Supplemen Polifenol Untuk Wanita 40an, Rahsia Tips Awet Muda

Supplemen Polifenol Untuk Wanita 40an, Rahsia Tips Awet Muda

Salah satu tips awet muda yang paling berkesan ialah menjaga kesihatan kulit dari dalam dan luar. Dengan rutin penjagaan yang betul dan pemilihan supplemen yang sesuai, wanita 40an masih boleh mengekalkan kulit yang sihat, cerah dan berseri.

Kulit adalah organ terbesar badan dan memainkan peranan penting dalam penampilan serta identiti kita. Ia bukan hanya pelindung daripada pencemaran dan cahaya matahari, tetapi juga membantu mengekalkan kelembapan dan suhu badan yang seimbang.

Kulit terdiri daripada tiga lapisan utama: epidermis, dermis, dan hipodermis. Lapisan dermis kaya dengan kolagen dan elastin iaitu dua bahan penting yang membantu kulit untuk kekal tegang, anjal, dan muda remaja.

Tiga lapisan kulit manusia
Tiga lapisan kulit manusia

Namun, seiring dengan pertambahan usia dan pendedahan kepada sinaran UV, pencemaran udara, serta asap rokok, kulit mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Proses ini pula dipercepatkan lagi oleh tekanan oksidatif yang merosakkan sel-sel kulit secara senyap.

Tekanan oksidatif boleh merosakkan sel, protein dan DNA
Tekanan oksidatif berlaku apabila badan kita mempunyai terlalu banyak radikal bebas dan kurang jumlah antioksidan untuk menyeimbangkannya. Lalu menyebabkan kerosakan pada sel, termasuk sel kulit, dan mempercepatkan proses penuaan.

Kenapa Kulit Kita Semakin Menua dan Apakah Puncanya?

Proses penuaan kulit berlaku melalui dua cara iaitu secara semula jadi (intrinsik) dan juga disebabkan oleh faktor luaran (ekstrinsik).

Penuaan Semula Jadi (Intrinsik)

Ini adalah perubahan yang berlaku secara semula jadi apabila usia kita semakin meningkat. Penghasilan kolagen oleh sel-sel fibroblast mula perlahan. Sel fibroblast ialah sel yang terdapat dalam lapisan kulit (terutamanya dermis), dan tugas utamanya adalah menghasilkan kolagen, iaitu protein penting yang memberi kekuatan, keanjalan, dan struktur pada kulit.

Apabila usia meningkat (terutamanya selepas umur 30an hingga 40an), aktiviti sel fibroblast ini menjadi semakin lemah. Akibatnya:

  • .Proses pemulihan kulit menjadi lebih perlahan.
  • Kolagen yang dihasilkan juga semakin sedikit.
  • Kulit mula hilang keanjalan dan kelihatan kendur.
  • Kedutan-kedutan halus mula kelihatan di sekitar mata dan dahi.

Penuaan Disebabkan Persekitaran (Ekstrinsik)

Keadaan ini merujuk kepada proses penuaan kulit yang berlaku akibat faktor luaran yang boleh dielakkan atau dikawal. Ia juga bukan semata-mata kerana umur, tetapi disebabkan oleh gaya hidup dan persekitaran yang memberi tekanan kepada kulit.

Contoh faktor ekstrinsik:

  • Pendedahan kepada sinar UV: menyebabkan kerosakan DNA, pigmentasi tak sekata, dan kedutan.
  • Asap rokok: mengurangkan kadar oksigen dan nutrien untuk sampai ke sel-sel kulit, lalu mempercepatkan kedutan.
  • Pemakanan kurang sihat: kurang nutrien penting seperti vitamin C dan E yang sepatutnya melindungi kulit.
  • Kurang tidur dan stress: proses pembaikan sel kulit terus terganggu dan meningkatkan kuantiti radikal bebas.
  • Pencemaran udara – merosakkan lapisan pelindung kulit dan menyebabkan kekusaman.
  • Berat badan turun mendadak – kulit lambat untuk menyesuaikan diri dan menjadi kendur.

Kesannya kepada kulit dimana timbul kedutan kasar, muncul bintik-bintik hitam atau pigmentasi, tekstur kulit menjadi kasar, dan tidak sekata serta kusam.

Kesan Polifenol Terhadap Penuaan Kulit

Polifenol ialah sejenis sebatian semula jadi yang terdapat dalam buah-buahan, biji sayur, rempah, anggur merah, beri, kopi, dan koko. Apabila diambil dalam kuantiti sesuai, ia memberi banyak manfaat kepada tubuh. Polifenol daripada tumbuh-tumbuhan biasanya adalah dalam bentuk tanin (cecair) pekat, dan pengambilannya melalui makanan lebih tinggi berbanding bahan fitokimia lain. Polifenol juga terkenal dalam mencegah penyakit jantung, kanser, penyakit saraf, ketumbuhan, dan diabetes. Ia juga merupakan antioksidan semula jadi yang sepatutnya ada dalam diet harian kita.

Sejak dahulu lagi, buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuhan, bunga, dan bahan semula jadi lain telah digunakan oleh manusia untuk tujuan kecantikan. Kajian menunjukkan bahawa polifenol dari tumbuh-tumbuhan boleh mengawal proses penuaan pada sel-sel kulit, memperbaiki struktur kulit yang telah menua, dan seterusnya melambatkan kadar penuaan secara keseluruhan.

Keberkesanan Polifenol Sebagai Anti-Penuaan

Kajian menunjukkan bahawa polifenol mempunyai kesan yang baik terhadap sel kulit yang menua. Rawatan dengan polifenol boleh mencegah dan melambatkan proses penuaan sel. Oleh sebab itu, polifenol sangat bermanfaat dalam melawan penuaan kulit dan penyakit kulit yang berkaitan dengan usia. Tips awet muda melalui pemakanan kaya polifenol.

Kolagen, elastin, fibril elastik, dan enzim matriks metalloprotein (MPP) sangat penting untuk menguatkan otot, tendon, dan sendi. Jika tisu ini rosak atau merosot, kulit akan hilang keanjalan dan kedutan mula terbentuk. Banyak polifenol mempunyai sifat anti-penuaan dan berperanan aktif dalam mengurangkan kadar serta tahap pembentukan kedutan. Ia membantu menghalang atau melambatkan masalah kulit yang berkaitan dengan penuaan dengan mempengaruhi laluan molekul dalam badan.

Polifenol semula jadi berwarna kuning, merah, atau ungu dan bertindak sebagai pelindung matahari pada kulit kerana ia boleh menyerap sinaran UVA, UVB, dan UVC serta mengurangkan kerosakan DNA akibat radiasi (cahaya matahari). Pendedahan UV yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan oksidatif dan kerosakan kulit, yang akhirnya mempercepatkan proses penuaan. Kulit mempunyai sistem antioksidan yang kompleks untuk melindungi daripada kesan sinaran UV. Polifenol juga diketahui boleh menguatkan sistem antioksidan ini.

Kesemua penerangan di atas adalah merujuk kepada hasil kajian jurnal bertajuk Dietary Polyphenols as Anti-Aging Agents: Targeting the Hallmarks of Aging yang baru sahaja diterbitkan pada September 2024.

Sumber Polifenol dalam Vivix Shaklee: Tips Awet Muda dan Kesihatan Selular yang Luar Biasa

Vivix ialah minuman lazat yang mengandungi campuran botani eksklusif Shaklee. Antaranya termasuk Ekstrak Anggur Muscadine, Ekstrak Cecair Elderberi, Ekstrak Serbuk Elderberi, Ekstrak Knotweed Jepun, Serbuk Jus Epal, Serbuk Blueberi, dan Ekstrak Lobak Ungu. Ramuan di dalam Vivix telah melalui proses pengekstrakan eksklusif untuk memastikan nutrien aktif dikekalkan pada tahap maksimum. Ia dirumus khas untuk memberikan manfaat menyeluruh kepada kesihatan sel sehingga ke peringkat DNA.

Keunikan Vivix Shaklee terletak pada campuran unik bahan-bahan polifenol yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Resveratrol ialah antara polifenol dalam campuran ini dengan ciri antioksidan dan perlindungan yang telah dibuktikan melalui banyak ujian klinikal. Anggur muscadine dipilh kerana ia mempunyai kromosom tambahan yang menyumbang kepada kandungan polifenol yang terbaik dan berkesan.

Sumber Polifenol dalam Vivix Shaklee: Tips Awet Muda dan Kesihatan Selular yang Luar Biasa
Tips awet muda dengan kesan anti-penuaan dengan pengambilan konsisten ramuan yang diperkaya dengan polifenol berkualiti tinggi.

Vivix Shaklee adalah suplemen yang terkenal dengan kandungan kaya polifenol, yang terbukti memberikan banyak manfaat kesihatan, termasuk kesan anti-penuaan. Berdasarkan kajian yang disebutkan di atas, polifenol menunjukkan kesan positif terhadap penuaan kulit dan kesihatan sel. Vivix Shaklee menyokong prinsip-prinsip ini dengan cara-cara berikut:

Meningkatkan Sintesis Kolagen dan Menjaga Keanjalan Kulit

Kolagen adalah protein utama yang memberikan struktur dan keanjalan pada kulit. Apabila usia meningkat, penghasilan kolagen dalam tubuh kita menurun, menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut. Vivix mengandungi resveratrol, sejenis polifenol yang telah terbukti dapat merangsang penghasilan kolagen. Dalam satu kajian, resveratrol menunjukkan potensi untuk meningkatkan sintesis kolagen, sekaligus membantu mengurangkan penampilan kedutan dan mengekalkan keanjalan kulit.

Selain itu, polifenol dalam Vivix turut berperanan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV, yang diketahui sebagai salah satu punca utama penuaan kulit. Dengan melindungi kolagen dari kerosakan UV, Vivix membantu mengekalkan kulit anda tampak lebih muda dan sihat.

Melawan Kerosakan DNA dan Penuaan Sel

Penuaan sel berlaku apabila sel-sel dalam tubuh kita mula mengalami kerosakan, terutamanya pada DNA. Kerosakan ini boleh berlaku akibat pelbagai faktor, termasuk radikal bebas dan pengumpulan sel-sel yang sudah tua. Vivix mengandungi resveratrol yang berfungsi sebagai antioksidan kuat, membantu melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Resveratrol juga berperanan dalam memperbaiki DNA yang telah rosak dan meningkatkan kemampuan sel untuk memperbaiki diri sendiri.

Selain itu, resveratrol boleh meningkatkan kesihatan kulit dengan merangsang autophagy, iaitu proses selular yang membuang komponen yang rosak, serta melindungi kulit daripada penuaan akibat cahaya matahari (photoaging). Ia juga boleh mengurangkan keradangan, meningkatkan penghasilan kolagen, dan bertindak sebagai antioksidan. Dengan mengaktifkan mekanisme autophagy, Vivix menyokong kesihatan sel secara keseluruhan dan memperlahankan proses penuaan.

Menghalang Penuaan Telomere

Telomere adalah bahagian pada hujung kromosom yang melindungi DNA daripada kerosakan. Semakin tua seseorang, semakin pendek telomere mereka, yang membawa kepada penuaan sel dan tisu. Resveratrol dalam Vivix telah terbukti membantu memanjangkan telomere, yang secara tidak langsung membantu melawan proses penuaan. Dengan melindungi telomere daripada pemendekan yang cepat, Vivix membantu memperlahankan penuaan dan mengekalkan kesihatan sel lebih lama.

Tips awet muda dengan keberkesanan pelindungan daripada ramuan kaya Polifenol yang terdapat dalam setiap botol Vivix Shaklee

Mengurangkan Risiko Penyakit Berkaitan Penuaan

Selain daripada kesan terhadap kulit dan sel, Vivix juga terbukti dapat mengurangkan risiko beberapa penyakit yang berkaitan dengan penuaan, seperti penyakit jantung dan diabetes. Ini adalah kerana resveratrol mempunyai kesan anti-radang dan meningkatkan kecekapan sistem imun tubuh. Dengan mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan sel, Vivix membantu mencegah pelbagai penyakit yang boleh mempercepatkan penuaan.

Secara keseluruhan, Vivix Shaklee mengandungi kombinasi bahan-bahan yang terbukti menyokong kajian mengenai manfaat polifenol terhadap penuaan kulit dan sel. Melalui mekanisma seperti merangsang sintesis kolagen, melawan kerosakan DNA, melindungi kulit daripada UV, dan memperlahankan penuaan telomere. Vivix dapat membantu wanita, terutamanya yang berusia 40-an ke atas, untuk mengekalkan penampilan muda dan sihat.

Vivix bukan hanya sekadar supplemen kecantikan luaran, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, memperbaiki kerosakan dalam tubuh dan melambatkan proses penuaan secara semula jadi.

Ramuan Vivix meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, memperbaiki kerosakan dalam tubuh dan melambatkan proses penuaan secara semula jadi.
Ramuan Vivix meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, memperbaiki kerosakan dalam tubuh dan melambatkan proses penuaan secara semula jadi.

Cara Mendapatkan Vivix Dari Pengedar Sah Shaklee

Untuk mendapatkan Vivix yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.

Berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee? Setiap pembelian sebotol Vivix anda akan terus mendapat keahlian percuma. Penjimatan sebanyak RM99.75 untuk sebotol Vivix pada harga ahli walaupun ini merupakan pertama kali anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.

Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berpengalaman dan merupakan pengguna Shaklee sendiri sejak 2018, saya akan membantu anda untuk mendapatkan produk Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti. Selain itu anda akan diberi konsultansi percuma tentang sebarang produk Shaklee yang anda dapatkan melalui saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top