Pengedar Shaklee Kuala Kangsar: Wan Mohd Hafiz

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar: Wan Mohd Hafiz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin memperkenalkan diri saya, Wan Mohd Hafiz bin Wan Met, seorang bekas pengurus Sumber Manusia di Telekom Malaysia Berhad sebelum ini yang kini menjalankan perniagaan sepenuh masa sebagai pengedar Shaklee di Kuala Kangsar, Perak.

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Sedikit tengan latar belakang saya dan ervis yang disediakan sebagai pengedar sah Shaklee di Kuala Kangsar

Bagaimana Terjebak dengan Perniagaan Shaklee

Saya asalnya merupakan pengguna Vivix Shaklee sejak tahun 2018. Sehinggalah saya membuat keputusan untuk mendaftar keahlian pada tahun 2023. Dan kini menjalankan perniagaan Shaklee sepenuh masa di Kuala Kangsar.

Servis sebagai Seorang Pengedar Shaklee di Kuala Kangsar

Sebagai seorang pengedar aktif Shaklee di Kuala Kangsar, Perak. Antara servis-servis yang saya sediakan adalah seperti berikut:

Penghantaran Produk Shaklee Melalui COD (Cash on Delivery)

Setiap hari berdasarkan permintaan pelanggan, saya akan menghantar produk Shaklee terus ke rumah pelanggan di sekitar Kuala Kangsar. Jika ada permintaan COD di luar Kuala Kangsar, saya akan turut mempertimbangkan permohonan tersebut jika ada.

Servis disediakan oleh pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Servis yang saya sediakan kepada pelanggan sebagai pengedar Shaklee di Kuala Kangsar

Pendaftaran Keahlian Shaklee Terus ke Rumah Pelanggan

Saya juga bantu pendaftaran ahli untuk setiap pelanggan yang berminatmenjadi ahli Shaklee. Pendaftaran saya lakukan secara online atau terus ke rumah pelanggan.

Terdapat dua cara untuk mendaftar keahlian Shaklee. Bayaran keahlian tahunan RM35 atau keahlian PERCUMA hanya melalui sebarang pembelian produk melebihi 100 UV (unit value) dalam anggaran RM400. Keahlian tahunan sangat mudah untuk diperbaharui. Hanya dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian berakhir. Klik bawah untuk maklumat lanjut keahlian Shaklee

Bimbingan Nutrisi Shaklee Peribadi

Berbeza pelanggan akan mempunyai perbezaan tahap kesihatan dan keperluan. Daripada ilmu yang saya ada, saya akan beri bantuan dan bimbingan PERCUMA untuk pilihan produk Shaklee yang paling sesuai untuk anda. Saya juga berkongsi panduan bagaimana produk tersebut berfungsi, cara pemakanan produk yang betul, dan cara penyimpanan yang betul.

Pengeposan produk Shaklee untuk Pelanggan di Luar Perak

Bagi pelanggan di luar Perak yang turut serta ingin mendapatkan khidmat saya, saya menyediakan servis pengeposan produk Shaklee terus ke rumah. Ia melalui sistem order online dan penghantaran ke rumah pelanggan oleh HQ Shaklee di Subang Jaya, Selangor. Ini kerana sebarang pembelian produk Shaklee haruslah melalui pengedar sah yang berdaftar sahaja. Pembelian tanpa ID tidak dibenarkan walaupun secara walk-in ke mana-mana cawangan Shaklee.

Pendaftaran Ahli Shaklee di Luar Perak Secara Online

Saya turut membantu bagi pelanggan yang berminat untuk mendaftar keahlian Shaklee tapi berada jauh di luar Perak. Pendaftaran saya lakukan secara online sahaja dan mudah. Untuk pendaftaran sebagai ahli Shaklee buat kali pertama, saya akan bantu memasukkan maklumat dan kemudian menyerahkan ID dan tarikh tamat keahlian kepada pelanggan.

Bimbingan juga saya sediakan bagi pelanggan yang ingin mengisi sendiri maklumat ke dalam sistem untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Mentor dan Bimbingan Memulakan Perniagaan Shaklee Secara Online

Sebagai pengguna dan pengedar Shaklee di Kuala Kangsar, saya akan membantu setiap pelanggan yang mempunyai minat untuk menjana pendapatan dengan perkongsian produk Shaklee. Bantuan daripada mula, bagaimana untuk menjalankan produk Shaklee secara online. Target saya untuk mempunyai sekurang-kurangnya dua orang rakan niaga Shaklee di bawah bimbingan saya di setiap negeri di Malaysia untuk memudahkan proses pendaftaran dan penghantaran produk Shaklee. Boleh terus whatsapp saya untuk saya terangan sistem perniagaan Shaklee secara online di rumah.

Adakah anda berminat untuk saya bantu dapatkan produk Shaklee atau memulakan bisnes Shaklee anda? Klik di bawah untuk WhatsApp dan saya akan bantu anda dengan segera.

Selain itu, boleh klik link di bawah dimana saya ada terangkan secara terperinci tentang bisnes Shaklee.

Kesimpulan

Sekian sahaja penerangan daripada saya. Jangan malu-malu untuk berhubung dengan saya jika ada sebarang maklumat tentang Shaklee yang anda ingin tahu. Saya sentiasa di sini untuk membantu. 

Akhir kata saya berdoa agar kita semua dikurniakan kesihatan yang baik termasuk diri saya sendiri agar dapat meneruskan khidmat saya kepada anda sebagai pengedar Shaklee di Kuala Kangsar, Perak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wan Mohd Hafiz I Pengedar Shaklee Kuala Kangsar I SID: 1970904

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berpengalaman dan merupakan pengguna Shaklee sendiri sejak 2018, saya akan membantu anda untuk mendapatkan produk Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti. Selain itu anda akan diberi konsultansi percuma tentang sebarang produk Shaklee yang anda dapatkan melalui saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top