Atasi Komplikasi Kencing Manis dengan Pemakanan Kaya Antioksidan

Atasi Komplikasi Kencing Manis dengan Pemakanan Kaya Antioksidan

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan penyakit kronik yang semakin membimbangkan di Malaysia, berkait rapat dengan gaya hidup moden. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak menyedari kesan serius komplikasi kencing manis kepada kualiti hidup terutamanya dari gangguan penglihatan, kerosakan saraf, hingga mencapai tahap amputasi (pemotongan sebahagian anggota badan spt kaki atau tangan).

Penyakit ini menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara tidak normal. Jika tidak dikawal, boleh membawa kepada pelbagai komplikasi kesihatan yang serius dan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Namun begitu, dengan pemahaman yang lebih baik tentang penyakit ini dan tindakan awal, risiko komplikasi boleh dikurangkan. Salah satu pendekatan yang kian mendapat perhatian ialah penggunaan antioksidan dalam membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh diabetes, terutama sekali resveratrol.

Komplikasi kencing manis menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara tidak normal dan jika tidak dikawal
Komplikasi kencing manis menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara tidak normal dan jika tidak dikawal

Jenis-Jenis Kencing Manis

Diabetes Jenis 1

  • Berlaku apabila sistem imun badan tersilap menyerang dan memusnahkan sel-sel beta pankreas yang menghasilkan insulin.
  • Akibatnya, badan langusng tidak mampu menghasilkan insulin.
  • Kebiasaan berlaku pada usia muda (kanak-kanak atau remaja), tetapi boleh juga berlaku pada orang dewasa.
  • Pesakit perlu bergantung kepada suntikan insulin seumur hidup.

Diabetes Jenis 2

  • Merupakan bentuk yang paling selalu berlaku, menyumbang kepada lebih 90% kes diabetes di Malaysia.
  • Badan masih menghasilkan insulin, tetapi tidak menggunakannya dengan berkesan (berlaku rintangan insulin).
  • Biasanya dikaitkan dengan obesiti, gaya hidup yang kurang aktif, faktor genetik dan melalui diet tinggi gula serta lemak.

Peningkatan usia dan pemakanan berlebihan telah menjadikan ramai rakyat Malaysia terdedah kepada diabetes jenis 2 tanpa disedari.

Tekanan Oksidatif Menyumbang kepada Komplikasi Kencing Manis

Apa Itu Tekanan Oksidatif?

Tekanan oksidatif (oxidative stress) berlaku apabila radikal bebas yang dihasilkan secara berlebihan dalam badan dan tidak dapat dineutralkan oleh antioksidan semula jadi. Radikal bebas ini adalah molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel, protein dan DNA.

Melalui konteks pesakit diabetes:

  • .Paras gula darah yang tinggi meningkatkan penghasilan radikal bebas.
  • .Radikal bebas merosakkan sel-sel beta pankreas lalu menurunkan keupayaan menghasilkan insulin.
  • Ia juga merosakkan reseptor insulin di bahagian otot dan hati, menyebabkan rintangan insulin menjadi bertambah buruk.
  • Menyebabkan kerosakan salur darah dan punca gangguan aliran darah ke organ penting.
  • Lama-kelamaan, komplikasi kronik seperti kerosakan buah pinggang, mata dan saraf mulai muncul.

Tekanan oksidatif menjadi pemangkin utama kepada komplikasi kencing manis. Ia sebenarnya menjejaskan hampir kesemua sistem dalam tubuh, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bahaya kan?

Tekanan oksidatif boleh merosakkan sel, protein dan DNA.
Tekanan oksidatif boleh merosakkan sel, protein dan DNA.

Komplikasi Kencing Manis di Malaysia

Senarai komplikasi kencing manis yang selalu terjadi pada kebiasaan penghidap kencing manis di Malaysia.

Retinopati Diabetes (Kerosakan Mata)

  • Kencing manis merosakkan salur darah kecil di retina.
  • Boleh menyebabkan penglihatan jadi kabur, berlaku pendarahan dalam mata dan akhirnya potensi menjadi buta.
  • Merupakan penyebab utama buta di kalangan dewasa di Malaysia.

Nefropati Diabetes (Kerosakan Buah Pinggang)

  • Tekanan oksidatif merosakkan struktur penapisan di dalam buah pinggang.
  • Fungsi buah pinggang menurun dan boleh membawa kepada risiko menjalani dialisis seumur hidup.
  • Sering berlaku tanpa gejala awal. Sebab itulah ujian saringan awal sangat penting.

Neuropati Diabetes (Kerosakan Saraf)

  • Kebiasaan berlaku di bahagian tangan dan kaki.
  • Gejala termasuk tangan atau kaki merasa kebas, sakit seperti mencucuk/berdenyut, dan menyebabkan hilang deria rasa panas/sejuk.
  • Disebabkan oleh kehilangan deria, pesakit mudah terluka tanpa sedar dan luka susah untuk sembuh.

Masalah Kaki

  • Gabungan antara kerosakan saraf dan pengaliran darah yang lemah menyebabkan luka kaki tidak sembuh-sembuh.
  • Ini seterusnya membawa kepada punca ulser kronik dan pemotongan kaki (amputasi).
  • Malaysia telah pun mencatat ribuan kes amputasi kaki akibat diabetes hampir setiap tahun.

Penyakit Jantung dan Strok

  • Diabetes meningkatkan risiko aterosklerosis iaitu pengerasan arteri. Arteri merupakan saluran darah yang terletak di seluruh badan dan berfungsi membawa darah keluar dari jantung ke pelbagai organ dan tisu.
  • Pengerasan arteri ini seterusnya menyebabkan berlaku serangan jantung, strok, dan tekanan darah tinggi kepada pesakit kencing manis
  • Seringkali ini merupakan komplikasi pertama yang paling kerap berlaku sebelum diabetes berjaya dikesan.
komplikasi kencing manis yang selalu terjadi pada kebiasaan penghidap kencing manis di Malaysia
Komplikasi kencing manis yang selalu terjadi pada kebiasaan penghidap kencing manis di Malaysia.

Peranan Antioksidan dalam Mencegah Komplikasi Kencing Manis

Memandangkan tekanan oksidatif memainkan peranan utama dalam kerosakan sel dan tisu, maka pengambilan antioksidan dari pemakanan dan suplemen boleh membantu bagi mengatasi komplikasi kencing manis yang sering berlaku kepada pesakit. Fungsi antioksidan dalam menangani komplikasi tersebut adalah dengan:

  • Menurunkan tekanan oksidatif dalam darah.
  • Melindungi sel-sel beta pankreas yang menghasilkan dan merembeskan insulin.
  • Meningkatkan sensitiviti terhadap insulin.
  • Memperlahankan dan melambatkan kerosakan salur darah dan saraf.

Contoh Makanan Kaya Antioksidan:

  • Buah beri (blueberry, cranberry).
  • Teh hijau.
  • Sayuran hijau gelap (bayam, kale).
  • Kunyit dan halia.
  • Minyak zaitun asli (extra virgin).

Kajian Saintifik Menyokong Keberkesanan Resveratrol

Satu kajian penting diterbitkan melalui satu jurnal bertajuk Resveratrol for the Management of Diabetes and its Downstream Pathologies (Febuari 2014) telah membuktikan bahawa resveratrol yang merupakan sejenis antioksidan polifenol, telah berjaya dapat mengaktifkan enzim SIRT1 yang sangat penting dalam pengawalan gula dalam darah dan perlindungan sel.

Hasil utama kajian menunjukkan:

  • Resveratrol telah berjaya memulihkan ekspresi SIRT1 dalam sel-sel pankreas pesakit diabetes.
  • Ini seterusnya meningkatkan penghasilan insulin dan melindungi fungsi sel-sel beta yang menghasilkan dan merembeskan insulin.
  • Ia secara tidak langsung meningkatkan keberkesanan metformin, ubat utama diabetes.

Kajian ini telah menunjukkan potensi resveratrol sebagai terapi tambahan dalam menguruskan diabetes dan komplikasinya. Ini bermaksud resveratrol mampu memulihkan keupayaan sel-sel beta dalam pankreas untuk menghasilkan insulin secara berkesan, yang merupakan punca utama diabetes jenis 2.

Lebih menarik lagi, apabila kajian tersebut menunjukkan bahawa resveratrol berjaya memperbaiki keberkesanan metformin, iaitu ubat utama yang digunakan untuk merawat diabetes. Sekaligus meningkatkan kawalan gula dalam darah dan melindungi jantung daripada kerosakan akibat diabetes.

Kajian ini memberikan bukti kukuh bahawa resveratrol bukan hanya antioksidan biasa, tetapi juga berperanan sebagai agen terapeutik pelengkap dalam pengurusan dan pencegahan komplikasi kencing manis. Menarik kan? Kalau tak baca, rasanya takkan tahu pun ada kajian sebegini.

Vivix: Suplemen Kaya Resveratrol untuk Menyokong Kesihatan Penghidap Diabetes

Vivix ialah minuman lazat yang mengandungi campuran botani eksklusif Shaklee. Antaranya termasuk Ekstrak Anggur Muscadine, Ekstrak Cecair Elderberi, Ekstrak Serbuk Elderberi, Ekstrak Knotweed Jepun, Serbuk Jus Epal, Serbuk Blueberi, dan Ekstrak Lobak Ungu. Ramuan di dalam Vivix telah melalui proses pengekstrakan eksklusif untuk memastikan nutrien aktif dikekalkan pada tahap maksimum. Ia dirumus khas untuk memberikan manfaat menyeluruh kepada kesihatan sel sehingga ke peringkat DNA.

Sumber polifenol dalam Vivix Shaklee atasi komplikasi kencing manis
Sumber antioksidan polifenol dalam Vivix Shaklee. Resveratrol adalah salah satu polifenol di dalam ramuan Vivix.

Keunikan Vivix Shaklee terletak pada campuran unik bahan-bahan polifenol yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Resveratrol ialah antara polifenol dalam campuran ini dengan ciri antioksidan dan perlindungan yang telah dibuktikan melalui banyak ujian klinikal. Anggur muscadine dipilh kerana ia mempunyai kromosom tambahan yang menyumbang kepada kandungan polifenol yang terbaik dan berkesan.

Bagaimana Vivix Membantu Pesakit Kencing Manis?

Mengurangkan Tekanan Oksidatif

Tekanan oksidatif ialah kerosakan sel akibat radikal bebas yang berlebihan. Pesakit diabetes menghasilkan lebih banyak radikal bebas kerana paras gula darah yang tinggi. Antioksidan dalam Vivix, khususnya resveratrol dan polifenol, membantu:

  • Menyeimbangkan kadar radikal bebas.
  • Mengurangkan keradangan.
  • Melindungi sel-sel beta pankreas daripada kerosakan.
  • Melambatkan proses penuaan sel dan organ.

Meningkatkan Sensitiviti Insulin

Kandungan resveratrol dalam Vivix telah terbukti melalui pelbagai kajian, termasuk mampu meningkatkan sensitiviti insulin. Ini bermakna:

  • Glukosa dapat diserap lebih baik oleh sel badan.
  • Paras gula dalam darah lebih mudah dikawal.
  • Penghasilan insulin menjadi lebih efisien.

Menyokong Regenerasi Sel

Vivix membantu membaiki DNA dan sel yang rosak akibat diabetes melalui:

  • Pengaktifan gen SIRT1, yang seterusnya dapat memperbaiki metabolisma glukosa, kepekaan insulin, dan berpotensi mencegah atau merawat diabetes jenis 2.
  • Menyokong fungsi mitokondria (pusat penjanaan tenaga sel). Merangsang pembentukan mitokondria baru yang penting untuk penghasilan tenaga dalam sel. Ini amat bermanfaat dalam keadaan diabetes, di mana disfungsi mitokondria merupakan salah satu faktor utama.
  • Meningkatkan tenaga selular untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan fungsi organ.

Melindungi Salur Darah dan Saraf

Komplikasi kencing manis sering bermula dengan kerosakan mikrosirkulasi, iaitu salur-salur darah kecil yang berfungsi membekalkan darah kepada organ-organ penting. Vivix membantu:

  • Melindungi lapisan endotel salur darah.
  • Menurunkan risiko pembekuan darah dan keradangan.
  • Mengurangkan risiko retinopati, nefropati dan neuropati (kerosakan mata, buah pinggang dan saraf).

Peluang Kedua untuk Kesihatan Anda

Kencing manis dan komplikasinya tidak semestinya membawa kepada penderitaan seumur hidup. Dengan tindakan yang tepat, pemantauan kesihatan secara berkala, pemakanan berkhasiat dan sokongan antioksidan seperti Vivix, anda sebenarnya masih boleh menjalani kehidupan yang berkualiti.

Vivix bukan sekadar supplemen, ia adalah satu usaha untuk melindungi dan memperbaharui kesihatan dari dalam, memberi peluang kepada tubuh untuk melawan komplikasi dengan lebih efektif. Jangan tunggu hingga komplikasi berlaku. Mulakan pencegahan mulai hari ini.

Antioksidan berkualiti tinggi dalam Vivix sebagai inisiatif komplikasi kencing manis

Cara Mendapatkan Vivix Dari Pengedar Sah Shaklee

Untuk mendapatkan Vivix yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.

Berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee? Setiap pembelian sebotol Vivix anda akan terus mendapat keahlian percuma. Penjimatan sebanyak RM99.75 untuk sebotol Vivix pada harga ahli walaupun ini merupakan pertama kali anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.

Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berpengalaman dan merupakan pengguna Shaklee sendiri sejak 2018, saya akan membantu anda untuk mendapatkan produk Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti. Selain itu anda akan diberi konsultansi percuma tentang sebarang produk Shaklee yang anda dapatkan melalui saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top