Radang Paru-Paru: Simptom, Diagnosis, dan Rawatan
Radang paru-paru merujuk kepada penyakit yang menjejaskan kesihatan paru-paru. Ia juga dikenali sebagai pneumonia, yang biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria, kulat atau virus. Jangkitan boleh terjadi pada hanya sebelah atau kedua-dua belah paru-paru anda. Kantung udara paru-paru anda ketika itu akan dipenuhi dengan cecair atau nanah.
20% kes radang paru-paru di kalangan orang dewasa berpunca dari jangkitan virus dalam komuniti. Influenza atau selsema juga adalah salah satu punca virus yang boleh menyebabkan radang paru-paru. Pesakit dengan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) sering mengalami radang paru-paru, yang disebabkan oleh virus severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2).
Walaupun sesetengah jangkitan paru-paru adalah ringan dan mampu hilang dengan sendirinya, namun ada juga kes yang melarat sehingga boleh membawa maut. Individu yang mempunyai sejarah berkaitan paru–paru lebih berisiko tinggi dan memerlukan rawatan khusus di hospital. Sebagai contoh orang yang mempunyai sistem imun lemah seperti pesakit HIV, atau pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami jangkitan kulat yang menyebabkan radang paru-paru.

Simptom Radang Paru-Paru yang Kerap Terjadi
Beberapa perubahan di peringkat sel akan berlaku apabila radang paru-paru mula menjangkiti. Sel darah putih akan bergerak pantas ke kantung udara (alveoli) untuk melawan jangkitan, menyebabkan keradangan dan pengumpulan cecair. Keradangan ini boleh merosakkan tisu paru-paru dan menjejaskan penukaran oksigen. Keradangan dan pengumpulan cecair dalam paru-paru merosakkan kantung udara halus, menjadikannya sukar untuk menukar oksigen dan karbon dioksida. Ketika ini anda akan mula mengalami simptom-simptom dibawah:
Batuk
Anda mula batuk berpanjangan apabila menghidap radang paru-paru kerana jangkitan tersebut menyebabkan keradangan serta pengumpulan cecair atau nanah di dalam kantung udara (alveoli) paru-paru. Keradangan ini akan merengsakan saluran pernafasan dan batuk secara refleks akan terjadi untuk membersihkan cecair berlebihan dan sisa kotoran dari paru-paru.
Terdapat dua jenis batuk yang biasa dialami, samaada batuk kering atau basah. Batuk kering disebabkan oleh jangkitan virus. Batuk akan buatkan anda merasa rimas dan menggangu pernafasan, namun tiada kahak. Manakala batuk basah menghasilakan kahak hijau atau kuning yang diakibatkan oleh jangkitan bakteria.
Batuk kebiasaanya berlarutan lebih dari seminggu atau menjadi semakin teruk. Batuk yang berterusan kemudian akan menyebabkan anda rasa sakit pada bahagian dada. Sakit seperti rasa tajam dan merebak ke seluruh bahagian dada. Anda juga mungkin akan mengalami bunyi berdehit ketika benafas.
Demam Kuat
Demam dengan rasa menggigil. Terjadi apabila reaksi semulajadi apabila badan cuba untuk melawan jangkitan. Demam kuat disebabkan oleh jangkitan kuman dalam paru-paru. Suhu badan boleh mencecah sehingga 38.8°C (102°F) atau lebih tinggi, terutamanya dalam kes jangkitan bakteria. Selain itu, demam disusuli dengan peluh, rasa lemah dan tidak bermaya.
Hormon sitokin yang dikeluarkan oleh sel imun badan semasa tindak balas keradangan, juga boleh menyebabkan simptom sistemik seperti demam dan keletihan.

Sesak Nafas
Kesukaran untuk bernafas berlaku apabila keupayaan paru-paru untuk berfungsi menukar oksigen dengan cekap telah mulai menurun secara perlahan-lahan. Tanda-tanda ini menunjukkan jangkitan kuman dalam dalam paru-paru telah melarat dan menyebabkan kegagalan awal fungsi paru-paru.
Bagi kes yang lebih berisiko tinggi, akan berlaku penurunan oksigen dalam tubuh badan secara drastik yang juga dikenali sebagai hipoksia. Anda akan mula melihat bibir atau kuku bertukar warna menjadi kebiruan, merasa tersangat letih dan mengalami kekeliruan melampau. Segeralah dapatkan rawatan jika anda mengalami simptom-simptom ini.
Keletihan Melampau
Rasa kurang bermaya menyebabkan kesukaran untuk melakukan aktiviti harian seperti makan, mandi, dan berjalan. Keletihan ini boleh berlarutan sehingga berminggu-minggu lamanya walaupun jangkitan telah hilang terutama bagi golongan dewasa. Rasa letih adalah gejala biasa kerana tubuh badan anda sedang berjuang melawan jangkitan dari kesan keradangan pada paru-paru. Proses ini memerlukan banyak tenaga, menyebabkan anda rasa letih.
Diagnosis Radang Paru-Paru
Beberapa ujian diagnosis akan dilakukan terhadap anda untuk mendapatkan lebih pengesahan tentang radang paru-paru:
- X-Ray: Imbasan akan dilakukan di bahagian dada untuk mengenalpasti bahagian jangkitan/keradangan serta pengumpulan cecair di dalam paru-paru (jika ada).
- CT-Scan: Untuk sesetengah kes yang memerlukan imej yang lebih terperinci, Ct-scan dilakukan di bahagian dada untuk melihat dengan lebih jelas tisu paru-paru dan jika terdapat sebarang komplikasi serius.
- Fungsi pulmonari: Dilakukan untuk menilai aliran udara dalam paru-paru dan kapasiti pernafasan.
- Ujian kahak: Sampel kahak anda akan diambil untuk menentukan samaada jangkitan disebabkan oleh bakteria, virus atau kulat.
- Sampel ujian darah: Mungkin akan dilakukan jika terdapat tanda-tanda keradangan untuk menilai peningkatan jumlah sel darah putih.
Kaedah Semulajadi Pemulihan Radang Paru-Paru
Merawat radang paru-paru (pneumonia) secara semulajadi di rumah adalah satu langkah yang bijak. Terutamanya untuk kes ringan atau sebagai sokongan kepada rawatan perubatan.
Namun begitu, untuk sokongan yang lebih menyeluruh dan pemulihan yang lebih cepat, ramai yang mula beralih kepada suplemen antioksidan dan nutrisi selular seperti Vivix Shaklee. Vivix Shakle kaya dengan ramuan antioksidan (polifenol dan resveratrol) yang dapat merawat keradangan sel akibat radang paru-paru. Bantu meningkatkan kesihatan sel dan sistem imun tubuh badan bagi mempercepatkan lagi proses penyembuhan anda.
Vivix Shaklee Bantu Menyokong Proses Penyembuhan Radang Paru-Paru
Vivix ialah minuman lazat yang mengandungi campuran botani eksklusif Shaklee. Antaranya termasuk Ekstrak Anggur Muscadine, Ekstrak Cecair Elderberi, Ekstrak Serbuk Elderberi, Ekstrak Knotweed Jepun, Serbuk Jus Epal, Serbuk Blueberi, dan Ekstrak Lobak Ungu. Ramuan di dalam Vivix telah melalui proses pengekstrakan eksklusif untuk memastikan nutrien aktif dikekalkan pada tahap maksimum. Ia dirumus khas untuk memberikan manfaat menyeluruh kepada kesihatan sel sehingga ke peringkat DNA.

Keunikan Vivix Shaklee terletak pada campuran unik bahan-bahan polifenol yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Resveratrol ialah antara polifenol dalam campuran ini dengan ciri antioksidan dan perlindungan yang telah dibuktikan melalui banyak ujian klinikal. Anggur muscadine dipilh kerana ia mempunyai kromosom tambahan yang menyumbang kepada kandungan polifenol yang terbaik dan berkesan.
Kajian Terhadap Polifenol dan Radang Paru-Paru
Melalui kajian yang pernah dijalankan sebelum ini, banyak sindrom pernafasan boleh dirawat dengan berkesan menggunakan suplemen polifenol, termasuk kerosakan paru-paru akut, fibrosis pulmonari (satu keadaan di mana tisu paru-paru menjadi keras dan berparut), asma, hipertensi pulmonari, dan kanser paru-paru. Komponen polifenol termasuklah flavonoid, flavanon, dan antosianin, yang terdapat dalam kepekatan tinggi di pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Rujuk National Library of Medicine, Polyphenols as Therapeutics in Respiratory Diseases: Moving from Preclinical Evidence to Potential Clinical Applications bertarikh Jun 2024 untuk penerangan dan bukti lanjut.
Polifenol dalam Vivix Membantu Pemulihan Radang Paru-Paru
- Sifat Anti-Radang: Radang paru-paru sering melibatkan keradangan pada paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan (bakteria, virus, atau kulat). Polifenol mempunyai sifat anti-radang yang kuat, dapat mengurangkan pengeluaran hormon sitokin yang terlibat dalam proses keradangan. Dengan menghalang pengaktifan laluan isyarat tersebut, polifenol dapat mengurangkan tindak balas keradangan di paru-paru, mengurangkan kerosakan tisu, dan mempercepatkan proses pemulihan.
- Sifat Antioksidan: Tekanan oksidatif merupakan faktor utama dalam kerosakan sel paru-paru semasa radang paru-paru. Ia adalah satu proses kimia yang berlaku apabila molekul dalam badan anda bertindak balas dengan oksigen dan menghasilkan radikal bebas. Peranan polifenol sebagai antioksidan yang kuat, membantu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan tekanan oksidatif. Seterusnya melindungi tisu paru-paru daripada kerosakan dan menyokong pembaikan sel paru-paru.
- Memperbaiki Sistem Imun: Polifenol meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan jangkitan. Ia merangsang sel-sel imun (seperti makrofaj dan neutrofil), yang penting untuk mempertahankan tubuh daripada jangkitan. Dengan meningkatkan tindak balas imun, polifenol membantu badan anda menghapuskan jangkitan yang menyebabkan radang paru-paru dengan lebih berkesan.
- Pengurangan Keradangan Paru-Paru dan Edema: Resveratrol yang juga terdapat dalam Vivix, telah terbukti mengurangkan edema paru-paru iaitu pengumpulan cecair di paru-paru. Sebatian ini membantu mengurangkan penembusan sel-sel inflamasi seperti neutrofil dan limfosit ke dalam paru-paru, seterusnya mengurangkan keterukan pneumonia. Sel-sel inflamasi merujuk kepada sel-sel dalam sistem imun tubuh yang terlibat dalam proses keradangan. Keradangan adalah tindak balas semulajadi tubuh terhadap jangkitan, kecederaan, atau kerosakan tisu. Sel-sel inflamasi berfungsi untuk melawan patogen (seperti bakteria, virus, atau kulat), memperbaiki tisu yang rosak, dan mengawal proses penyembuhan.
- Menyokong Pemulihan Paru-Paru: Polifenol membantu pembaikan tisu paru-paru dengan menyokong pembentukan sel-sel baru menggantikan sel-sel yang telah rosak. Ia boleh meningkatkan formulasi genetik yang terlibat dalam pembaikkan dan pemulihan tisu. Ini sangat penting untuk pemulihan daripada kerosakan paru-paru akibat radang paru-paru.

Cara Mendapatkan Vivix Dari Pengedar Sah Shaklee
Untuk mendapatkan Vivix yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.
Berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee? Setiap pembelian sebotol Vivix anda akan terus mendapat keahlian percuma. Penjimatan sebanyak RM99.75 untuk sebotol Vivix pada harga ahli walaupun ini merupakan pertama kali anda membuat pembelian. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.
Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.
Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)
