Cara Kenali Tanda-Tanda Buah Pinggang Rosak

Cara Kenali Tanda-Tanda Buah Pinggang Rosak

Tanda-tanda buah pinggang rosak boleh muncul dengan pelbagai cara. Boleh jadi hanya melalui tanda-tanda ringan dan mudah diabaikan pada peringkat awal. Antara tanda-tanda biasa termasuklah rasa letih, kerap atau kurang membuang air kecil, bengkak pada kaki dan buku lali, serta rasa gatal-gatal badan yang berterusan. Tanda-tanda yang lebih serius termasuk rasa loya, muntah, dan sesak nafas. Jika anda mengalami mana-mana tanda-tanda ini buah, segeralah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya.

Simptom tanda-tanda buah pinggang rosak kadang-kadang tidak jelas
Simptom tanda-tanda buah pinggang rosak kadang-kadang tidak jelas malah dianggap sebagai perkara biasa sahaja

Tanda-tanda Buah Pinggang Rosak dan Puncanya

Tanda-tanda buah pinggang rosak boleh muncul secara perlahan-lahan atau secara tiba-tiba. Antara tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang termasuk keletihan yang berpanjangan, bengkak di kaki atau pergelangan kaki, kerap buang air kecil (terutamanya pada waktu malam), perubahan pada warna air kencing, dan tekanan darah tinggi yang sukar dikawal.

Punca utama kerosakan dan kegagalan buah pinggang ialah:

  • Diabetes: Diabetes atau kencing manis yang tidak dikawal boleh menyebabkan paras gula dalam darah sentiasa tinggi (hiperglisemia), yang lama-kelamaan merosakkan tisu-tisu buah pinggang.
  • Tekanan darah tinggi: Tekanan darah tinggi menyebabkan aliran darah terlalu kuat melalui saluran darah, lalu merosakkan buah pinggang secara perlahan-lahan tanpa anda sedari.

Punca-Punca Lain

Selain itu, beberapa punca lain juga boleh menyebabkan tanda-tanda buah pinggang rosak, antaranya:

  • Penyakit buah pinggang polisistik (PKD): Penyakit ini diwarisi daripada salah seorang ibu bapa dan menyebabkan sista berisi cecair tumbuh di dalam buah pinggang. Sista ini bukanlah ketumbuhan kanser, tetapi kantung lembut berisi cecair di bahagian buah pinggang yang boleh membesar dari semasa ke semasa. Apabila sista mula membesar, ia boleh menekan tisu normal buah pinggang dan menjejaskan fungsinya.
  • Penyakit glomerular: Penyakit ini menjejaskan sistem penapisan buah pinggang, menyebabkan bahan buangan tidak disingkirkan dengan sempurna.
  • Penyakit autoimun seperti lupus: Ia boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan organ, termasuklah buah pinggang.

Dalam kes tertentu, tanda-tanda buah pinggang rosak boleh muncul secara mendadak, dikenali sebagai kegagalan buah pinggang akut. Ini boleh berlaku dalam masa beberapa jam atau hari sahaja, dan sering bersifat sementara jika dirawat dengan segera. Punca biasa kegagalan buah pinggang akut termasuk:

  • Ubat-ubatan tertentu (seperti antibiotik atau ubat tahan sakit).
  • Dehidrasi yang teruk.
  • Halangan pada saluran kencing (misalnya batu karang).
  • Penyakit sistemik yang tidak dirawat seperti penyakit jantung atau hati.

Memerhatikan tanda-tanda awal buah pinggang rosak sangat penting untuk mendapatkan rawatan awal dan mencegah kerosakan yang lebih teruk.

Berlaku perubahan pada warna air kencing yang berpotensi menunjukkan simptom awal tanda-tanda buah pinggang rosak
Berlaku perubahan pada warna air kencing yang berpotensi menunjukkan simptom awal tanda-tanda buah pinggang rosak

Lima Peringkat Kerosakan Buah Kinggang

Kerosakan buah pinggang dibahagikan kepada beberapa peringkat berdasarkan anggaran kadar penapisan glomerular (eGFR) anda, yang diperoleh melalui ujian darah.

eGFR mengukur sejauh mana buah pinggang anda berfungsi menapis bahan dalam darah. Bacaan eGFR normal adalah lebih daripada 90, manakala eGFR terendah adalah 0, yang menunjukkan tiada lagi fungsi buah pinggang.

Berikut adalah lima peringkat kerosakan buah pinggang:

  • Peringkat I: eGFR lebih tinggi daripada 90. Buah pinggang mengalami kerosakan ringan tetapi masih berfungsi normal. Pada peringkat ini, tanda-tanda buah pinggang rosak biasanya tidak jelas.
  • Peringkat II: eGFR antara 60 hingga 89. Kerosakan buah pinggang bertambah tetapi fungsi masih baik. Tanda-tanda buah pinggang rosak mungkin mula muncul, seperti keletihan ringan atau bengkak kecil.
  • Peringkat III: eGFR antara 30 hingga 59. Kehilangan fungsi buah pinggang mungkin sederhana hingga teruk. Tanda-tanda buah pinggang rosak seperti bengkak, keletihan, dan perubahan pada air kencing lebih ketara.
  • Peringkat IV: eGFR antara 15 hingga 29. Fungsi buah pinggang sangat terjejas. Tanda-tanda buah pinggang rosak semakin jelas, termasuk rasa loya, masalah tidur, dan perubahan tekanan darah.
  • Peringkat V: eGFR di bawah 15. Buah pinggang hampir atau sudah gagal sepenuhnya. Pada tahap ini, tanda-tanda buah pinggang rosak menjadi serius dan pesakit biasanya mengalami simptom jelas seperti sesak nafas, keletihan melampau, dan bengkak teruk.

Estimated Glomerular Filtration Rate

eGFR mungkin kedengaran agak teknikal, tetapi ia sangat penting untuk menilai kesihatan buah pinggang kita. eGFR adalah singkatan bagi Estimated Glomerular Filtration Rate, iaitu anggaran kadar penapisan darah oleh buah pinggang dalam masa satu minit. Nilai eGFR yang lebih tinggi menunjukkan fungsi buah pinggang yang lebih baik. Dalam istilah mudah, eGFR boleh dianggap sebagai “skor prestasi” bagi buah pinggang anda.

Urinalisis pula ialah ujian air kencing yang boleh mendedahkan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang. Dalam ujian ini, doktor akan memeriksa jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Air kencing yang sihat biasanya tidak mengandungi protein, jadi kehadirannya boleh menandakan buah pinggang mula “bocor” akibat penapis yang tidak lagi berfungsi dengan baik. Situasi yang sering berlaku pada pesakit kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal.

Kreatinin dan Ujian Air Kencing (Urinalisis)

Analisis buah pinggang juga boleh dilakukan dengan mengukur tahap kreatinin dalam darah dan kandungan protein dalam air kencing.

Kreatinin adalah bahan buangan dari penggunaan otot yang biasanya dibuang oleh buah pinggang melalui air kencing. Jika bacaan creatinine dalam darah tinggi, ia menunjukkan buah pinggang mungkin sudah kurang berfungsi dengan baik kerana bahan buangan tidak dapat ditapis dengan lancar, sama seperti sinki yang tersumbat. Bacaan normal creatinine biasanya antara 64–104 µmol/L untuk lelaki dewasa dan 49–90 µmol/L untuk wanita dewasa.

Komplikasi Kegagalan Buah Pinggang

Buah pinggang memainkan pelbagai peranan penting dalam badan anda. Apabila anda mengalami kegagalan buah pinggang, anda mungkin akan menghadapi beberapa komplikasi. Tanda-tanda buah pinggang rosak dan komplikasinya termasuk:

  • Tekanan darah tinggi.
  • Anemia (kekurangan sel darah merah).
  • Penyakit berkaitan tulang.
  • Cecair yang terkumpul di sekitar paru-paru.
  • Kerosakan pada saraf.
  • Ketidakseimbangan elektrolit dalam tubuh badan.

Namun begitu, tanda-tanda buah pinggang rosak tidak semestinya bermaksud kematian akan berlaku serta-merta. Anda masih boleh mengawal keadaan ini dengan mengikuti pelan rawatan yang disarankan oleh penyedia penjagaan kesihatan anda. Rawatan ini mungkin merangkumi pengambilan ubat-ubatan, perubahan gaya hidup, serta menghadkan pengambilan garam dan makanan tertentu.

Sekiranya anda tidak mengikuti pelan rawatan yang diberikan, fungsi buah pinggang akan terus merosot dan akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Pendekatan Semula Jadi

Apabila buah pinggang mula menunjukkan tanda-tanda kegagalan, penggunaan ubat-ubatan tambahan bukanlah satu pendekatan yang ideal. Ini kerana setiap ubat yang masuk ke dalam tubuh perlu ditapis dan memburukkan lagi fungsi buah pinggang.

Salah satu pendekatan semula jadi adalah melalui penggunaan polifenol. Sebatian semula jadi yang banyak terdapat dalam buah-buahan, dan sayur-sayuran. Polifenol bukan sahaja bertindak sebagai antioksidan, malah mempunyai mekanisme molekul yang menyeluruh dalam memperbaiki fungsi buah pinggang.

Tekanan oksidatif boleh merosakkan sel, protein dan DNA.
Tekanan oksidatif boleh merosakkan sel-sel buah pinggang secara perlahan-lahan. Kerosakan ini boleh menyebabkan keradangan (inflamasi), melemahkan fungsi sel, dan membentuk tisu parut (fibrosis), seperti luka yang tidak sembuh-sembuh. Akibatnya, fungsi buah pinggang mula merosot walaupun pada peringkat awal penyakit.

Rujukan: The Effect of Polyphenols on Kidney Disease: Targeting Mitochondria terbitan Pub Med Central pada 29 Julai 2022 menerangkan kelebihan 2 jenis polifenol iaitu Quercetin dan Resveratrol dalam pemulihan buah pinggang dengan kaedah semula jadi.

Polifenol dan Peranannya dalam Disfungsi Mitokondria Renal

Polifenol adalah bahan semula jadi yang sangat membantu sel-sel dalam badan kita, terutama sekali untuk buah pinggang. Dalam setiap sel buah pinggang, terdapat “penjana tenaga” kecil yang dipanggil mitokondria seperti bateri yang memberikan tenaga supaya sel boleh berfungsi dengan baik.

Apabila buah pinggang mula menunjukkan tanda-tanda buah pinggang rosak, mitokondria ini tidak berfungsi dengan baik. Biasanya, mitokondria sentiasa “berpecah” dan “bergabung” untuk kekal sihat, dan mitokondria baru juga terbentuk. Tapi bila buah pinggang rosak, proses ini terganggu dan penghasilan mitokondria baru berkurangan.

Polifenol membantu memperbaiki keadaan ini dengan meningkatkan protein tertentu dalam badan yang penting untuk menghasilkan mitokondria baru dan menstabilkan proses mitokondria “berpecah” dan “bergabung.” Ini memastikan “bateri” dalam sel buah pinggang kekal kuat dan berfungsi dengan baik walaupun ketika buah pinggang bermasalah.

Polifenol juga berfungsi sebagai “penangkap” bahan berbahaya yang dipanggil radikal bebas, yang boleh merosakkan sel buah pinggang. Ia melindungi sel dari pada mati secara terancang (apoptosis), yang biasanya berlaku bila buah pinggang dalam keadaan tidak sihat.

Tindakbalas polifenol dalam memperlahan kerosakan buah pinggang secara semula jadi
Tindakbalas polifenol dalam memperlahan kerosakan buah pinggang secara semula jadi

Resveratrol

Resveratrol ialah sejenis polifenol semula jadi yang boleh ditemui dalam anggur, beri biru dan kacang tanah. Ia mempunyai kesan anti-radang, anti-kanser dan anti-penuaan dalam sel. Kegunaannya dalam kesihatan buah pinggang termasuk:

  • Membantu menambah baik sistem pengangkutan tenaga, yang seterusnya meningkatkan aktiviti protein pelindung.
  • Mengurangkan kerosakan tisu buah pinggang, radang dan tekanan oksidatif, serta meningkatkan fungsi buah pinggang.
  • Ujian terhadap kes yang tidak mempunyai protein pelindung telah menyebabkan radang buah pinggang meningkat. Ini menunjukkan pentingnya penghasilan protein pelindung yang diaktifkan oleh resveratrol secara semula jadi.

Resveratrol juga melindungi buah pinggang dalam situasi menghidap diabetes jenis 2:

  • Rawatan dengan 20 mg/kg sehari selama 12 minggu menunjukkan pengurangan kerosakan buah pinggang dan mengubah ciri-ciri penyakit buah pinggang pesakit diabetes

Kajian terkini menunjukkan:

  • Resveratrol membantu pembaikan mitokondria.
  • Ia mengaktifkan dan menghidupkan enzim pelindung untuk melawan kerosakan dari kadmium.
  • Dalam kajian terhadap golongan tua, ia mampu meningkatkan fungsi buah pinggang dan mengurangkan protein dalam air kencing.
  • Meningkatkan aktiviti mitokondria dan mengurangkan penghasilan radikal bebas selepas kejutan berdarah.
  • Meningkatkan penghasilan ATP (tenaga) dan mengurangkan radikal bebas (ROS) untuk penyakit buah pinggang kronik.
  • Memulihkan kerosakan mitokondria, dengan membantu pemanjangan mitokondria yang sihat.

Secara keseluruhannya, resveratrol berpotensi tinggi untuk merawat pelbagai jenis kecederaan buah pinggang. Ia boleh mengurangkan kadar toksik, tekanan oksidatif dan kematian sel, sambil memperbaiki fungsi mitokondria serta tindak balas metabolik.

Vivix Shakle Menyokong Pemulihan Buah Pinggang

Vivix ialah minuman lazat yang mengandungi campuran botani eksklusif Shaklee. Antaranya termasuk Ekstrak Anggur Muscadine, Ekstrak Cecair Elderberi, Ekstrak Serbuk Elderberi, Ekstrak Knotweed Jepun, Serbuk Jus Epal, Serbuk Blueberi, dan Ekstrak Lobak Ungu. Ramuan di dalam Vivix telah melalui proses pengekstrakan eksklusif untuk memastikan nutrien aktif dikekalkan pada tahap maksimum. Ia dirumus khas untuk memberikan manfaat menyeluruh kepada kesihatan sel sehingga ke peringkat DNA.

Sumber polifenol dalam Vivix Shaklee kurangkan tanda-tanda-tanda buah pinggang rosak
Campuran unik bahan-bahan polifenol yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi bantu mengurangkan tanda-tanda buah pinggang rosak

Keunikan Vivix Shaklee terletak pada campuran unik bahan-bahan polifenol yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Resveratrol ialah antara polifenol dalam campuran ini dengan ciri antioksidan dan perlindungan yang telah dibuktikan melalui banyak ujian klinikal. Anggur muscadine dipilh kerana ia mempunyai kromosom tambahan yang menyumbang kepada kandungan polifenol yang terbaik dan berkesan.

Bagaimana Pegambilan Konsisten Vivix Shaklee boleh Membantu Kerosakan Buah Pinggang Tahap Awal

Melalui perkongsian di atas tentang keberkesanan polifenol membantu pemulihan buah pinggang yang telah rosak, formula Vivix Shaklee turut mengandungi ramuan polifenol seperti resveratrol yang membantu proses pemulihan tersebut. Vivix mempunyai kelebihan menggunakan ramuan esktrak bahan-bahan semulajadi:

  • Ekstrak Anggur Muscadine: Ini adalah bahan utama yang menonjol kerana kandungan polifenolnya yang tinggi, termasuk resveratrol, asid ellagik, dan ellagitannin. Sebatian-sebatian ini mempunyai sifat antioksidan yang kuat dan dipercayai membantu melindungi sel daripada kerosakan.
  • Ekstrak Elderberi: Memberikan tambahan antioksidan dan mungkin menyokong kesihatan sistem imun.
  • Ekstrak Knotweed Jepun: Sumber resveratrol, iaitu antioksidan yang kuat dengan pelbagai manfaat kesihatan.
  • Ekstrak-Ektrak Lain: Termasuk serbuk jus epal, serbuk beri biru, dan ekstrak lobak ungu, yang turut meningkatkan kandungan antioksidan dalam minuman ini.
Ramuan Vivix meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, memperbaiki kerosakan dalam tubuh dan melambatkan proses penuaan secara semula jadi.
Campuran polifenol eksklusif memberi sokongan pada peringkat sel

Cara Mendapatkan Vivix Dari Pengedar Sah Shaklee

Untuk mendapatkan Vivix yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.

Berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee? Setiap pembelian sebotol Vivix anda akan terus mendapat keahlian percuma. Penjimatan sebanyak RM99.75 untuk sebotol Vivix pada harga ahli walaupun ini merupakan pertama kali anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.

Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berpengalaman dan merupakan pengguna Shaklee sendiri sejak 2018, saya akan membantu anda untuk mendapatkan produk Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti. Selain itu anda akan diberi konsultansi percuma tentang sebarang produk Shaklee yang anda dapatkan melalui saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top