Fahami Tanda-Tanda Alzheimer Di Usia Muda
Penyakit Alzheimer merupakan satu bentuk demensia yang paling lazim dalam kalangan individu berumur lebih 65 tahun. Namun, ia juga boleh menjejaskan individu yang berumur dalam lingkungan 30-an atau 40-an. Apabila tanda-tanda Alzheimer berlaku kepada seseorang yang berusia kurang daripada 65 tahun, ia dikenali sebagai penyakit Alzheimer awal (atau penyakit Alzheimer permulaan awal). Hanya sebilangan kecil individu yang menghidap penyakit Alzheimer mempunyai ciri-ciri awal ini.
Melalui artikel ini saya akan bantu untuk anda lebih faham tentang kemungkinan dan risiko mengalami tanda-tanda alzheimer tanpa sedar di usia muda.

Perbezaan Alzheimer dan Demensia
Alzheimer ialah sejenis gangguan neurodegeneratif. Ia secara beransur-ansur menjejaskan kebolehan berbahasa, daya ingatan, kefahaman, tumpuan, pertimbangan, dan penaakulan. Manakala demensia merujuk kepada penurunan fungsi kognitif (kaitan mental dan otak) yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk melaksanakan rutin harian. Ia bukanlah satu penyakit khusus, tetapi merangkumi sekumpulan simptom yang berpunca daripada pelbagai penyakit, termasuk Alzheimer.
Selain itu, demensia juga boleh berlaku selepas seseorang mengalami strok atau akibat jangkitan seperti HIV. Ia juga boleh disebabkan oleh penggunaan alkohol yang berlebihan, kecederaan fizikal berulang pada otak (seperti yang berlaku pada atlet), atau disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Kadang-kadang, jenis-jenis demensia ini boleh bercampur dan ada yang sukar untuk dibezakan antara satu sama lain.
Lebih Ramai Wanita Menghidap Demensia
Wanita akan lebih terkesan oleh demensia berbanding lelaki melalui dua cara. Pertama, wanita lebih ramai yang meninggal dunia atau mengalami masalah kesihatan yang serius akibat demensia. Kedua, kebanyakan penjaga kepada pesakit demensia juga adalah wanita.
Demensia juga ada beberapa jenis, termasuk demensia vaskular (yang berlaku akibat masalah dengan saluran darah di otak), demensia dengan badan Lewy (di mana ada protein yang tidak normal terkumpul dalam sel-sel otak), dan demensia frontotemporal (kerosakan pada bahagian depan otak).
Jenis-Jenis Demensia
Demensia Vaskular
Jenis ini terjadi apabila otak tidak mendapat cukup darah, jadi ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Kekerapan berlaku apabila saluran darah di bahagian otak telah rosak atau sakit berpunca dari strok atau serangan iskemia sementara (melibatkan jantung), yang juga dipanggil mini strok.
Demensia vaskular juga boleh berlaku disebabkan masalah lain yang mengganggu bekalan darah ke otak, seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan diabetes. Jika anda seorang penghidap darah tinggi yang berpunca dari masalah kolesterol, boleh rujuk artikel yang pernah saya tulis bagaimana penggunaan efektif omega 3, DHA, EPA dan juga sumber sterol dari tumbuhan-tumbuhan boleh memberi penyelesaian yang efektif dalam menurunkan paras kolesterol LDL dan tahap trigliserida dalam darah.
Demensia Frontotemporal (FTD)
FTD atau Demensia Frontotemporal ialah sejenis penyakit otak yang menjejaskan bahagian depan dan sisi otak. Ia merupakan kawasan yang berfungsi mengawal cara seseorang berfikir, bercakap, berkelakuan, dan bergaul dengan orang lain. Tidak seperti penyakit Alzheimer, orang yang menghidap FTD biasanya tidak mengalami masalah ingatan pada awalnya. Sebaliknya, mereka mungkin mula berkelakuan pelik, bercakap dengan cara yang ganjil, atau berubah perangai.
FTD berlaku apabila terdapat sejenis bahan protein yang terkumpul secara tidak normal dalam otak. Bahan ini merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik. Punca sebenar FTD tidak diketahui, tetapi satu daripada tiga kes, ia mempunyai kaitan dengan genetik atau keturunan.
FTD biasanya berlaku dalam kalangan orang yang berumur antara 40 hingga 60 tahun, tetapi ia juga boleh menjejaskan orang yang lebih muda atau lebih tua.
Demensia Badan Lewy
Sejenis penyakit otak yang menyebabkan perubahan dalam cara seseorang berfikir, bergerak, dan berkelakuan. Sejenis bentuk demensia yang serius, dan berlaku secara perlahan-lahan. Sejumlah 10–15% daripada semua orang yang menghidap demensia adalah sebenarnya mengalami jenis ini. Dalam kalangan orang muda yang menghidap demensia, lebih kurang 10% menghidap demensia badan Lewy.
Pada peringkat awal, simptomnya hampir sama dengan penyakit Alzheimer, jadi kadangkala doktor mungkin tersilap membuat diagnosis. Pentingnya di sini untuk mengetahui sama ada diri kita mempunyai tanda-tanda alzheimer di usia muda.
Dua Jenis Utama Demensia Badan Lewy
- Demensia dengan badan Lewy, dan
- Demensia Parkinson.
Penyakit ini boleh menyukarkan seseorang untuk berfikir dengan jelas dan bergerak dengan lancar. Ia juga boleh menyebabkan:
- Halusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang tidak wujud).
- Perubahan kesedaran (kadang-kadang mereka sangat fokus, kadang-kadang menjadi sangat keliru).
- Masalah tidur yang boleh mengganggu.
Kesannya bukan saja kepada penghidap, malah boleh memberi tekanan emosi kepada ahli keluarga yang menjaga mereka.
Tanda-Tanda Alzheimer di Peringkat Awal
Penyakit Alzheimer biasanya bermula dengan perubahan pada cara seseorang berfikir dan mengingati sesuatu. Perubahan ini boleh menyebabkan mereka sukar melakukan perkara harian seperti biasa. Berikut adalah tanda-tanda awal yang biasa berlaku:
Masalah Ingatan
- Lupa perkara baru: Sering lupa nama orang, tempat letak barang, atau apa yang baru saja berlaku.
- Ulang soalan: Kerap bertanya perkara yang sama walaupun sudah dijawab.
- Lupa janji temu atau perbualan: Tak ingat bila ada temu janji atau apa yang dibincangkan sebelum ini.
Susah Cari Perkataan
- Perkataan “hilang”: Susah nak cari perkataan yang betul semasa bercakap.
- Susah ikut perbualan: Tak faham apa yang orang lain cakap atau susah nak ikut topik dalam perbualan.
Sukar Membuat Keputusan atau Merancang
- Keputusan tak masuk akal: Buat keputusan yang pelik atau kurang bijak.
- Susah merancang tugasan: Contohnya tak tahu bagaimana nak bayar bil, urus wang, atau ikut jadual harian.
- Tugasan rumit jadi susah: Tak dapat buat kerja yang perlukan tumpuan lebih atau yang melibatkan banyak langkah.
Masalah Melihat dan Bergerak
- Mudah sesat: Boleh tersesat walaupun di tempat yang biasa dilalui.
- Susah agak jarak: Contohnya sukar mengagak jarak semasa memandu atau berjalan.
Perubahan Tingkah Laku dan Emosi
- Keliru: Tak tahu hari apa, di mana berada, atau apa yang sedang berlaku.
- Gerakan jadi kurang lancar: Susah kawal pergerakan, nampak kekok.
- Perubahan perangai: Mungkin jadi murung, marah, takut, atau tidak berminat untuk bergaul dengan orang lain.
Tanda-tanda ini mungkin nampak ringan pada mulanya dan mudah dianggap sebagai “pelupa.” Tapi jika ia makin kerap berlaku dan mengganggu kehidupan harian, sebaiknya dapatkan pemeriksaan awal. Lebih cepat dikenalpasti, lebaik baik rawatan dan sokongan yang boleh diberikan.
Gaya Hidup yang Boleh Merosakkan Fungsi Kognitif
Gaya hidup yang tidak aktif, pemakanan tidak sihat, kurang interaksi sosial, tidur yang tidak mencukupi dan tekanan berpanjangan boleh memberi kesan negatif terhadap fungsi kognitif. Tabiat-tabiat ini menyumbang kepada kemerosotan kesihatan otak dan boleh meningkatkan risiko kemerosotan kognitif serta demensia. Berikut adalah penjelasan lebih terperinci mengenai faktor gaya hidup yang memberi kesan buruk:
Gaya Hidup Tidak Aktif
- Kurang aktiviti fizikal: Mengurangkan aliran darah ke otak yang penting untuk fungsi kognitif. Senaman berkala merangsang pengeluaran bahan kimia yang menyokong fungsi otak dan pertumbuhan neuron baharu.
- Masa skrin yang berlebihan: Boleh mengurangkan interaksi sosial dan peluang untuk rangsangan mental.
Pemakanan Kurang Sihat
- Pengambilan tinggi makanan terproses, gula dan lemak tepu: Boleh menyebabkan kemerosotan kognitif dan meningkatkan risiko demensia.
- Pemakanan yang tidak seimbang: Boleh menjejaskan daya ingatan, tumpuan dan ketajaman mental.
- Pengambilan alkohol yang berlebihan: Merosakkan sel-sel otak dan menjejaskan fungsi kognitif.
Kurang Interaksi Sosial:
- Pengasingan sosial atau menyendiri: Meningkatkan risiko kemerosotan kognitif serta menjejaskan ingatan, perhatian dan keupayaan menyelesaikan masalah.
- Interaksi sosial yang terhad: Mengurangkan rangsangan kognitif.
Tidur yang Tidak Mencukupi:
- Kualiti tidur yang buruk: Boleh merosakkan fungsi kognitif dan meningkatkan risiko kemerosotan kognitif.
- Tidur yang tidak mencukupi: Menjejaskan ingatan, tumpuan dan keupayaan membuat keputusan.
Tekanan Luar Biasa:
- Tekanan berpanjangan: Meningkatkan paras kortisol (hormon yang dihasilkan akibat tekanan) yang boleh merosakkan tisu otak dan mempercepat kemerosotan kognitif.
- Tekanan yang tidak diurus: Boleh menyebabkan gangguan tidur, tabiat pemakanan tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal, lalu menjejaskan kesihatan otak.
Faktor-Faktor Lain:
- Merokok: Merosakkan saluran darah, mengurangkan bekalan oksigen ke otak dan berpotensi mengecutkan tisu-tisu otak.
- Pencemaran udara: Boleh menjejaskan fungsi dan prestasi kognitif.
- Mengabaikan kesihatan mental: Boleh menyumbang kepada kemerosotan kognitif dan meningkatkan risiko gangguan kesihatan mental.
- Mengabaikan masalah penglihatan atau pendengaran: Boleh menjejaskan fungsi kognitif dan interaksi sosial.
Dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif serta merangsang minda, menjaga pemakanan yang sihat, mengutamakan interaksi sosial, dan mengurus tekanan dengan berkesan, individu dapat mengurangkan risiko kemerosotan kognitif dan mengekalkan kesihatan otak yang optimum.
Rawatan dan Penjagaan
Penghidap demensia boleh mengambil langkah untuk mengekalkan kualiti hidup dan meningkatkan kesejahteraan mereka dengan:
- Kekal aktif secara fizikal.
- Melibatkan diri dalam aktiviti dan interaksi sosial yang merangsang minda serta membantu mengekalkan fungsi harian.
Selain itu, terdapat beberapa ubat yang boleh membantu menguruskan simptom demensia namun ia tidak seharusnya menjadi pilihan pertama:
- Perencat kolinesterase seperti donepezil digunakan untuk merawat penyakit Alzheimer.
- Antagonis reseptor NMDA seperti memantine digunakan bagi kes Alzheimer yang teruk serta demensia vaskular.
- Perencat pengambilan semula serotonin terpilih (SSRI) boleh membantu menangani simptom kemurungan yang serius dalam kalangan pesakit demensia jika perubahan gaya hidup dan sosial tidak berkesan.
Kajian Diet Polifenol sebagai Pengubah Fungsi Otak Melalui Tindakan Biologi dan Mekanisma Molekul yang Menyokong Kesan Bermanfaat
Pada tahun 2012, terdapat satu kajian tentang kebekesanan polifenol (sejenis sebatian tinggi antioksidan) yang mampu mengubah dan meningkatkan fungsi otak (kognitif) manusia. Polifenol adalah bahan yang terdapat dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, teh, dan coklat gelap boleh memberi kesan baik kepada otak kita. Dalam konteks ini, polifenol berfungsi untuk membantu meningkatkan cara otak berfungsi, seperti meningkatkan ingatan, daya fokus, dan melindungi otak daripada kerosakan.
Tindakan Biologi merujuk kepada bagaimana polifenol berinteraksi dengan tubuh kita. Ia terbukti memberi kesan baik pada sel-sel otak dengan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel otak.
Mekanisme Molekul pula berkaitan dengan proses-proses kecil dalam tubuh yang berlaku pada peringkat sel untuk menghasilkan kesan yang bermanfaat.
Secara ringkas, polifenol boleh membantu otak kita untuk berfungsi dengan lebih baik dan melindungi otak dari masalah seperti penuaan atau penyakit.

Keberkesanan Polifenol dalam Vivix Shaklee Menangani Masalah Kognitif
Vivix ialah minuman lazat yang mengandungi campuran botani eksklusif Shaklee. Antaranya termasuk Ekstrak Anggur Muscadine, Ekstrak Cecair Elderberi, Ekstrak Serbuk Elderberi, Ekstrak Knotweed Jepun, Serbuk Jus Epal, Serbuk Blueberi, dan Ekstrak Lobak Ungu. Ramuan di dalam Vivix telah melalui proses pengekstrakan eksklusif untuk memastikan nutrien aktif dikekalkan pada tahap maksimum. Ia dirumus khas untuk memberikan manfaat menyeluruh kepada kesihatan sel sehingga ke peringkat DNA.
Keunikan Vivix Shaklee terletak pada campuran unik bahan-bahan polifenol yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Resveratrol ialah antara polifenol dalam campuran ini dengan ciri antioksidan dan perlindungan yang telah dibuktikan melalui banyak ujian klinikal. Anggur muscadine dipilh kerana ia mempunyai kromosom tambahan yang menyumbang kepada kandungan polifenol yang terbaik dan berkesan.

Kebaikan Polifenol dalam Vivix Melindungi Sistem Kognitif (Meningkatkan Fungsi Otak)
Mengurangkan Tekanan Oksidatif
Polifenol ialah bahan semula jadi yang bertindak seperti perisai pelindung. Ia membantu melawan bahan berbahaya (dipanggil radikal bebas) yang boleh merosakkan sel otak dan menyebabkan otak kita menjadi lemah bila kita semakin tua.

Mengaktifkan Sirtuin
Reveratrol (sejenis polifenol yang terdapat dalam Vivix) menghidupkan protein khas dalam badan yang membantu melambatkan penuaan dan membaiki sel. Protein ini dipanggil “Sirtuin” dan proses ini membantu untuk otak kita kekal sihat lebih lama.
Menyambungan Sel-Sel Otak
Polifenol juga membantu otak untuk membina sambungan baharu antara sel-sel otak. Ini penting bagi menyokong proses pembelajaran benda baru dan proses untuk mengingati maklumat.
Melindungi Sel-Sel Otak
Polifenol melindungi sel-sel otak daripada kerosakan, terutama dari bahan beracun yang boleh menyebabkan penyakit seperti Alzheimer. Ia membantu otak menjadi lebih fleksibel dan membina sel-sel otak baru. Ini berlaku melalui beberapa cara, seperti:
- Mengurangkan keradangan dalam otak (neuroinflamasi).
- Menghapuskan bahan berbahaya yang boleh merosakkan sel otak (dipanggil ROS).
- Membantu sel-sel otak berfungsi dengan lebih baik.
Melancarkan Aliran Darah ke Otak
Polifenol meningkatkan peredaran darah di otak terutamanya dengan memperbaiki kesihatan salur darah dan mengurangkan keradangan. Selain itu ia juga membantu memastikan penghantaran oksigen dan nutrien yang betul kepada sel-sel otak. Sekaligus melindungi sel otak dan mengurangkan risiko kerosakan semasa serangan strok atau penyakit autoimun.
Cara Mendapatkan Vivix Dari Pengedar Sah Shaklee
Untuk mendapatkan Vivix yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.
Berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee? Setiap pembelian sebotol Vivix anda akan terus mendapat keahlian percuma. Penjimatan sebanyak RM99.75 untuk sebotol Vivix pada harga ahli walaupun ini merupakan pertama kali anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.
Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)
