Set Kolesterol Shaklee Elak Penyakit Jantung Koronari

Set Kolesterol Shaklee Elak Penyakit Jantung Koronari

Penyakit jantung masih kekal menjadi punca utama kematian di Malaysia. Pada tahun 2020 sahaja, 17% daripada kematian di Malaysia yang disahkan secara perubatan berpunca daripada penyakit jantung koronari dan ia selalu dikaitkan dengan tahap kolesterol LDL yang tinggi dalam darah. Kebiasaan di Malaysia, rawatan statin masih digunakan untuk mengawal tahap kolesterol walaupun terdapat kesan jangka panjang yang berpotensi seperti menggangu fungsi hati. Melalui artikel ini, saya akan turut kongsikan mengenai alternatif menurunkan tahap kolesterol berbahaya daripada bahan-bahan asas semula jadi.

Penyakit jantung koronari kekal sebagai pembunuh utama di Malaysia
Pilihan alternatif gunakan set kolesterol Shaklee untuk mengelakkan dari terkena penyakit jantung koronari yang masih kekal menjadi pembunuh utama di Malaysia

Bagaimana Kolesterol Mempengaruhi Jantung?

  • Kolesterol LDL (“Jahat”) Tinggi: LDL terkumpul di dinding arteri (salur darah) dan seterusnya membentuk plak yang menyempitkan lagi saluran darah, lalu menyebabkan darah sukar untuk dialirkan terus ke jantung.
  • Kolesterol HDL (“Baik”) Rendah: HDL adalah sangat penting untuk bantu menyingkirkan kolesterol LDL yang berlebihan dari dalam darah. HDL bertindak seperti “penyedut hampagas,” membawa LDL (kolesterol jahat) kembali ke hati untuk diproses dan disingkirkan dari badan. Proses ini dikenali sebagai pengangkutan kolesterol songsang.
  • Risiko Serangan Jantung: Apabila plak pada saluran darah mula pecah, pembekuan darah yang berlaku seterusnya akan menyekat arteri. Maka bekalan oksigen dihalang untuk sampai kepada organ dan mengakibatkan serangan jantung atau strok. Pesakit kemudian mula merasa sakit yang teramat di bahagian dada, pengsan atau risiko berlaku kematian secara mengejut.
Kolesterol LDL yang tinggi membahayakan kesihatan jantung dengan membentuk plak di bahagian arteri. Plak adalah satu struktur keras yang menempel di dinding arteri serta menggangu pengaliran darah yang sihat ke bahagian jantung

Ketahui Tahap Bacaan Kolesterol Dalam Darah

Pencegahan sakit jantung yang paling berkesan adalah dengan mengetahui tahap sebenar bacaan kolesterol dalam darah melalui ujian yang dikenali sebagai Lipid Profile Test.  Sampel darah akan diambil semasa menjalani ujian.

Ia adalah sangat mudah untuk dilakukan sama di klinik atau makmal hopsital perubatan terdekat. Terdapat juga kit ujian yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Ujian ini akan bantu untuk mengukur beberapa jenis kolesterol dalam darah kita.

Jenis-Jenis Kolesterol dan Panduan Bacaan

  • Kolesterol Keseluruhan – Jumlah keseluruhan kadar kolesterol yang berada dalam darah.
  • LDL (Low-Density Lipoprotein) – Dikenali sebagai “kolesterol jahat” kerana kebolehan untuk menyumbat arteri dengan membentuk plak.
  • HDL (High-Density Lipoprotein) – Dikenali sebagai “kolesterol baik” dimana ia membantu membuang kolesterol berlebihan dari dalam darah.
  • Trigliserida – Sejenis sebatian lemak dalam darah yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung jika berada pada kadar terlalu tinggi.
Jenis KolesterolTahap SihatRisiko Tinggi
Kolesterol Keseluruhan< 5.2 mmol/L> 6.2 mmol/L
LDL (Kolesterol Jahat)< 2.6 mmol/L> 4.1 mmol/L
HDL (Kolesterol Baik)> 1.0 mmol/L (lelaki), > 1.2 mmol/L (wanita)< 1.0 mmol/L
Trigliserida< 1.7 mmol/L> 2.3 mmol/L

Jika bacaan kolesterol anda adalah tinggi, perlu segera mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, bersenam, dan mengambil suplemen atau ubat jika disarankan oleh doktor.

Penyakit Jantung Tidak Boleh Sembuh

Penyakit jantung tidak boleh sembuh kerana tisu jantung tidak dapat pulih sepenuhnya seperti tisu-tisu lain dalam anggota badan. Pencegahan awal sakit jantung supaya mengelakkan risiko yang boleh mengancam nyawa anda secara senyap-senyap.

Jika seseorang mengalami serangan jantung, ia akan meninggalkan parut lemah dan menyebabkan jantung kurang berfungsi dengan baik. Lalu menjadi punca kepada masalah-masalah lain seperti kegagalan jantung. Penyakit jantung boleh dicegah dan dirawat pada peringkat awal dengan sentiasa mengawal paras kolesterol dalam darah.

Rawatan kolesterol di Malaysia masih mengunakan statin. Ksedaran orang ramai tentangstatin yang boleh merisikokan organ hati membuat ramai yang mencari-cari alternatif lain. Ramai kini telah beralih kepada pilihan alternatif seperti set kolesterol Shaklee yang berasaskan nutrisi semulajadi untuk memulihkan tahap kolesterol kepada bacaan asal tanpa perlu menjejaskan kesihatan.

Kolesterol dan Rawatan Statin

Statin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) bagi mengurangkan risiko penyakit jantung serta strok. Ia sering diberikan kepada pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang telah pun mencapai tahap bahaya, mereka mempunyai masalah jantung koronari, atau individu berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung.

Antara statin yang selalu digunakan untuk merawat kolesterol pada tahap bahaya adalah seperti berikut:

  • Atorvastatin (Lipitor)
  • Rosuvastatin (Crestor)
  • Simvastatin (Zocor)
  • Pravastatin (Pravachol)
  • Lovastatin (Mevacor)

Bagaimana Statin Berfungsi?

Cara statin berfungsi untuk menurunkan paras kolesterol pada tahap bahaya:

  • Menghentikan sistem enzim dalam hati daripada terus menghasilkan kolesterol.
  • Membantu mengawal keradangan dalam saluran darah.

Tindakan enzim untuk menyekat organ hati untuk terus menghasilkan kolesterol adalah tidak bagus. Fungsi sebenar organ hati adalah menghasilkan kedua-dua kolesterol “baik” (HDL) dan “jahat” (LDL). Ia merupakan tapak utama bagi sintesis kolesterol dalam badan. Apabila fungsi ini terus disekat, secara perlahan-lahan ia akan membebankan organ hati.

Statin tidak menghapuskan plak yang sedia ada di salur darah sepenuhnya, tetapi ia hanya membantu melambatkan pertumbuhan. Jika anda kurang bernasib baik, anda akan diberi ubat warfarin pula untuk mencairkan darah supaya pengaliran darah dapat dilancarkan. Ini boleh menyebabkan risiko komplikasi lain seperti gangguan pada buah pinggang.

Kesan Sampingan Statin (Bergantung pada Individu)

Sesetengah orang turut mengalami kesan sampingan seperti di bawah. Jadi, pengambilan ubat-ubatan statin sememangnya memerlukan pengawasan berkala dengan pihak doktor.

Bebanan Pada Organ Hati

Statin boleh menyebabkan peningkatan sementara enzim hati (ALT dan AST) yang lazimnya tidak bergejala dan akan kembali normal tanpa intervensi. Walaupun jarang-jarang berlaku, statin juga boleh menyebabkan kerosakan hati yang lebih serius, dengan peningkatan risiko pada dos yang lebih tinggi.

Jurnal dari National Library of Medicine bertarikh 10 Januari 2022 telah menerangkan risiko di atas secara lebih terperinci.

Sakit Otot

Kesan sampingan yang paling biasa dikaitkan dengan penggunaan statin ialah melibatkan kekejangan otot, rasa sakit, dan keletihan. Kesan sampingan ini boleh menjadi ketara semasa atau selepas aktiviti fizikal yang berat. Walaupun mekanisma bagaimana statin mempengaruhi prestasi otot belum dapat difahami sepenuhnya, penyelidikan terkini telah mengenal pasti beberapa faktor penyebab yang biasa.

Kes yang paling teruk disebabkan oleh statin yang pernah direkodkan adalah rhabdomiolisis yang merangkumi kehadiran pemusnahan sel otot atau kebocoran enzim. Secara klinikal, rhabdomiolisis juga dikaitkan dengan kemerosotan fungsi buah pinggang dan kematian. Disebabkan oleh insiden teruk yang tidak dapat diterima, cervastatin telah dikeluarkan dari pasaran komersial pada tahun 2001, dan pengeluaran versi dos tinggi simvastatin dihentikan pada pertengahan 1990.

Sumber rujukan: Effects of Statins on Skeletal Muscle: A Perspective for Physical Therapists (Oktober 2010)

Set Kolesterol Shaklee Sebagai Pilihan Alternatif

Set kolesterol Shaklee adalah kombinasi supplemen Phytocol-ST dan OmegaGuard.

Keunikan set kolesterol Shaklee menggunakan kombinasi sterol dari sumber tumbuh-tumbuhan dan omega-3 asli untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah secara semula jadi. Penggunaan sterol secara semula jadi bantu menghalang penyerapan semula kolesterol melalui usus dan seterusnya membantu mengurangkan paras kolesterol jahat LDL dalam darah. Manakala asid lemak omega-3, terutamanya kombinasi EPA dan DHA, bertindak menurunkan paras trigliserida serta bantu meningkatkan paras kolesterol baik HDL.

Malah jurnal antarabangsa mengenai fungsi makanan juga bersetuju keberkesanan gabungan sterol dan omega-3 dalam membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah: Impact of omega-3 fatty acids and/or plant sterol supplementation on non-HDL cholesterol levels of dyslipidemic Indian adults.

Apa itu Sterol dan Omega?

Sterol boleh didapati dalam buah, sayur, kekacang dan bijirin. Walaubagaimanapun, kesemua makanan ini mengandungi kadar sterol yang rendah. Pemakanan seharian tidak dapat memberi kesan besar kepada tahap kolesterol kecuali dimakan dengan kuantiti yang sangat banyak. Untuk menurunkan kolesterol LDL, badan memerlukan sekurang-kurangnya 2g (2000mg) sterol sehari. Ini bermakna, untuk mendapatkan sterol daripada buah oren sahaja, anda perlu makan sekitar 30 biji oren sehari!

30 biji buah oren sehari untuk bantu mencapai paras kolesterol yang seimbang

Manakala Omega-3 adalah sejenis asid lemak penting yang diperlukan oleh badan untuk pelbagai fungsi, termasuk kesihatan jantung, otak, dan sendi. Badan manusia tidak boleh menghasilkan omega-3 dengan sendirinya, maka perlu mendapatkan melalui makanan atau suplemen. Tiga jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu Alpha-linolenic acid (ALA), Eicosapentanoic acid (EPA) dan Docosahexanoic acid (DHA).

Phytocol-ST Shaklee adalah suplemen yang membantu menjaga kesihatan jantung dengan mengawal paras kolesterol dalam badan. Ia mengandungi sterol dari sumber tumbuh-tumbuhan, yang boleh didapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh. Dua tablet Phytocol-ST sehari mampu membekalkan 2000mg sterol tumbuh-tumbuhan.

Cara Sterol dalam Phytocol-ST Shaklee Menyokong Kesihatan Jantung

  • Menghalang Penyerapan Kolesterol – Sterol mempunyai struktur sama seperti kolesterol. Persaingan dengan kolesterol LDL dalam usus menyebabkan kurang kolesterol LDL diserap kembali ke dalam tubuh.
  • Menurunkan Kolesterol LDL (“Jahat”) – Kurang kolesterol diserap bermaksud paras LDL lebih rendah, membantu mencegah penyumbatan arteri.
  • Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung – Kolesterol LDL yang lebih rendah mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
  • Alternatif Semula Jadi & Selamat – Berbeza dengan ubat kolesterol, sterol adalah nutrisi semulajadi dan tidak mempunyai kesan sampingan yang ketara.

Omega Guard Shaklee Untuk Kesihatan Jantung

  • Mengandungi asid lemak Omega 3 yang diekstrak hanya dari ikan-ikan kecil. Mengapa ikan kecil disebabkan ikan besar yang lebih cenderung untuk mengumpul lebih banyak logam berat serta bahan pencemar seperti merkuri kerana jangka hayat mereka yang lebih panjang. Asid lemak omega 3 ini kemudian akan melalui proses penyulingan molekul tiga kali ganda. Maka terhasillah asid lemak Omega-3 yang lebih bermanfaat dengan kandungan EPA dan DHA yang lebih tinggi. Proses ini turut menyingkirkan bau hanyir minyak ikan tersebut untuk mudah anda telan.
  • Kepekatan tinggi EPA & DHA asli membantu mempercepatkan lagi penurunan kadar trigliserida dan meningkatkan penghasilan kolesterol baik HDL.
  • Setiap hidangan (3 gel lembut) sekali sehari membekalkan 1080mg Omega-3 pekat, 540 mg EPA dan 360 mg DHA, yang penting untuk kesihatan. Disyorkan ambil selepas makan untuk meningkatkan keberkesanan penyerapan.
Kepekatan tinggi DHA & EPA yang terdapat dalam set kolesterol Shaklee sangat membantu melindungi salur darah akibat plak dan menurunkan kadar trigliserida dalam darah
Kepekatan tinggi DHA & EPA yang terdapat dalam set kolesterol Shaklee sangat membantu melindungi salur darah akibat plak dan menurunkan kadar trigliserida dalam darah

Kajian Pengambilan Omega 3 dengan Kepekatan Tinggi EPA dan DHA Baik Untuk Menurunkan Ketebalan Plak di Ateri

Satu lagi kelebihan asid lemak Omega 3 yang perlu anda tahu adalah kebolehannya untuk mengurangkan pembentukan plak dalam saluran darah. Omega-3 mempunyai kesan anti-radang dan anti-aterosklerosis, yang bermaksud ia boleh membantu mencegah dan mengurangkan pembentukan plak di saluran darah serta membalikkan aterosklerosis. Bukankah ini menarik?

Satu kajian tentang ini yang telah diterbitkan melalui jurnal National Library of Medicine: The Benefits of Omega-3 Fats for Stabilizing and Remodeling Atherosclerosis bertarikh Jan-Feb 2020.

Selain itu, satu kajian rawak terhadap pesakit diabetes jenis 2 menunjukkan bahawa pengambilan suplemen 1,800 mg EPA setiap hari dapat mengurangkan CIMT dan meningkatkan halaju gelombang nadi lengan ke buku lali, yang menunjukkan pengurangan aterosklerosis dan fungsi salur darah yang lebih baik.

Cara Dapatkan Set Kolesterol Dari Pengedar Sah

Untuk mendapatkan Set Kolesterol Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti, pastikan anda membelinya daripada pengedar sah Shaklee. Elakkan pembelian melalui platform yang tidak diketahui bagi mengelakkan produk tiruan. Dapatkan Vivix Shaklee hari ini dengan terus hubungi saya sebagai pengedar berdaftar Shaklee terus melalui WhatsApp.

Berminat untuk dapatkan set kolesterol Shaklee? Penjimatan sebanyak RM70 untuk Set Kolesterol Shaklee jika anda membuat pembelian dengan pendaftaran keahlian Shaklee. Klik link WhatsApp di bawah untuk saya bantu anda membuat pembelian hari ini.

Selain itu dengan keahlian Shaklee, setiap pembelian produk dengan potongan harga antara 5-25%. Anda akan mendapat lebih penjimatan dengan RM10 e-voucher untuk tiga bulan pertama keahlian dan RM20 e-voucher pada hari lahir anda nanti sepanjang tempoh keahlian anda. Keahlian juga sangat mudah diperbaharui dengan pembelian sebarang produk Shaklee dalam tempoh 3 bulan sebelum keahlian tamat.

Wan Mohd Hafiz (Pengedar Sah Shaklee – SID: 1970904)

Pengedar Shaklee Kuala Kangsar
Sebagai seorang pengedar Shaklee yang berpengalaman dan merupakan pengguna Shaklee sendiri sejak 2018, saya akan membantu anda untuk mendapatkan produk Shaklee yang asli dan dijamin berkualiti. Selain itu anda akan diberi konsultansi percuma tentang sebarang produk Shaklee yang anda dapatkan melalui saya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top