Insentif Shaklee: Gaji Bulanan Kerja Dari Rumah

Insentif Shaklee: Jana Pendapatan Dari Rumah

Jana pendapatan dengan insentif Shaklee hanya dari rumah. Sesiapa sahaja yang mempunyai minat dan kesungguhan pasti boleh. Jika anda sukakan produk-produk Shaklee yang ‘beyond organic’, gemar berkongsi kebaikan dengan orang lain, dan sanggup meluangkan masa 2 hingga 4 jam sehari, anda sudah pun mempunyai asas yang kukuh untuk berjaya dalam bisnes ini.

Antara kelebihan bisnes Shaklee adalah anda sendiri menentukan pendapatan bulanan anda. Sama ada sekadar duit kopi atau sebagai gaji tetap setaraf kerja sepenuh masa. Paling seronok, setiap 15 haribulan, anda akan terima hasil usaha (bonus) anda terus ke akaun bank!

Bisnes insentif shaklee yang saya jalankan hanya dari rumah
Bisnes insentif shaklee yang saya jalankan hanya dari rumah. Kelebihan masa yang lebih fleksibel saya boleh uruskan untuk buat content marketing secara online dan pengurusan penghantaran produk setiap hari

Dari Pekerja Korporat Kini Menjalankan Perniagaan dengan Insentif Shaklee Sepenuh Masa

Saya dulu asalnya pekerja di salah sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur selama 12 tahun. Kini saya memilih untuk menjalankan bisnes Shaklee sepenuh masa dari rumah. Saya mengambil skim VSS pada tahun 2018 dan kembali ke Perak.

Bila balik ke Perak, nak cari kerja baru memang mencabar juga. Nak dapatkan gaji yang sama macam kerja dulu macam tak ada harapan. Sambil-sambil cari peluang kerja, saya terjumpa satu blog pengedar Shaklee yang bercerita tentang peluang bisnes yang boleh dibuat dari rumah sahaja. Pada masa tu saya tak tertarik lagi dengan konsep bisnes online. Saya cuma order Vivix Shaklee sebab saya terbaca Vivix bagus untuk rawatan dalaman dan untuk lambatkan penuaan.

Mula Membina Bisnes Shaklee

Langkah Pertama: Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

Ketika itu saya ada perniagaan kedai fizikal menjual barangan-barangan keperluan bayi. Sehinggalah pada tahun 2020, Covid-19 melanda Malaysia dan perniagaan saya mula terjejas. Pada 2023, akhirnya saya buat keputusan untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee. Memandangkan saya pun dah ada pengalaman guna produk Shaklee. Saya ambil masa untuk belajar lebih lagi tentang produk-produk Shaklee yang lain sambil memulakan bisnes Shaklee.

Langkah Kedua: Guna Produk dan Berkongsi

Perkara kedua yang saya lakukan untuk membina bisnes Shaklee adalah dengan terus menggunakan produk-produk Shaklee. Kemudian saya iklankan servis saya melalui Google Business. Berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan memberi saya pengalaman yang sangat-sangat berharga. Banyak ilmu yang saya peroleh dan banyak lagi kajian ilmu yang dapat saya buat.

Saya kemudian mengembangkan bisnes melalui website yang sedang anda baca ni. Bila dah rasa kebaikan produk Shaklee, kita kongsi dengan orang lain pula. Sosial media yang saya gunakan setakat ini untuk promosikan bisnes hanyalah Facebook. Tak berani lagi nak guna TikTok disebabkan saya ni seorang introvert juga. Nak buat content video tu masih belum yakin lagi depan kamera. Tapi boleh ke introvert buat bisnes Shaklee? Kalau saya pun boleh, anda mesti boleh. Cuma pilih strategi yang betul ikut kehendak anda.

Langkah Ketiga: Fahamkan Insentif Shaklee

Nak faham insentif Shaklee untuk permulaan memang akan pening sedikit. Tapi jangan risau, saya pun dulu macam tu. Kalau anda nak mulakan bisnes Shaklee bersama-sama saya, nanti saya akan bantu buatkan satu sesi online zoom khas untuk terangkan dengan lebih lanjut. Tapi kalau anda nak baca di sini dulu pun boleh sahaja. Jom saya terangakn lagi tentang insentif Shaklee yang sangat-sangat menarik.

Kenali UV dan PV

UV adalah Unit Value. Setiap produk Shaklee mempunyai UV yang tersendiri. UV adalah nilai bukan wang yang ditentukan oleh Shaklee bagi setiap produk. Setiap produk Shaklee juga akan mempunyai PV (Purchase Value). Secara mudah, UV digunakan untuk menentukan peratusan (%) kelayak bonus bulanan. Manakala PV akan diguna pakai untuk kiraan berapa jumlah bonus yang bakal diterima dalam RM berdasarkan kelayakan peratusan UV tadi.

Asas insentif Shaklee gunakan UV untuk kelayakan bonus dan PV untuk kiraan bonus
UV atau Unit Value digunakan untuk pengiraan bonus kelayakan dan kenaikan pangkat. Manakala PV atau Purchase Value digunakan untuk kiraan amaun bonus dalam Ringgit Malaysia (RM)

Bonus Peribadi

Untuk layak mendapat bonus setiap bulan semasa menjalankan bisnes Shaklee, mininum UV adalah 150. UV bulan tersebut akan menentukan kelayakan peratusan bonus seperti jadual di bawah. Setelah anda tahu berapa peratus bonus yang anda layak pada bulan tersebut, darabkan dengan PV untuk mendapat jumlah sebenar bonus anda dalam RM.

Bonus peribadi mengikut peratusan iaitu merupakan sebahagian daripada insentif Shaklee
Cara kiraan kelayakan bonus peribadi bulanan mengikut jumlah UV

Ini baru peringkat pertama yang dinamakan bonus peribadi. Berapa UV produk yang mampu anda jual dan kiraan bonus dibuat melalui jumlah jualan pada bulan tersebut. Terdapat 2 lagi bonus yang akan saya terangkan iaitu Bonus Tunai (Cash Bonus) dan Bonus Kereta (Car Bonus).

Bonus Tunai/Cash Bonus

Saya namakan bisnes Shaklee sebagai ‘relationship business’. Kenapa? Sebab dia merupakan sebuah perniagaan yang melibatkan kepercayaan kepada pelanggan kepada anda. Kenapa pelanggan memilih untuk membeli produk Shaklee daripada anda? Ia adalah hasil perhubungan yang anda bina dengan mereka.

Anda menerima bonus tunai daripada pelanggan yang membeli produk Shaklee dengan anda tetapi mereka tidak mendaftar sebagai ahli. Anda beli produk pada harga ahli (atau harga pengedar) dan menjual semula kepada pelanggan bukan ahli pada harga runcit. Perbezaan harga runcit ditolak dengan harga pengedar, itulah bonus tunai anda. Rujuk gambarajah di bawah untuk lebih jelas.

Cara pengiraan bonus tunai

Bonus Kereta/Car Bonus

Satu lagi keistimewaan bisnes Shaklee dimana anda turut layak untuk menerima bonus kereta. Terdapat dua pilihan untuk layak menerima bonus kereta:

  • Pilihan pertama adalah dengan memenuhi cabaran jualan dalam tempoh tiga bulan berturut-turut.
  • Pilihan kedua pula bila anda memilih untuk tempoh yang lebih lama iaitu 4 bulan berturut-turut bagi memenuhi cabaran jualan.
  • Merujuk kepada jadual di bawah, anda mesti mencapai kesemua ,minimum UV jualan dalam bulan yang diberi secara berturut-turut.
  • Katakan jika anda terkandas pada bulan kedua atau ketiga, maka cabaran akan di reset semula ke bulan pertama.
Cara mencapai dan pengiraan bonus kereta Shaklee

Pemberian bonus kereta bukan hanya boleh digunakan untuk pembelian kereta sahaja. Malah boleh juga digunakan untuk tujuan lain. Contohnya membeli rumah idaman.

Bonus-Bonus Lain dalam Insentif Shaklee

Sebelum saya terangkan dengan lebih terperinci mengenai bonus-bonus lain, anda perlu faham dulu ranking-ranking yang terdapat dalam bisnes Shaklee. Setiap ranking yang berbeza akan menerima insentif Shaklee yang berbeza.

Ya, bisnes Shaklee adalah network marketing tetapi tidak sama dengan bisnes networking yang lain. Kenapa saya cakap begitu? Saya minat pada bisnes Shaklee sebab ia bukan bisnes networking tradisional. Bisnes networking Shaklee adalah bisnes yang anda bina bersama pelanggan-pelanggan anda. Kemudian, jika ada antara pelanggan yang nak jalankan bisnes sama seperti anda. Ajarkan ilmu yang sama kepada rakan baru bisnes. Yang paling saya suka semuanya boleh dibuat secara online. Produk yang berkualiti dengan repeat order yang tinggi. Sistem online yang mudah. Dan ramai sudah mengenali Shaklee jadi tak susah nak promosikan.

Apa yang perlu anda bina? Bisnes anda adalah hubungan antara pelanggan dan rakan bisnes. Dua ini sahaja. Tetapkan matlamat anda untuk betul-betul berjaya dalam bisnes ini setahun atau dua tahun dari sekarang dan saya akan membimbing anda bersama-sama.

Untuk mendapat lebih bonus (21%), minimum jualan anda untuk tempoh sebulan adalah 3000UV (dalam anggaran RM10,200). Pertama kali anda mencapai jualan 3000UV dalam bulan tersebut, anda akan dinaikkan pangkat kepada Supervisor. Tahniah!

Ranking dalam bisnes Shaklee
Ranking dalam bisnes Shaklee

Terdapat 9 jenis pangkat dalam bisnes Shaklee bermula dari Pengedar, Assistant Supervisor, Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator, Key Coordinator, Senior Key Coordinator, dan Master Coordinator.

Rank tertinggi adalah Master Coordinator. Setiap perjalanan menaiki rank atau pangkat memerlukan syarat jumlah PGUV (jumlah Unit Value dalam personal group/organisasi) dan jumlah point untuk FLPC (First Layer First Count atau jumlah rakan business dalam organisasi kita). Contoh untuk kiraan point FLPC; Supervisor dan Senior Supervisor mewakili 1 point manakala Coordinator dan keatas mewakili 2 point.

9 pangkat dalam bisnes Shaklee

Bonus Kumpulan Peribadi

Anda kemudian meneruskan bisnes Shaklee anda dengan mendaftar lebih ramai keahlian baru serta menjual produk Shaklee pada harga runcit kepada pelanggan yang tidak mendaftar sebagai ahli. Hasilnya anda kini mempunyai organisasi sendiri yang diketuai oleh anda sendiri (Be Your Own Boss). Setiap pembelian di bawah kumpulan atau organisasi anda akan dikumpulkan untuk mengira peratusan (%) kelayakan bonus kumpulan peribadi anda. Bonus kumpulan peribadi adalah diantara 5-21%. 

Jumlah pembelian akan dikumpulkan setiap bulan. Sebagai contoh dari 1 April sehingga 30 April 2025, pembelian anda sendiri termasuk kesemua pembelian produk Shaklee di bawah kumpulan atau organisasi anda telah mencapai 3000UV, ini bermakna kelayakan bonus kumpulan peribadi anda adalah pada 21%. UV atau Unit Value digunakan sebagai pengiraan kelayakan, manakala PV atau Purchase Volume digunakan untuk pengiraan bonus dalam bentuk jumlah wang (RM). Daripada kesemua jumlah produk yang anda telah beli sendiri dan anda jual pada bulan tersebut, jumlah PV akan diambil kemudian didarab dengan peratusan (%) kelayakan bonus kumpulan peribadi anda. Rujuk gambarajah di bawah untuk lebih mudah.

Bisnes Shaklee hanya dari rumah: Cara pengiraan bonus kumpulan peribadi

Lain-Lain Bonus Insentif Shaklee

2 bonus lain merupakan bonus kepimpinan dan bonus infiniti. Bonus kepimpinan dibayar atas volume kumpulan yang boleh mencecah sehingga 6 generasi dan bonus infiniti adalah insentif untuk pemimpin perniagaan peringkat pertengahan.

Strategi Mulakan Bisnes Shaklee yang Berjaya

Paling mudah dan berkesan untuk memulakan bisnes shaklee adalah dengan berkongsi pengalaman anda sendiri sebagai pengguna Shaklee kepada orang sekeliling. Bagaimana nak berkongsi kalau bisnes dijalankan secara online? Baiklah, ini beberapa cara yang telah saya gunakan untuk mengembangkan bisnes Shaklee saya sendiri.

Update Google Business

Untuk memastikan orang di sekeliling mengetahui kewujudan anda, gunakan servis Google location secara percuma. Anda hanya perlu masukkan maklumat perniagaan anda, nombor untuk dihubungi dan gambar-gambar untuk meyakinkan prospek disekeliling. Percayalah lama-kelamaan prospek akan mula menghubungi anda dengan sendirinya. Untuk lebih berkesan lagi, laburkan sedikit modal untuk meletakkan papan tanda di depan rumah untuk memberitahu anda adalah pengedar Shaklee yang sah. Ini yang saya buat. Boleh lihat bukti di bawah.

saya memasang signboard di depan rumah dan aktifkan Google Busines untuk bisnes Shaklee
Saya memasang signboard di depan rumah dan aktifkan Google Busines untuk bisnes Shaklee

Bisnes Shaklee Hanya dari Rumah: Mulakan Website Anda Sendiri

Walaupun ada yang mengatakan ini adalah cara lama, tapi ini adalah rahsia sebenar untuk perniagaan anda sentiasa berkembang untuk tempoh yang lama. Jika anda berhasrat untuk bisnes Shaklee ini adalah bisnes jangka panjang yang dapat memberikan pendapatan berterusan, mulalah berkongsi ilmu dan pengalaman di website seperti apa yang buat sekarang.

Saya syorkan agar anda membuka website wordpress, dapatkan domain nama anda sendiri serta hosting tahunan pada harga berpatutan untuk memulakan perjalanan blogging anda. Kenapa? Sebab wordpress lebih mudah untuk carian di Google berbanding blogspot. Kemudian gunakan gaya penulisan mesra SEO untuk mudah ranking melalui carian Google. Jangan risau jika anda tidak mahir, kesemua skills ini akan saya ajarkan jika anda memilih untuk membina bisnes Shaklee bersama saya.

Konten marketing melalui website selalunya akan mula menunjukkan hasil selepas 4-6 bulan dengan syarat anda mengikut langkah-langkah yang saya sarankan di atas dan sentiasa konsisten menambah posting-posting baru di website anda. Siapa yang tidak mahu posting anda umpama iklan percuma yang sentiasa aktif selama-lamanya selagi anda tidak memadamkan konten tersebut. Mudah kan?

Aktif di Media Sosial

Kongsi aktiviti bisnes anda, dan kehidupan harian anda bersama Shaklee di media sosial seperti TikTok, instagram, dan Facebook. Tujuan untuk kita aktif disini supaya orang sekeliling tahu aktiviti kita sebagai pengedar Shaklee yang sah dan aktif. Apabila ada prospek yang ingin tiba-tiba mendapatkan produk Shaklee, boleh terus hubungi anda melalui konten-konten yang anda hasilkan.

Ilmu Nutrisi

Bahagian ini sangat penting dimana anda perlu memahami sepenuhnya nutrisi setiap produk Shaklee yang ingin anda jual. Setiap kali prospek bertanya, tugas kita sebagai pengedar Shaklee haruslah memberi info-info yang diperlukan dengan cepat dan tepat. Shaklee turut menyediakan kelas-kelas produk untuk membantu proses ini dan saya juga akan turut membantu perjalanan bisnes anda bersama-sama.

Kesimpulan

Hanya 2 langkah mudah sahaja diperlukan untuk memastikan kita sama-sama berjaya membentuk empayar bisnes Shaklee sendiri:

Langkah 1: Sentiasa Menaja Ahli Baru dan Pelanggan Baru Secara Konsisten Secara Bulanan

Sentiasa melakukan aktiviti yang boleh membawa kepada pertambahan ahli baru yang mendaftar dengan Shaklee dan pelanggan baru yang mendapatkan produk-produk Shaklee menggunakan ID kita. Bina hubungan yang professional dan rapat dengan pelanggan. Kebarangkalian untuk ahli tajaan atau pelanggan yang sama akan kekal membeli pada masa hadapan lebih tinggi berdasarkan hubungan baik yang dibina. Berkemungkinan juga ada yang berminat untuk memulakan bisnes Shaklee bersama-sama setelah menjadi pelanggan, dan ini adalah bonus.

Target utama adalah supaya jumlah Unit Value (UV) dalam satu kumpulan boleh mencapai minima 3000UV pada satu bulan tertentu untuk melayakkan kenaikan pangkat ke Supervisor dan bonus 21%.

Langkah 2: Kepimpinan Diri

Wujudkan kepimpinan diri untuk melatih minimum 3 supervisor baru untuk mengembangkan lagi kumpulan/organisasi. Ini adalah proses duplikasi, apabila anda telah capai langkah pertama, kongsi ilmu yang sama kepada 3 orang ahli baru untuk melalukan proses yang sama. Apabila lengkap langkah kedua, anda kini layak untuk kenaikan pangkat ke Senior Supervisor/Coordinator serta layak menerima bonus kepimpinan yang lebih tinggi dan bonus infiniti.

Adakah anda sudah bersedia untuk memulakan cabaran baru meningkatkan pendapatan bulanan anda? Jom mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini atau terus hubungi saya melalui butang whatsapp di bawah untuk bercerita dengan lebih lanjut.

Atau

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Saya bersedia memberi bimbingan untuk anda yang berminat untuk membina bisnes online bersama Shaklee hari ini

Wan Mohd Hafiz | Business Leader Shaklee Anda | SID: 1970904

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top