan bacaan bawah (diastolik) melebihi daripada 80 mm Hg dianggap sebagai normal. Selain itu, sebarang bacaan tekanan darah melebihi 130/80 mm Hg diklasifikasikan sebagai mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

Untuk lebih mudah, ringkasan panduan bacaan tekanan darah adalah seperti berikut:

  • Optima: Tekanan sistolik adalah di bawah 120 mm Hg dan tekanan diastolik adalah di bawah 80 mm Hg.
  • Normal: Tekanan sistolik adalah antara 120 dan 129 mm Hg dan tekanan diastolik adalah di bawah 80 mm Hg.
  • Tahap Satu: Tekanan sistolik adalah antara 130 dan 139 mm Hg atau tekanan diastolik adalah antara 80 dan 89 mm Hg.
  • Tahap Dua: Tekanan sistolik sekurang-kurangnya 140 mm Hg atau tekanan diastolik sekurang-kurangnya 90 mm Hg.
Panduan bacaan tekanan darah bagi mengelakkan daripada berlaku gejala tekanan darah tinggi
Panduan bacaan tekanan darah bagi mengelakkan daripada berlaku gejala tekanan darah tinggi

Individu yang mempunyai bacaan tekanan darah dalam kategori tinggi disarankan untuk berunding dengan pakar kesihatan. Doktor boleh memberikan nasihat tentang pengubahsuaian gaya hidup atau rawatan yang mungkin membantu mengawal keadaan tersebut.

Tekanan Darah Tinggi Kategori Primer dan Sekunder

Terdapat dua kategori utama tekanan darah tinggi:

Tekanan Darah Tinggi Primer

Kategori primer adalah yang paling biasa. Jenis ini merujuk kepada tekanan darah tinggi yang tidak mempunyai sebab yang jelas kenapa ia terjadi.

Dicadangkan bahawa gabungan faktor genetik, umur, dan gaya hidup yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi dalam kategori ini. Faktor gaya hidup yang mungkin menyumbang termasuk merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, dan kekurangan melakukan aktiviti fizikal.

Melakukan perubahan pada diet dan gaya hidup boleh membantu seseorang menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko komplikasi akibat tekanan darah tinggi.

Tekanan Darah Tinggi Sekunder

Merujuk kepada tekanan darah tinggi yang mempunyai sebab atau keadaan asas yang dapat dikenal pasti. Kira-kira 5–10% kes tekanan darah tinggi tergolong dalam kategori sekunder. Jenis ini lebih cenderung berlaku dalam kalangan orang yang lebih muda. Sehingga 30% individu berumur 18–40 tahun yang mengalami tekanan darah tinggi mempunyai tekanan darah tinggi kategori sekunder.

Punca Asas

Beberapa punca asas yang mungkin menyebabkan anda berada dalam kategori sekunder termasuk:

  • Stenosis Arteri Renal: penyempitan arteri (saluran darah) yang membekalkan darah ke buah pinggang. Penyempitan arteri selalunya dikaitkan dengan berlebihan kolesterol LDL yang membentuk plak melalui proses oksidasi. Plak tersebut kemudian menempel pada arteri dan menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah dan mengurangkan plak dengan penggunaan Omega 3 dan sterol tumbuhan secara semulajadi boleh klik artikel yang saya tulis di sini.
  • Penyakit berkaitan kelenjar adrenal (kelenjar kecil terletak di atas buah pinggang yang menghasilkan hormon mempengaruhi metabolisma, pengawalan gula dalam darah, dan tekanan darah) seperti:
    • Sindrom Cushing: satu keadaan hormon yang berlaku apabila tahap kortisol seseorang adalah terlalu tinggi (Kortisol ialah hormon steroid yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal, sering dipanggil “hormon stress” kerana ia dilepaskan sebagai tindak balas terhadap stress). Hormon kortisol yang terlalu tinggi memberi kesan serius dan meluas kepada tubuh badan. Paras kortisol yang tinggi boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi. Paling biasa berlaku apabila penggunaan ubat steroid mempengaruhi tahap hormon.
    • Hiperaldosteronisme: berlaku apabila satu atau kedua-dua kelenjar adrenal mengeluarkan terlalu banyak hormon aldosteron mengakibatkan tekanan darah tinggi boleh berlaku. Lalu menyebabkan fibrilasi atrium, serangan jantung, atau strok.
    • Pheochromocytoma: tumor yang jarang-jarang berlaku di kelenjar adrenal. Ia mempengaruhi penghasilan adrenalin dan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi serta masalah kesihatan lain.
  • Gangguan tidur apnea yang menyebabkan pernafasan terhenti dan bermula semula berulang kali semasa tidur. Boleh menyebabkan paras oksigen yang rendah dalam tubuh badan.
  • Gangguan kelenjar tiroid.
  • Kecacatan jantung kongenital.

Jenis-Jenis Tekanan Darah Tinggi Lain

Tekanan Darah Tinggi Tahan Ubat

Tidak lagi bertindak balas terhadap rawatan atau memerlukan pelbagai jenis ubat untuk mengawal. Seseorang dianggap mempunyai tekanan darah tinggi jenis ini apabila tekanan darah mereka kekal di atas paras sasaran walaupun mengambil tiga jenis ubat penurun tekanan darah yang berbeza, seperti diuretik.

Tekanan Darah Tinggi Sistolik Terasing

Kebiasaan berlaku apabila tekanan darah sistolik seseorang melebihi 140 mm Hg, manakala tekanan darah diastolik mereka jatuh di bawah 90 mm Hg. Kira-kira 15% individu berumur 60 tahun ke atas mungkin mengalami jenis ini. Pakar masih tidak mengetahui punca tepat, namun ramai percaya ia disebabkan oleh pengerasan dinding arteri akibat penuaan.

Orang muda juga boleh mengalami hipertensi sistolik terasing. Kajian tahun 2016 menunjukkan 2-8% kes hipertensi berlaku dalam kalangan orang muda.

Kajian tahun 2015 mengenai kesihatan kardiovaskular dalam kalangan orang muda dan dewasa mendapati golongan ini mempunyai risiko lebih tinggi mengalami serangan jantung dan strok berbanding individu bertekanan darah normal.

Makanan Tambahan/Suplemen Semula Jadi yang Boleh Merawat Hipertensi atau Gejala Tekanan Darah Tinggi

Beberapa suplemen semula jadi berpotensi membantu menurunkan tekanan darah. Ini termasuk kalium, magnesium, bawang putih, Hibiscus sabdariffa (teh roselle), dan L-arginine. Selain itu, vitamin C, minyak ikan, dan CoQ10 juga menunjukkan potensi dalam mengurangkan tekanan darah. Maklumat Terperinci Mengenai Suplemen yang diperlukan:

Kalium

Mineral yang membantu mengawal tekanan darah dengan meneutralkan kesan natrium dan mengurangkan ketegangan pada dinding saluran darah. Meningkatkan pengambilan kalium melalui makanan seperti avokado, pisang dan sayur-sayuran berdaun hijau boleh membantu mengawal tekanan darah.

Magnesium

Suplemen magnesium telah terbukti membantu menurunkan tekanan darah dan mencegah hipertensi. Selain itu magnesium sangat membantu untuk pesakit mendapatkan tidur yang lebih berkualiti bagi membantu menurunkan tekanan darah tinggi akibat stress dan peningkatan hormon kortisol.

Magnesium dan 24 jenis vitamin dan mineral tambahan harian boleh didapati dengan hanya melalui 2 tablet multivitamin Vita-Lize Shaklee. Multivitamin pertama yang dicipta di dunia dengan teknologi “explo-tab” untuk memastikan kesemua multivitamin larut dalam tubuh badan dalam masa 10 minit selepas pengambilan. Nutrien tertentu, seperti magnesium, dan kalsium diakui mempunyai peranan berpotensi dalam pengawalan tekanan darah.

Selenium dan Vitamin B12

Vita-Lize Shaklee turut mengandungi Selenium terutama untuk tekanan darah tinggi yang berpunca dari masalah kelenjar tiroid. Tahap selenium yang rendah telah dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit tiroid. Selenium memainkan peranan penting dalam metabolisma hormon tiroid, dan kekurangannya boleh menjejaskan fungsi enzim deiodinase, yang diperlukan untuk menukar hormon T4 kepada T3.

Vitamin B12 pula memainkan peranan penting dalam mengekalkan fungsi kelenjar adrenal yang sihat dan membantu mengurangkan keresahan serta ketegangan otot yang berkaitan dengan tekanan adrenal. Seterusnya memelihara kelenjar adrenal dari menyebabkan gejala berkaitan tekanan darah tinggi.

Vitamin Keperluan Pesakit Diabetis Melawan Tekanan Darah Tinggi

Untuk individu yang menghidap diabetes dan sedang mengawal tekanan darah tinggi, beberapa jenis vitamin dan mineral tertentu adalah bermanfaat untuk menyokong kesihatan keseluruhan dan berpotensi membantu dalam pengawalan tekanan darah. Ini termasuk magnesium, vitamin D, kromium dan lain-lain:

  • Vitamin D: meningkatkan kepekaan insulin dan menurunkan tekanan darah.
  • Vitamin B12 dan Asid Folik: memainkan peranan dalam menguruskan tekanan darah, terutamanya bagi individu yang menghidap penyakit buah pinggang atau nefropati diabetes
  • Vitamin E: sebagai antioksidan membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang sering meningkat dalam pesakit diabetes dan boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi
  • Magnesium: penting untuk pengawalan tekanan darah dan boleh membantu mengelakkan penyempitan salur darah
  • Kalsium: memainkan peranan dalam kawalan tekanan darah, dan pengambilan yang mencukupi penting untuk kesihatan keseluruhan
  • Kromium: meningkatkan kepekaan insulin dan kawalan paras gula dalam darah, yang dapat membantu dalam pengurusan hipertensi
  • Zink: memberi perlindungan terhadap diabetes jenis 2 dan juga berperanan dalam pengawalan tekanan darah.

Kesemua ini sangat membantu bagi mengisi jurang nutrisi harian yang sebenarnya anda tidak mampu makan disebabkan kekangan masa dan jadual harian. hanya 2 tablet sehari sebagai inisiatif mengawal tekanan darah tinggi yang dialami.

Vita-Lize menyediakan 25 vitamin dan mineral untuk keperluan kesihatan keseluruhan
Vita-Lize Shaklee menyediakan 25 vitamin dan mineral mengisi jurang nutrisi yang diperlukan untuk mengurangkan gejala tekanan darah tinggi secara konsisten

Bawang Putih

Bawang putih mengandungi sebatian yang boleh melonggarkan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah, yang berpotensi menurunkan tekanan darah.

Hibiscus Sabdariffa (Teh Roselle)

Teh herba ini secara tradisional digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan telah terbukti memberi kesan yang serupa dengan ubat konvensional tanpa kesan sampingan yang serius.

L-arginine

L-arginine ialah sejenis asid amino yang dihasilkan oleh badan dan juga boleh diperoleh melalui makanan dan suplemen. Penyelidikan mencadangkan bahawa suplemen L-arginine boleh memberi manfaat dalam menguruskan hipertensi dan keadaan kesihatan lain.

Vitamin C

Kajian menunjukkan vitamin C telah terbukti membantu menurunkan tekanan darah dalam sesetengah individu, termasuk mereka yang mengalami hipertensi. Walaupun kesannya secara umum adalah sederhana, kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin C tetap dapat mengurangkan tekanan darah dalam sejumlah besar individu yang mengalami tekanan darah tinggi. Bagaimana vitamin C berupaya menurunkan tekanan darah:

  • Kesan Diuretik: Vitamin C bertindak sebagai diuretik ringan, membantu tubuh menyingkirkan cecair dan natrium berlebihan, yang boleh mengurangkan isipadu dan tekanan darah.
  • Pelebaran Salur Darah: vitamin C menyumbang kepada penghasilan nitrik oksida, sejenis molekul yang membantu melegakan salur darah dan memperbaiki aliran darah.
  • Fungsi Endotelium: memperbaiki fungsi endotelium, iaitu lapisan dalam salur darah, dengan menggalakkan keanjalan dan mengurangkan pembentukan plak.
  • Ciri Antioksidan: membantu melindungi salur darah daripada tekanan oksidatif, yang boleh merosakkan salur darah dan menyumbang kepada hipertensi.

Kajian mencadangkan bahawa pengambilan suplemen vitamin C sebanyak 500mg sehari atau lebih (maksimum adalah 2000mg sehari) bermanfaat untuk pengurangan tekanan darah secara semula jadi.

Keunikan Sustained Release Vita-C Plus Shaklee:

  • Teknologi pelepasan berperingkat selama 5 jam memastikan keperluan vitamin C sentiasa ada dalam tubuh badan anda ketika diperlukan.
  • Mengandungi bioflavonoid sitrus, terutamanya hesperidin, memainkan peranan dalam mengurus tekanan darah tinggi dengan menggalakkan vasodilatasi (proses pelebaran saluran darah), mengurangkan tekanan darah, dan memperbaiki fungsi endotelium. Hesperidin, sejenis flavanoid yang terdapat dalam buah sitrus, telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah dan meningkatkan fungsi saluran darah. Selain itu, bioflavonoid sitrus juga boleh membantu menguatkan dinding saluran darah dan mempunyai sifat antioksidan.
Keunikan teknologi pelepasan berperingkat Shaklee memastikan vitamin C dari sumber semula jadi sentiasa ada ketika badan anda memerlukannya

Minyak Ikan

Minyak ikan mengandungi asid lemak Omega-3, serta kandungan EPA dan DHA yang boleh memperbaiki gejala tekanan darah tinggi seperti berikut:

Kelebihan Omega Guard Shaklee dengan kepekatan tinggi EPA & DHA serta tanpa bau hanyir ikan
Kelebihan Omega Guard Shaklee dengan kepekatan tinggi EPA & DHA serta tanpa bau hanyir ikan

CoQ10

CoQ10 ialah antioksidan semula jadi yang membantu menurunkan tekanan darah sistolik. Antara keadaan kardiovaskular yang boleh dicegah atau dirawat dengan suplemen CoQ10 termasuk kegagalan jantung, serangan jantung, dan tekanan darah tinggi. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa CoQ10 mungkin berkesan untuk merawat hipertensi (tekanan darah tinggi). Beberapa pakar percaya bahawa individu yang didiagnosis dengan tekanan darah tinggi mempunyai kepekatan CoQ10 yang rendah dalam badan mereka. Beberapa kajian telah mencadangkan bahawa CoQ10 memberikan kesan positif terhadap tekanan darah, biasanya dalam tempoh empat hingga 12 minggu penggunaan.

COQ-Trol Plus Shakee dirumus khas bagi mengawal tekanan darah tinggi yang melibatkan kesihatan jantung dan kawalan kolesterol dalam darah.

Keunikan CoQ-Trol Plus Shaklee dimana terdapat sumber antioksidan resveratrol untuk melindungi sel-sel tubuh dari radikal bebas dan meningkatkan keberkesanan CoQ10
Keunikan CoQ-Trol Plus Shaklee dimana terdapat sumber antioksidan resveratrol untuk melindungi sel-sel tubuh dari radikal bebas dan meningkatkan keberkesanan CoQ10

Pertimbangan Penting

Walaupun suplemen boleh membantu, ia seharusnya diambil bersama gaya hidup sihat, termasuk senaman berkala, dan pengurusan tekanan.

Cara Mendapatkan Produk Shaklee daripada Pengedar Sah

Untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan produk Shaklee untuk gejala tekanan darah tinggi anda hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.

Berminat untuk dapatkan salah satu daripada produk Shaklee di atas? Masih kurang pasti mana satu yang sesuai dengan jenis tekanan darah tinggi anda sekarang? Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Dapatkan kelebihan potongan harga 5-25% dengan keahlian Shaklee. Selain itu anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.

Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berpengalaman dan merupakan pengguna Shaklee sendiri sejak 2018, saya akan membantu anda untuk mendapatkan produk Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti. Selain itu anda akan diberi konsultansi percuma tentang sebarang produk Shaklee yang anda dapatkan melalui saya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top